Bab 29

13.8K 305 4
                                    

Malam itu,usai sahaja menyiapkan tugasan,aku berehar sebentar di bilik belajar kami berdua. Laptop aku capai,butang facebook aku tekan.

" Perghh banyaknya notification! " Gumamku.

" Hak alaa setakat invite aku main game je. Pft " Gumamku lagi.

Sedang aku melayan fb, tiba tiba satu pesanan keluar di notification ,senang cerita,ada orang chat lah kan.

Aku menekan ikon tersebut.

Zarif Haiqal?!

"Assalamualaikum,tak tidur lagi? "

Aduh! Tula dulu sayang nak block sangat,sampai ke sudah mamat ni ganggu kau.

Aku biarkan sejenak. Nak balas ke tak eh?
Belum sempat aku membuat keputusan,dia menghantar chat lagi.

"Ain belajar kat mana sekarang?Univerisiti mana?Saya dapat masuk ke uitm. Bidang multimedia. "

Aku mencemik. Siapa kisah kau amik bidang apa!.

Aku balas

" Bukan ke awak kerja kat kedai buku? Masa kita terserempak haritu kat kedai buku,awak pakai baju kerja. Sejak bila tiba tiba belajar pulak ni? "

Zarif balas

" Bila masa kita ada berjumpa? Kali terakhir kita berjumpa masa kita terserempak kat mall rasanya. Bukan kedai buku. Bila masa pulak saya kerja kat kedai buku? "

Keningku bertaut. Mengarut apa mamat ni?

" haa okeylah. Saya off dulu. "

" Okey,goodnight awak :) "

Aku terus logout dan menutup laptopku.Masakan aku bermimpi?! Sudah terang lagi bertouchlight yang aku nampak dia kat kedai buku tempoh hari. Takkan dia buat buat lupa? Eh peliklah!
Jap, tadi Zarif cakap dia belajar kat mana? Uitm? Uitm mana ni? Haih ya Allah.

*****************************************
" Aih panasnya hari ni " Keluhku sambil mengipas gipas mukaku.

Sebaik sahaja kelas tamat,aku terus duduk sebentar di cafe sambil menikmati air oren jus. Perghhh!

" Assalamualaikum "

Mamat mana pulak yang tegur aku ni. Aku pusing ke belakang.

" Eh Adam rupanya. Aril mana? " Soalku.

" Oh Aril pergi library. Aku nak beli air jap tu yang ternampak kau kat sini."

Aku mengangguk faham.

" Korang berdua ni pandai betul berlakon kan. Kat rumah bukan main rapat,kat sini sorang kat utara,sorang kat selatan." Ujar Adam.

Aku tergelak mendengar katanya.

" Haa dahlah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum " Pinta Adam lalu meninggalkanku sendirian.

Aku membuat keputusan untuk pergi ke library. Jalan punya jalan...tiba tiba BUM!

" Aduiii buta ke?! Habis buku aku !" Marahku

" Sorry sorry " Ujar seorang jejaka sambil mengutip buku yang jatuh bersepah di lantai.

Dan,pada saat dia ingin memulangkan semula buku aku,mata kami bertembung. Dadaku tiba tiba menjadi sakit dan sesak.

" Zarif Haiqal? "

" Ain Natasha? "

Dia memulangkan buku aku kembali kepadanya.

" Makin cantik "Pujinya.

Aku membuat muka seposen.

" Saya pergi dulu "

" Ehh nanti dulu Ain! "

Zarif menghalang pergerakkanku.

" Nak pergi mana? "

" Jangan ikut sayalah! "

Aku terus berjalan menuju ke library dan mencari kelibat Kushairi.
Namun,kakiku berhenti melangkah. Siapa pulak perempuan yang duduk sebelah dia tu?  Sesedap lemak berkrim je duduk sebelah dia. Dah naik pucat dah muka laki aku tu. Kau sabajap perempuan!

" Hana. " Tegurku.

Dia memandang wajahku sambil tersenyum. Meluat!

" Kau buat apa dengan Aril ni? "
Soalku. Senior tak senior,aku peduli apa kan!

" Kitorang tengah study sikit. Oklah I pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi ya Shahril. Byeee " Ujar Hana sambil meninggalkan aku dan Kushairi.

Aku duduk di hadapan Kushairi.

" Siapa perempuan tu ? Apsal dekat dekat dengan awak? " Soalku perlahan.

" sayang kenal dia? "

Cepat cepat aku menutup mulutnya.

"Perlahanlah sikit. Aku tumbok jugak kang " Kataku perlahan.

" Awak kenal dia ke? " Soalnya kembali.

" Ee awak ni! Siapa tak kenal,diakan senior kita. Beza setahun je pun. Satu U ni semua kenal dia. Anak dato,body pun lawa,pakai baju macam tak cukup kain,nama pun lawa, Hana Insyirah bt Dato Faizal. "

Kushairi memandang ke bawah.

" Kenapa ? "

" Tak ada apalah.Jom balik "

" Ok jom. "

Saat kami berdua melangkah keluar dari library,aku terdengar seseorang memanggilku.

" Ain ! "

Aku dan Kushairi serentak menoleh ke belakang.

" Aku nak no kau boleh? "

Macam nak bunuh je Zarif ni. Apa benda lagilah yang dia nak ni.

" Err "

" Kenapa ? "

" Kalau kau nak no aku,kau mintaklah kat dia sana " kataku sambil memandang Kushairi.

Kening Zarif bercantum.

" Apa pasal pulak aku kena mintak no kau kat dia ? "

" Sebab saya suami dia " Jawab Kushairi sambil mengenggam jari jemariku.

" What?! "

" Ye,Zarif. Please jangan ganggu aku lagi "

" Ain! Kita dah janji sama sama yang kita nak kahwin kan ? Mana pergi janji kau tu semua? "

" Sedarlah,Zarif. Itu semua janji kita masa kita sedang bercinta dulu. Sebelum kita putus. Sebelum kau ada perempuan lain. Dahlah jangan ganggu aku lagi "

Kushairi memegang bahuku erat.

" Kau jangan sentuh dialah sial! "
Zarif melepaskan satu tumbukan tepat ke pipi Kushairi.

" Zarif! Apa kau buat ni?! " Aku membantu Kushairi bangun. Kushairi mengesat darah yang mengalir di tepi bibirnya.

" Aku mintak maaf sebab rampas Ain daripada kau tapi kau kena ingat semua ni ketentuan Tuhan. Kau kena terima hakikat yang Ain bukan milik kau lagi. " Balas Kushairi.

" Kau...kau memang setan!! Kau rampas Ain daripada aku! Kau dengar sini Ain,sama ada kau dah kahwin atau tidak,kau tetap aku punya! Aku akan dapatkan kau semula. " Ujar Zarif sambil terus beredar meninggalkan kami brdua.

" Awak.. "
Aku memegang bibir Kushairi namun dia menepis.

" Kita bincang hal ni kat rumah. "

Kushairi terus menarik tanganku masuk ke dalam kereta. Air mataku sudah mulai gugur. Sungguh dia berada dalam keadaan takut yang teramat. Aku tak bersalah dalam hal ni! Aduh macam mana ni?!

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now