Bab 13

18.4K 397 1
                                    

"Kami pergi sekolah dulu ya ibu " Ujarku sambil terkocoh kocoh menyarung kasut.

Aku mengambil kunci motosikalku. Kushairi pula menghidupkan enjin kereta kenitnya itu.

" Hati hati yaa " Ujar ibu.

Kami mengangguk.

" Bawak motor tu hati hati tau sayang. Kalau ikutkan saya ni nak aje angkut awak masuk dalam kereta saya tu " Luah Kushairi tidak puas hati.

Ini semuanya kerana dia kalah dadu pagi tadi. Siapa yang kalah baling dadu, pemenang boleh buat apa yang dia suka.

" Oit pagi pagi dah berangan " Ujar Kushairi sambil menutup helmetku.

" Hish dahlah saya pergi dulu! "

Kushairi menghalangku.

" Apaaa?! "

" Salam,mangkuk. Isteri jenis apa ni tak salam suami "
Deep sungguh.

" Pergi sekolah je .." rungutku.

Aku menyalam tangan Kushairi.Dia tersenyum lalu mencium dahiku. Ok dah mula terbiasa dengan adegan cium dahi ni. 😂

" Haa dah boleh pergi sekarang "

" Huh "

Tanpa kami sedar, Ibu dan ayah memerhatikan kami berdua sambil tersenyum dari jauh.

Tatkala aku sampai sahaja di sekolah,semua mata memandangku.
Kushairi yang cuma lambat 5 minit dariku turut berada di belakangku.

" Kau baru kahwin ke Ain? " Soal Maria. Rakan sebelahku.

" Hah? "

" Tu..inai dengan cincin tu.. " Tambah Maria.

Allah! Macam mana aku boleh lupa nak tanggalkan cincin nii. Nasib inai dah tak pekat. Dengan cincin tunang cincin kahwin semua masih terletak elok di jariku. Alamak macam mana nii.

" Mana ada. Akak sedara aku kahwin minggu lepas. Aku pakailah mcm ni. Saja suka suka. " Jelasku.
Aku memandang Kushairi, dia juga tidak menanggalkan cincin kahwinnya. Disebabkan dia dapat mengawal riak wajahnya, mereka tidak nampak cincin yang turut berada di jari Kushairi.

Aku kembali duduk di tempatku dan cikgu pun masuk ke kelas kami. Pelajaran dimulakan.
Sewaktu rehat, Wani mendekatiku.

" Ain, dalam sekolah ni..siapa je yang tahu pasal kau dgn Aril tu? "

" Engkorang berdua, dengan pengetua." Balasku.

" Aku tengok semenjak korang kahwin ni makin berseri muka si Kushairi tu. " Ujar Atiqah.

" Berseri ke? Biasa je aku tengok " Balasku lagi.

" Apalah.. suami sendiri kata biasa. "

" Eh dahlah jom masuk kelas. " Ujarku cuba untuk mengelak.

**********************************

Sedar tidak sedar, sudah 2 minggu kami berkahwin. Keluarga ibu dan mama akan berangkat ke Mekah. Katanya mereka akan berjalan-jalan merantau ke Dubai selepas menunaikan haji nanti.

" Dengar pesanan ibu. Jangan nakal nakal. Dengar cakap suami. Belajar rajin rajin. Solat jangan tinggal " Kata Ibu.

Aku mengangguk.

" ya ibu. Ibu pun jangan nakal nakal kat sana. "

Ibu mengetuk kepalaku.

" Aril..kamu pun sama. Jaga Ain ni elok-elok. Ingat pesanan papa. " Ujar Datuk Jalil pula.

Mereka bergerak bersama sama menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Aku dan Kushairi tidak dapat mengikut sampai ke airport kerana esok ada trial STPM.

" Haii..cik kak. Sampai bila nak diri kat luar? " Usik Kushairi.

Aku berjalan masuk ke rumah sambil merungut.

" Hari ni kita makan kat luar nak? " Soal Kushairi.

" Hm boleh jugak "
.
.
.

Sudah beberapa kali aku menguap. Jam sudahpun menunjukkan ke angka 12 tengah malam. Haih..sepanjang ketiadaan ibu dan ayah, dia diarahkan untuk tinggal di rumah suaminya. Rasa menyesal pula kerana menyuruh Kushairi tidur di bilik lain. Sudahnya aku yang bosan sorang sorang kat bilik ni.

" Haih..apa nak buat ni.. "

Sudahnya aku tertidur sendirian.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now