Bab 30

15.3K 307 8
                                    

Sejurus sampai di rumah,Kushairi terus duduk di sofa. Sempat juga dia menghempas beg galasnya ke lantai. Tersentak aku. Pertama kali dia berkelakuan sebegini. Merah padam mukanya menahan marah.

" Siapa Zarif? "

Aku yang berdiri di hadapannya hanya memandang ke bawah. Tidak berani aku bertentang mata dengannya.

" SIAPA ZARIF ?! " Teriak Kushairi.

Suara Kushairi memenuhi ruang. Salah aku ke semua ni? Ya,salah aku kerana merahsiakan kisah silam aku kepadanya.

" Dia..sepupu saya "

" Sepupu? "

"Ya,Nama dia Zarif Haiqal ,kitorang pernah bercinta masa saya darjah 5. Kami bercinta sampai saya tingkatan 3. Masa tu cinta monyet je. Kami putus sebab dia ada perempuan lain. Lepastu dia pindah ke Kelantan. Saya pun pindah sekolah lain.

" Lagi?! "

" Sebelum kami putus,Zarif pernah berjanji yang dia akan masuk meminang saya bila kami berdua habis belajar nanti. Tapi saya consider perjanjian ni tak relevan sebab dia sendiri curang belakang saya. " Jelasku panjang lebar.

Air mataku mulai terus membasahi pipi.
Namun ku gagahi jua untuk menanyakan soalan.

" Siapa Hana? " Soalku kembali.

" Kalau Zarif Haiqal tu cinta pertama awak,Hana Insyirah tu pula cinta pertama saya masa saya di KL dahulu. " Ujarnya keras.

Dan pada saat itu,hatiku seperti dipanah halilintar. Sakit yang tidak terperi.

Aku terus berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu. Aku menangis semahu mahunya.Kenapa?! Kenapa Zarif Haiqal perlu muncul setelah sekian lama dia hilang?! Kenapa! Kenapa kami berdua ditimpa masalah setelah kami sudahpun mencapai kebahagiaan?!

15 min kemudian,
" Ain sayang.. " Panggil Kushairi sambil mengetuk pintu bilik.

Diam. Tiada sahutan.

" Nur Ain Natasha! Abang arahkan awak untuk bukak pintu bilik ni sekarang. "

Pintu pun dibuka. Aku memandangnya. Sisa air mataku masih membasahi pipi. Kushairi berjalan ke arahku dan terus memeluk erat tubuhku. Aku menangis di bahunya.

" Awak,saya mintak maaf. Saya tak berniat nak rahsiakan hal ni. Saya sayang awak. Saya tak sayangkan dia. " Kataku pantas. Kushairi mengusap-usap belakangku.

" Shuu...berhenti menangis. Saya pun nak mintak maaf sebab tengking sayang tadi. Sekarang ni,saya nak sayang kuat. Sama sama kita bina rumahtangga kita ni kekal hingga ke jannah. "

Aku mengangguk lemah.

" Saya pun tak sukakan Hana. Hana tu kisah silam saya."

Kushairi menyeka air mataku. Aku mulai tenang.

" Sekarang ni kita lupakan diorang. Saya dah ada awak,awak dah ada saya. Kita berdua tak perlukan Hana dan Haiqal lagi." Jelas Kushairi.

Aku memeluknya kembali. Syukur alhamdulillah.
****************************************
" Argh! Bodoh! Sampai hati kau mungkir janji, Ain! Patutlah balas chat aku pun macam nak tak nak! Arghh! Sial! " Zarif menhempas bukunya ke lantai.

Apa orang lelaki kalau marah memang suka hempas menhempas eh? Brr~

Habis bersepah sepah barang di dalam biliknya. Hatinya menjadi sakit apabila tringat kembali saat Kushairi menyentuh jari Ain.

" Zarif.. zarif.. bukak pintu ni nak. Kenapa dengan kamu ni? " Mak Cik Salmah mengetuk pintu bilik anaknya berulang kali.

Zarif membuka pintu biliknya. Dia menangis teresak esak.

" Kenapa ibu tak bagitau yang Ain dah kahwin?! Patutlah selama ni ibu asyik suruh saya lupakan Ain. Sampai hati ibu! "Merah padam mukanya menahan marah.

" Ibu bukannya tak nak bagitau. Lagipun masa tu kamu kan nak STPM. Ibu taknak kamu hilang fokus,Zarif. " Mak Cik Salmah cuba menenangkan anaknya.

"  Bila diorang kahwin ibu? "

" 7 bulan yg lepas. Sebelum STPM. Keluarga Ain yang beria ria nak satukan Ain dengan suami dia tu. "

" Kahwin paksa ? " Tembak Zarif.

Ibunya mengangguk.

" Zarif masuk bilik dulu. Zarif penat. "

Zarif kemudiannya duduk termenung di atas katil. Gambar dia bersama Ain yang sentiasa diletak di tepi katil,diambilnya.

" Kesian Ain,mesti dia tak nak kahwin dengan mamat bedebah tu. " Gumam Zarif.

"Kalau diorang kena kahwin paksa,maknanya peluang untuk aku dapatkan Ain semula tu tak adalah susah mana. " Katanya lagi.

Zarif tersenyum. Dia mula merancang plan

***************************************

" Oit Ain. Sorang je? Mana husbengg kau tu? " Soal Farhan sewaktu aku duduk di cafe.

" Kau ni kangg. Ada kena hempuk dengan buku ni nanti. Dia kat library lah. "
Peliklah. Asal aku sorang sorang je mesti ada dua tiga makhluk tuhan ni tanya husbeng kat mana,laki kat mana,suami kat mana.

" ohh haa okey beb. Esok cuti sem kita bermula. Jom jamming? Ajak budak budak kita sekali. " Cadang Farhan.

" Wahh bagus jugak tu. Aku pun dh rindu sangat nak jamming ni "

Selepas kami berdua bersembang,Farhan meninggalkan aku kerana ada kelas. Aku duduk di cafe sambil melihat pelajar pelajar yang lalu lalang di situ.

Aku mengeluarkan iPhoneku dan mula ber-selfie .

" Cantik jugak aku ni " Pujiku sendiri.

" Huh.. cantik ke? "

Erk? Siapa pulak malaun yang balas kenyataan aku tu? Berani mati betul.
Aku memusing ke kanan.

" Hana? " Aku memandang Hana dari atas ke bawah. Perghhh baju macam tak boleh nak ketat lagi. Seluar pun koyak sana sini sampai ke pangkal peha. Fesyen jenis apa ni?

Sempat lagi kau mengumpat depan dia ye Ain.

" Yes. Im Hana. Hana Insyirah Bt DATO Faizal. " Sengaja dia menekankan perkataan dato.

Peduli apa aku.

" I nak tanya U sikit ni. " Ujar Hana.

" Hah apa dia? "

" Apa hubungan U dengan Aril? "

" Kenapa kau nak tahu? "

" Semalam I nampak korang berdua naik kereta sama sama. "

Aku gelak dihadapannya. Bukan setakat masuk kereta sama sama. Masuk bilik sama sama pun pernah.

" Okey. Let me tell you. Fyi, we are married. Shahril Kushairi tu suami aku " Kataku kepada Hana.

" WHAT ?! " Hana menepuk meja. Habis tumpah air aku.

" Apsal? Tak percaya? Sedih? Tak boleh nak move on? "

" Yes! Memang I tak percaya! U sengaja tipu I kan. I ni gf Aril U tahu tak?! " Jerit Hana. Semua pelajar disitu memandang kami.

" Jangan jeritlah weh. Aku tak pekak lagilah. Kau tak percaya? Kau tengok betul betul apa yang ada kat jari manis aku ni? Tarik nafas...dann nahh "
Aku menayangkan cincin tunang dan nikahku kepadanya. Bulat matanya memandang kedua dua cincin trsebut.

" Stupid girl " Ujar Hana.

Aku mulai menyinsing lengan. Kau sabajap ye Hana Insyirah DATO Faizal.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now