Bab 27

15K 278 0
                                    

Pejam celik pejam celik akhirnya keputusan STPM akan diumumkan pada hari ini.

" Dah siap belum? Jom pergi sekolah. Result keluar pukul 10 nanti. "

Aku memandang Kushairi. Ada sedikit takut mulai bersarang dalam hati. Kushairi mengusap kepalaku.

" Insyaallah,sayang. Saya yakin. "

1 Jam kemudian,

" Assalamualaikum ibuuuuu "

" Walaikumussalam...lahh kenapa menangis ni? Result kamu berdua macam mana? " Soal Ibu. Umi dan Walid turut sama berada di ruang tamu rumahku.

Kushairi menggeleng kepalanya.

" Satu pun takkan takda yang skor? " Soal ayah.

" Maafkan kami,walid,umi,ayah,ibu..kami dapat straight A !!! " Ujarku sambil memeluk ibu.

Kushairi tersenyum lalu mengeluarkan slip keputusan kami berdua.

" Alhamdulillah,tahniah sayang. " Ujar Umi kepada Kushairi.

****************************************

" Kami berdua dapat tawaran sambung belajar di UTM. " Tutur Kushairi.

Aku mengangguk.

Seluruh ahli keluarga besar kami mengucapkan syukur ya teramat. Tak sangka kami berdua dapat tawaran masuk ke universiti yang sama. Alah Kushairi ni anak dato,mintak mana pun dapat kan..
.
Pada sebelah malamnya pula,kami makan besar di kediaman rumah walid dan umi.

" Ain,Aril..mari sini kejap. Umi dengan walid nak bagi something pada menantu sulung kami ni. " Ujar Umi.

Aku mengikut umi. Umi dengan walid nak bagi apa kat aku ni? Aku memandang Kushairi. Keningku angkat sebagai isyarat 'apa? '

Dia mengangkat bahunya. ' Tak tahu '

" Nahhh " Umi menarik kain yang menutupi sesuatu tu.

" SUPRISEEEEE!!!! "

Wani,Atiqah,Amir,Irfan dan Farhan berada di dalam sebuah kereta. Eh cop?! Kereta siapa ni?!

" Heyy apa korang buat dalam kereta ni? Kereta siapa korang naik ni hah? " Soalku.

Umi dan walid sudah ketawa besar. Ibu dan ayah hanya mengelengkan kepala melihat kebendulan anak sulungnya itu.Lol

" Oi mangkuk! Ini untuk kaulah ! " Jawab Farhan sambil memberiku kunci kereta.

" Huh? Untuk aku? "

" Ini hadiah daripada umi dan walid. Kushairi dah ada kereta dia sendiri. Jadi,umi tak payah belikan kereta untuk dia lagi. He he he "

Kushairi mengecilkan matanya.

Kereta Honda Civic versi baru itu aku tatap lama. Ya tuhan..alangkah beruntungnya aku dapat kereta ini. Tak perlulah umi dan walid hadiahkan kereta ni. Myvi tu pun dah cukup comel untuk aku pandu.

Aku melihat sebuah bantal yang disulam dengan nama ' AIRY ' berada di belakang kereta.

Kushairi menghampiriku.

" Kereta ni untuk kita berdua ok. Bukan awak sorang je yang guna ye,Puan Ain " Ujar Kushairi sambil memicit hidungku.

Pecah ketawa mereka yang berada disitu.

Dasar kedekut! Dah ada Audi nak jugak kereta aku ni! Eish!

***************************************

Hari ini merupakan hari pertama kami melangkah ke universiti sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Wani mendapat tawaran belajar di Kedah,manakala Atiqah pula di Terengganu, makin sukarlah nak berjumpa dengan mereka selepas ini.

Amir dan Irfan melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Hanya Farhan,Kushairi dan aku sahaja yang berada di UTM,Skudai Johor.
Bagus sangatlah tu sorang kat utara,sorang kat Selatan,sorang kat Timur.

Aku dan Kushairi berada di dalam kelas yang berbeza. Aku berada di fakulti medical manakala Kushairi di fakulti undang undang.

Dan,bermulalah sebuah cerita baru kami sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi di sini. Dan,tahun ini juga kami berdua sudah mencapai umur 20 tahun.

.

" Hah mengelamun! " Sergah Kushairi.

Aku mengurut dadaku.

" Bagi salamlah woi. Main sergah je. Nak kita mati katak ke apa "

Kushairi mengetuk kepalaku perlahan.

" Jom teman saya pergi kedai buku. "

" Oraiteee "

.

Aku membelek belek buku buku motivasi di hadapanku ini . Ikutkn hati,nak je beli semua. Geramnya!

Aku berjalan pula ke rak novel,Kushairi masih leka memilih buku yang mahu dibelinya. Novel bertajuk " Cintaku At School " aku ambil. Aku membaca sinopsis di belakang novel itu sambil berjalan.
Kemudian..

BUM !

Habis novel aku jatuh ke lantai. Tanpa melihat siapa gerangannya,aku mengutip kembali novel tersebut.

" Saya mintak maaf. Tak sengaja langgar. " Ujarku tulus.

" Tak apa,lain kali hati hati ya. "

Aku mengangkat wajahku. BULP!
Dia...lagi?!

" Awak ni Zarif,kan. "

Dia mengangguk.

" Awak kenal saya tak? "

" Maaf,saya tak kenal awak. Awak siapa? "

Aku tersentak. Masakan dia tidak kenal aku!

" Takkan awak tak kenal saya? Saya ni Ain. Kita ada jumpa masa kat pasar raya,awak ingat? " Pancingku.

" Maaf,saya tak kenal awak. Saya rasa kita pernah berjumpa di mall tempoh hari. Di hadapan kedai baju baby. "

Aku memandangnya pelik. Setahu aku,ini kali ketiga aku terserempak dengannya. Kali terakhir berjumpa sewaktu aku dan Kushairi membeli barang dapur di pasar raya tempoh hari.

Lelaki itu terus menuju ke kaunter dan meninggalkanku. Aku terkebil sorang sorang. Apa benda yang berlaku ni?

" Dah pilih? "

Tersentak aku tatkala Kushairi menghampiriku. Aku mencari kelibat Zarif,namun tiada.

" Awak cari siapa ? " soal Kushairi.

" Er tiada siapa. Jom bayar. " Ujarku.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now