Bab 31

14.3K 309 8
                                    

"Aril ! Cepat ikut aku!! " Farhan menarik tangan Kushairi yang sedang leka membaca buku di perpustakaan.

" Eh apahal ni? "

" Ain..Ain bergaduh dengan Hana ! " Belum sempat Farhan menghabiskan ayat,Kushairi terlebih dahulu mengemas barang barangnya lalu keluar dari perpustakaan. Farhan turut mengikut sama.

" U memang perempuan murahan! Mesti U pernah terlanjur dengan dia kan? Thats why U nikah awal dengan Aril! " Tengking Hana.

Panas je hati aku masa tu. Sesedap lemak berkrim je dia kata kita dah terlanjur.

" Kau ni kan harap muka je lawa tapi mulut..! Cakap baik baik sikit eh. Aku ni kahwin dengan dia sebab dah sampai seru untuk kami nikah. Bukan sebab aku terlanjur dengan dialah bodoh! " Hilang sudah kesabaran aku dengan minah ni.

" U tengok perut U tu. Semacam je I tengok. Mesti dah terlanjur kan.. tak pun kena rogol?! Oh my goddd lepastu U jadikan Aril pak sanggup. Kan? "

PANG !

Tangan kanan aku akhirnya berjaya juga hinggap di pipi Hana. Dasar perempuan tak sedar diri!

Hana ingin membalas namun tangannya berjaya dihalang oleh Kushairi.

" U ! U betul ke U dah kahwin dengan dia? Sampai hati U buat I macam ni. " Rintih Hana sambil menumbuk numbuk dada bidang suamiku. Aku terus menepis tangannya.

" Jangan sentuh akulah perempuan murahan! "

PANG !

Kali ini giliran Kushairi pula yang menampar pipi Hana. Pinky habis pipi dia hari ni.

" Sampai hati U tampar I,Aril. Sampai hati U malukan I depan semua orang " Air mata Hana mulai gugur. Timbul rasa kasihan pula melihat keadaan Hana.

" Nasib sampai hati. Kalau sampai kaki? ICU lah kau harini " Celah Adam.

Hana memegang pipinya.

" Ye. Memang kita ada hubungan. Tapi hubungan kita dah lama putus. Sebelum I pindah lagi,kita dah memang putus. Ini semua sebab U yang pasang lelaki lain. Curang belakang I. Hey aku ni paling pntang dengan perempuan yang suka mainkan perasaan aku ni. Kau faham tak?! " Jerkah Kushairi.

Hilang sudah watak pendiam yang selalu dia bawa. Seluruh pelajar di cafe hanya memerhati sahaja adegan kami bertiga.

" I minta maaf. I promise I takkan buat lagi. Please..sayang...come back to me and leave her. " Rengek Hana.

" Eee kau tak payah nak bersayang sayanglah dengan suami aku.! " Celahku.

" Heyy U ! Listen here ! Kushairi is mine dan dia hak I bukan hak U. I akan pastikan Kushairi berada dalam genggaman I. Kalau I tak dapat dia, U pun tak akan dapat dia. " Amaran Hana.

" Sekali kau sentuh dia,I akan pastikan hidup U akan merana. Remember that! " Kata Kushairi. Kemudian,dia menarik aku dan terus meninggalkan cafe.

Tanpa aku sedar,Zarif Haiqal yang berada di situ juga telah menyaksikan pergaduhan kami bertiga. Kemudian,dia tersenyum sinis.

Zarif menghampiri Hana yang sedang mengelap darah di tepi bibirnya.

" U sebenarnya tak boleh jalankan tugas U sorang sorang. You need help. " Ujar Zarif.

"Who are you and what do you mean? " Soal Hana.

" Let me introduce myself. My name is Zarif Haiqal. Look ! Kita berdua kena bekerjasama. I nak Ain and U nak Kushairi. You know what i mean?  " Kias Zarif.

Kemudian,Hana dan Zarif tersenyum lebar.

***************************************
Setibanya di rumah,aku menhempaskan tubuhku di sofa. Kepalaku terasa pening yang teramat. Aku membuka tudungku sambil memicit kepalaku perlahan.

" Sayang okey ke ni? " Soal Kushairi. Tidak seperti tadi, kali ini penuh dengan nada lemah lembut.

" Pening sikit. " Balasku.

Kushairi terus beredar ke dapur dan kemudian kembali semula dengan membawa secawan air dan ubat.

" Nah,makan ni dulu. "

Aku menurut. Kemudian,aku baring semula di sofa. Aku memejamkan mataku. Kemudian,aku merasakan seolah olah badanku diangkat. Rupa rupanya Kushairi sudah mencempung tubuhku ke katil.

" Awak.. " Panggilku.

" Ya,saya "

" Jangan pergi mana mana. Saya nak awak kat sini. " Kataku. Aku menarik tangan Kushairi untuk turut sama baring di sebelahku.

"Awak.. "

" Ya sayang. "

" Bukan ke awak fobia dengan perempuan? Kenapa tadi berani gila awak tengking Hana? "

" Sebenarnya saya cuba untuk kumpulkan kekuatan untuk marah Hana. Saya tak sanggup tengok isteri saya yang lawa ni kena marah. " Jelas Kushairi. Dia mengelus rambutku.

Aku tersenyum dan akhirnya kami terlelap bersama. Nampaknya malam ni aku tak masaklah nampaknya.

.

" Awak,kita order pizza nak? " Cadangku ketika kami selesai solat maghrib berjemaah.

"Pizza ? Hm bolehlah. Abang pun dah lama tak makan pizza ni "

Seperti yang dirancangkan,kami memesan pizza untuk makan malam kami. Kushairi memesan big pizza. Yela,takkan orang sebelah rumah ni nak tengok je kan bila kitorang makan pizza nanti? Kesian pulak tengok Adam yang duduk berseorangan.

" Uwahh pizza  ! "

Adam terus duduk di meja makan. Aku belum sempat jemput lagi. Bertuah betul!

Kushairi mengelengkan kepalanya. Ada kawan yang hensem tapi otak senget sebelah.

" Makan perlahan lahan sayang. Nah minum air ni dulu " Kata Kushairi sambil menyuakan air pepsi kepadaku. Aku menyambut dan meneguknya.

Kami bertiga menikmati makan malam dengan gembira sekali. Hilang sudah peristiwa tengah hari tadi dalam ingatan kami

*****************************************

Keesokkan paginya,Kushairi bangun awal seperti biasa. Dia mengambil wudhuk lalu mengejutku.

' Dia ni tidur mati ke apa? Biasa dia yang bangun dulu ' Bisik hati Kushairi.

" Sayang..bangun. Subuh ni "

Aku terjaga. Kemudian,aku terasa perutku terlampau sakit.

" Mentang mentang hari ni tak ada kelas, nak bangun lambatlah tu. Dah bangun. Solat lekas " Arah Kushairi.

Aku mencemik. Aku smackdown jugak laki aku ni kang.  Aku gagahkan juga diri aku untuk solat.

Usai sahaja menunaikan kawajipan,aku baring semula di katil.

" Ya Allah kenapa sakit sangat perut ni. " Kataku sambil memegang perutku. Peluh mula membasahi muka dan tubuhku.

" Sayang kenapa ni? Sakit perut? Kejap abang amikkan minyak "

Kushairi terus menyapu minyak di perutku. Namun,semua itu tidak berhasil. Aku hanya mampu berzikir sahaja.

" Saya nak buatkan sarapan untuk awak kejap. " Kataku.

Belum sempat aku bangun,Kushairi sudahpun menghalang pergerakkanku

" Tak payahlah. Sayangkan tengah sakit perut. "

Kushairi membaringkan tubuhku semula.

" Tak apa. Sekejap je "

Aku bangun dari katil. Kemudian,aku merasakan ada cecair merah pekat keluar dari rahimku.

" Ya Allah ! Sayang! Darah ! "

Dan disaat itu,aku merasakan kepalaku berpusing pusing dan aku terus tidak menyedarkan diri.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now