Bab 33

14.1K 274 7
                                    

Sudah masuk hari ketiga aku berada di hospital. Bosan sungguh! Bilalah aku dapat balik ni.

" Sayangg! Good news! Harini sayang dah boleh balik! " Kata Kushairi.

" Yeke?! Horayyyy! "

Freedom ! Freedom!

Umi mendekati Kushairi.

" Aril,ini nanti sampai rumah,kamu rebus air akar kayu ni. Suruh isteri kamu minum. Kamu kena ingat,jangan bagi dia buat kerja kerja yang berat berat. Dia tu masih dalam pantang. " Nasihat uminya.

Aku memandang bungkusan yang umi beri kepada Kushairi.

" Laa umi. Keguguran pun kena berpantang jugak ke? Kena minum air macam ni? " Soalku sambil membuat muka tak redho.

" Of course! Air ini untuk kuatkan rahim kamu balik. Nanti umi dengan ibu kamu datang periksa kamu setiap minggu. " Kata umi lagi.

" Haa sekarang pulak ibu nak kasi minyak ni. Sapu minyak ni kat perut tau. Biar tak masuk angin." Kata ibu sambil memberiku sebotol minyak.

" Ni minyak apa pulak ni? " Soalku lemah.

" Minyak ni nenek yang buat. Semalam ibu pergi rumah nenek,ibu mintak nenek buatkan minyak ni untuk kamu."

" Nenek sihat? "

" Sihat. Dia risau sangat bila cucu kesayangan dia ni masuk hospital. Dia nak datang sini tapi nanti reban ayam dia tu semua siapa nak jaga? Rumah tu lagi. " Cerita ibu sambil mengemas baju bajuku.

***************************************
" Kesian Ain.. " Kata Amir sambil merenung gambarnya bersama Ain.

" Cubalah kalau kau kahwin dengan aku. Semuanya takkan jadi macam ni. "

" Astagfiruallahalazim Amir! Apa kau merepek ni? Dia tu kan sahabat kau! Eish "  Katanya sambil menepuk nepuk kepalanya.
.
.
" Wahh katilkuuu rindunyaaaaa! " Aku berlari lari anak ke katilku.

" Eh anak bertuah! Kamu tu masih belum sihat. Janganlah kasar sangat. Bentan nanti! " Tegur ibu.

Aku mencebik. Hish ada je pantang larang!

" Nak duduk,nak baring nak jalan tu semua kena perlahan lahan. Jangan renyah sangat! Faham? " Sampuk Umi lagi.

Aku mengangguk kepala.
Kushairi hanya mampu menggeleng gelengkan kepalanya saja.

" Iye ibu,umi. Ain faham " Kataku sambil memuncung.

" Tengok tuu. Mulalah dah muncung itik dia tu. Malas ibu nak layan. Suruh suami kamu yang pujuk. Dah ibu dengan umi balik dulu. Esok ibu datang lagi. " Kata ibu.

Kushairi menghantar umi dan ibu sampai ke depan pintu. Usai bersalaman,umi menepuk nepuk bahu Kushairi.

" Ingat pesan umi. Jaga Ain elok elok. Jangan kasi dia buat kerja berat. " Pesan uminya.

" Ya umi. InsyaAllah "

Sebaik sahaja umi dan ibu hilang daripada pandangan,Kushairi mula meraup mukanya.

" Nak masak apa ni? Masakan apa yg sesuai untuk orang berpantang eh? Umi kata tak boleh makanan berminyak,makanan laut...lagi..apa erk? "
Ujar Kushairi sambil mengetuk getuk jari telunjuknnya ke dagu.

" Hah ! Ikan kukus ! "

Kemudian,Kushairi membiarkan aku berehat di dalam bilik dan bermulalah tugasnya untuk memasak makanan untuk isteri kesayangannya itu.

.
Kushairi meletakkan ikan kukus yang siap dikukus itu di atas meja. Setelah berpuas hati dengan masakannya,dia kembali ke bilik untuk mengajak isterinya makan.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now