Bab 28

14.1K 321 11
                                    

Telefon Shahril menjerit minta dijawab. Pantas dia menekan icon hijau.

" Assalamualaikum. "

" Walaikumussalam! Aril! U ingat I lagi tak? I ni.. " Belum sempat dia menyambung ayat,Kushairi terlebih dahulu memotong percakapannya dengan gelak tawa.

Aku yang berada di dapur tatkala itu terkejut bila encik suami ketawa sorang sorang. Dia ni berbual dengan siapa?!

" Tak payah nak ber I U sangatlah,Adam! Kau belajar kat mana sekarang ni? " Soal Kushairi.

" Hahahaha! Aku dapat tawaran ke UTM. Ni aku nak cakap sikit dengan kau ni,Rul" Ujar Adam.

" Hah? Nak cakap apa? "

" Kau duduk mana sekarang? Aku dah sampai JB ni,buntu aku tengah cari rumah sewa. Kau ada rumah kosong tak yang boleh aku sewa? "

"Ada. Ada sangat. Tapi tula,aku duduk kat apartment walid aku. Kau nak sewa ke? Sebelah rumah aku ni kosong. Tingkat 8. Gerun tak gerunlah. Amacam? " Tawar Kushairi.

" Good! "

" Nanti aku send location alamat rumah aku. Kau datang tau. Boleh makan malam sekali "

" Wah! Langkah kanan aku nampaknya! "
Tutur Adam senang.

Talian dimatikan. Kushairi menghampiri isteri tercintanya.

" Sayang..." Panggil Kushairi.

Aku yang sedang elok layan youtube ni tiba tiba meremang bulu roma bila terdengar suara Kushairi. Dah kenapa dengan dia ni?!

" Ha? Nak apa? " Jawabku malas.

" Kejap lagi,kawan saya nak datang. Sayang tolong masak boleh sebab saya ajak dia makan malam sekali dengan kita. " Pinta Kushairi.

" Lahhh. Kawan awak? Bukan ke awak ni tak ada kawan? Ada jugak rupanya ye. Buat gapo dia mari sini? " Soalku

" He he dia dapat tawaran sambung Ijazah kat sini. Kebetulan pulak tempat belajar dia sama dengan tempat kita. So,sekarang ni dia tengah cari rumah sewa kat kawasan sini. Kebetulan pulak...."

"Jangan cakap yang abang nak sewakan rumah kosong sebelah rumah kita ni kat dia. " Belum sempat Kushairi hendak menyambung ayatnya,aku sudah terkam dahulu.

Dia mengangguk perlahan.

Aku merengus.

" Tak syoklah macam ni. " Rungutku

" Apanya tak syok? Dia bukannya tiap tiap hari makan free kat sini. "

" Awak dah bagitau dia ke yang awak dah kahwin? " Soalku sambil mengangkat keningku ala ala Ziana Zain.

Kushairi menepuk dahinya.

" Masalah besar.. "

**************************************

" Assalamualaikum " Laung Amir sambil menekan loceng.

" Eh apasal ada kasut perempuan ni? Takkan kakak dia duduk sini sekali? Bukan study oversea ke kakak dia? " Soal Adam perlahan.

Kushairi membuka pintu seraya berkata

" Walaikumussalam! Sampai jugak kau kan. Haa masuklah "

Mulut Adam terngangga apabila kakinya jejak di ruang tamu. Tidak berkelip matanya memandang hiasan dalam rumah ini. Ni rumah pelajar ke rumah suami yang ada keluarga?

Mata Adam tertancap akan satu gambar yang cukup besar. Gambar seorang lelaki yang berpelukkan dengan seorang perempuan. Ini gambar kahwin!

" Beb! Kau dah kahwin ke?! " Adam memandang Kushairi.

" Dah.. " Jawab Kushairi.

" Bila kau kahwin? Tak jemput aku pun "

" Err pasal tu aku mintak maaf. Majlis kitorang buat secara sederhana je. Yelah,aturan keluarga kan. Masing masing muda lagi. Tengah mengenal hati budi. " Jawab Kushairi.

" Mak dato...orang amik STPM,kau dah pergi salam tok kadi. Eish dahsyat betul kau ni. So,kiranya ini kau kahwin paksa lah kan? Boleh terima isteri kau? " Duga Adam.

" Bukan setakat terima. Aku dah tak boleh berpisah dengan dia. Walaupun sekejap! Im totally fall in love with her " Kata Kushairi.

Aku yang mencuri dengar perbualan mereka berdua,menguntum senyuman yang lebar. Cewah!

" Wuuu ter-jealous tanpa sengaja bila dengar ayat kau. " Perli Adam sambil menepuk nepuk bahu Kushairi. Dia sendiri terkejut akan sikap kawan baiknya itu. Kalau dahulu,nak gelak pun payah. Sepatah ditanya,sepatah dijawab. Tapi kali ni alhamdulillah mulutnya mengalahkan burung murai.

" Lawa jugak isteri kau. Mana dia? Belajar ke? "

" Sorryyy lambat. Nah,minum air dulu " Ujarku sambil menuang air.

" Ni,aku perkenalkan isteri aku,Nur Ain Natasha. Sayang, ni kawan saya, Adam Farriel Bin Qasidan.Anak jati Selangor,mak ayah orang Jawo,Atuk dia bugis. " Ujar Kushairi.

Mulutku terngangga mendengar cara percakapan Kushairi. Begitu juga dengan Adam.

" Weh, kau pehal perkenalkan aku macam tu depan isteri kau? Detail habis siap bangsa aku kau keluarkan sekali.Entah apa apalah kau ni " ujarnya sambil tergelak.

Aku juga turut tergelak. Comel betul suami dia!

" Dah,jom makan " Ujarku.

.
.
.
"Adam tu kawan abang sejak abang darjah 4 lagi. Dialah satu satunya kawan baik abang. Suka duka abang bersama dia. "

" Ayat lagi nak gramatis. Apalah over " Ujarku.

Kushairi senyum

" Dia takde gf ke? "

Kushairi menggeleng.

" Dia tu gila. Takde siapa nak kat dia hahaha! Taklah,dia tu pelik sikit. Dia nak seorang perempuan yang ada lesung pipit belah kiri. Pelik... " Jelas Kushairi.

Patutlah suami aku pelik. Berkawan dengan orang pelik. Pelik pelik je diorang berdua ni.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now