Bab 17

17.4K 371 0
                                    

" What? ! " Jeritku setelah mendengar kata Kushairi sebentar tadi.

Pantas Kushairi menekup mulutku.
"Janganlah cakap kuat sangat.Nanti ibu dengar.Bilik awak ni bukannya kebal sangat "

"Hey! Ini dah masuk kali kedua awak kutuk bilik saya tau! Ni memang nak kena backhand ni. "

"Ops hehe sorry sorry "

"Hm..kalau macam tu,kita ikut jela apa yang diorang plan untuk kita.Ala lagipun nanti sampai rumah baru tu kita tidurlah bilik asing-asing. Ibu ayah walid dgn umi takkan tahu punya " Jelasku.

Kening Kushairi bercantum. Makin sukarlah untuk dia memikat sang isterinya itu.

" Haa dahlah. Pergi buat ulangkaji sana. Minggu depan dah exam " Ujar Kushairi.

Aku tersenyum riang! Yeay! Tidur asing!

****************************************
Akhirnya,tibalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Badanku mengigil ketakutan tatkala melangkah masuk ke dalam sekolah.

" Hish pehal kau ni Ain. Masa spm lek lek je kau masuk dewan ni kenapa ketaq lutut gila ni " Kataku sambil melangkah ke dewan.

Aku terpandang Kushairi yang sedang berjalan mendahuluiku bersama kawan kawannya. Punyalah panjang lebar tazkirah dia bagi malam tadi semata mata nak hilangkan rasa gugup aku. Blur

" Oi cik kak. Berangan eh " Tegur Wani

" Bukan cik lah. Puan " Sampuk Atiqah.

" Eh korang berdua ni pagi pagi dah kenakan aku. Dah jom. Satgi nak masuk dewan ni. "

Kami berpimpin tangan bersama sama melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan lafaz bismillah.

*****************************************
" Yeay! Last paper! " Jeritku memeranjatkan Kushairi yang sedang belajar.

" Bertuah punya bini. Duduk diam diam tak boleh ke? " Sampuk Kushairi sambil membuka cermin matanya.

" Yela bosss " Jawabku sambil mencemik.
Happy sikit pun tak boleh. Buwerkk!

" Pergi buatkan air kopi untuk saya " Perintah Kushairi.

Aku mengangguk lalu turun ke bawah.

" Eh, umi nak kopi? Ain tengah buat air kopi untuk Erul ni. Umi nak ? " Soalku apabila terpandang umi masuk ke ruang dapur.

" Tak apalah. Umi nak minum air suam je .Umi nak cakap sikit dengan kamu ni."
Balas umi.

" Apa dia umi? "

" Umi ingat.. nanti umi nak suruh kamu berdua pergi honeymoon . Boleh? Lagipun lepas kamu berdua stpm ni kan banyak masa free. "

" Err okey umi. Ain tanya Erul dulu ya pasal hal ni " Ujarku lalu meminta diri untuk pulang ke bilik.

Sampai sahaja di bilik,aku segera menutup pintu dan duduk di hadapannya.Kushairi mengerutkan mukanya.

" Dah macam orang nampak hantu. Buat air pun lambat. 3 in 1 je pun " Bebelnya sambil mengambil cawan dari peganganku.

" Umi ajak kita pergi honeymoon ! " Kataku pantas.

BUSSSSFFFFFF !!!!

"Shahril Kushairi!!! " Jeritku. Habis mukaku terkena air kopi. Tak senonoh betul lah dia ni!

" Sorry sorry. Lain kali tunggulah saya habis minum "
Segera dia mengambul kain dan lap mukaku yang penuh dgn air kopi.

" Habis muka saya dah bau kopi! " Marahku

"Yeke? Sini saya bau " Jawab Kushairi lalu terus mencium pipiku. Aku menolak tubuhnya ke belakang.

" Memang sengaja nak cari pasal kan? " Bentakku. Aku memicit hidung Kushairi sekuat hatiku. Dia mengaduh kesakitan.

" Aduh aduh soorryyy sayanggg. Dah awk kata muka awak bau kopi. Saya pun baulah muka awak yang memang bau kopi tu " Jawabnya sambil tersenyum nakal.

Kalau aku cekik dia ni,jangan tanya kenapalah ye .
***************************************
" Yeahhh merdekaaaa!!! "
Jerit Amir,Irfan,Farhan dan rakan rakan lelaki yang lain.Aku tersenyum kesenangan. Rasa seperti beban di bahuku hilang begitu sahaja. Selamat tinggal sekolah.

" Weh malam ni kita jamming jom. Tempat biasa. Jom " Ajak Amir.

" Err hahahaa haaa bo bo bolehhh kot. " Jawabku sambil memandang Kushairi.

Sampai di rumah, mataku melilau mencari kelibat Kushairi. Namun hampeh.

" Mana dia ni "Gumamku

Takkan tak balik lagi, tadi dia yang balik dulu sebelum aku.

Sudahnya aku membuat keputusan untuk memasak makanan kegemaran Encik Suami iaitu Asam Pedas Ikan Sembilang.
Jenuh aku mendapatkan resepi daripada ibu.

" Assalamualaikum "

"Walaikumussalam. Awak pergi mana tadi? "

"Jumpa kawan. Umi dengan walid mana? " Soalnya.

"Umi dengan walid pergi Banting. Teman walid pergi jumpa klien dia kat sana." Balasku sambil memberikan nota yang ditampal di peti ais.

Kushairi mengangguk faham.

" Eh awak..hm sebelum nak naik bilik tu makanlah dulu. " Pintaku.

"Awak masak ni?! "

Aku mengangguk laju. Eleh tahulah aku ni jarang masak kat rumah.

Kushairi menurut lalu duduk di kerusi meja makan. Matanya memandang lauk yang terhidang di depan matanya.

"Asam pedas?! "

" Taklah. Sambal tempoyak " Selorohku sambil mencedok nasi ke pinggannya. Kushairi medengus kegeraman.

" Ha makanlah "

Kuahairi menghirup kuah. Aku menunggu reaksinya dengan hati yang mengharapkan pujian.

" Sedap "

Aku senyum.

Kushairi merasakan ikan itu pula.Matanya membulat.

UWERKKK!!

" Eh kenapa ni ?! " Soalku risau.
Mengandung ke suami dia. Eh -.-

" Ni..ikan ni awak rendam dengan air asam jawa tak sebelum awk masak? " Soalnya.

Aku menggeleng.

"Sayang,ikan ni kena rendam dulu. Barulah takde bau hanyir. Tak percaya? Cuba awak rasa sini "

Aku menyubit isi ikan tersebut lalu masuk ke mulutku

Eyuwww!

" Sorry awak " Ujarku serba salah.

" Takpa aihh..kita order pizza je "
Ujarnya sambil mengusap lembut kepalaku.


Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now