Bab 32

13.4K 292 5
                                    

Aku terjaga tatkala terdengar suara tangisan seseorang. Aku membuka mataku perlahan lahan. Aku memerhati keadaan sekeliling. Eh ini hospital! Macam mana aku boleh ada kat sini? Aduh! Sakitnya ari ari aku ni. Aku sakit apa ni?

" Abang " Panggilku. Aku mengusap perlahan pipinya.

Kushairi memandangku.

" Abang mintak maaf sayang. " Katanya sambil menangis di sisiku.

" Eh awak kenapa macam ni? " Soalku aneh.

" Semuanya salah abang. Kalau abang tak kasi sayang minum air gas tu,semuanya takkan jadi macam ni " Air mata Kushairi mengalir membasahi pipinya yang putih bersih itu.

" Saya tak faham. Cuba awak jelas "

" Sayang keguguran. Semua ni salah abang! Sayang gugur sebab sayang minum air bergas. Abang mintak maaf sayang. "

" Ya Allah ! Saya tak tahu pun saya hamil.."

" Doktor cakap,kandungan sayang baru cecah 2 minggu. "

Tubir air mataku mulai pecah. Aku tidak sanggup menatap wajah Kushairi pada ketika ini.

" Sayang.. " Panggil Kushairi.

" Keluar.. "

" Sayang.. abang mintak maaf...abang.."

" Saya kata keluar. Let me alone ! Ini bukan salah awak. " Rintihku.

Akhinya,Kushairi melangkah longlai keluar dari wad. Dia mengesat air matanya. Dia tidak mahu ahli keluarganya melihatnya menangis.

" Aril.. Ain macam mana? Dia dah sedar? " Soal ibu.

" Dah ibu,cuma Ain cakap dia nak bersendirian. Dia tak nak berjumpa dengan sesiapa pun sekarang ni. " Ujar Kushairi.

Dia kemudian duduk di sisi walid.

" Tak apalah Aril. Semua ni dah tertulis. Kamu pun tak tahukan yang Ain tu tengah hamil " Kata Ayah.

Kushairi hanya menundukkan kepalanya.

" Sudahlah Aril,kamu berdua masih muda lagi. Umur pun masih 20. Banyak masa lagi " Tambah uminya.

****************************************

" Maafkan mama sayang. Mama gagal lindungi anak mama. Mama mintak maaf sangat sangat. " Ujarku sambil mengusap perutku.

Sungguh! Aku tidak menyangka! Tak sangka pula tanda pening kepala semalam itu merupakan tanda tanda dia mengandung. Aku terus mengusap perutku sambil air mataku berjuraian ke pipi.

" Maafkan mama dan papa. " Kataku.

.
Aku terjaga dari tidur tatkala terdengar azan isyak. Aku melihat ke sebelah,Kushairi sedang tidur di atas sofa. Mukanya yang kusut,rambut dan bajunya tidak terurus. Faham benar akan sikap Kushairi. Bila tengah dilanda masalah,pakaiannya juga akan dilanda masalah. Masalah betul!

Tidak lama kemudian,Kushairi pula terjaga dari tidur. Terus dia memandang tempat tidurku. Dia memandangku dan tersenyum

" Sayang nak makan? "

Aku menggeleng kepala.

" Minum? "

Aku menggeleng.

" Saya solat  dulu. "Ujarnya lalu meninggalkanku keseorangan.

Semakin lama aku duduk di wad ni,semakin gila aku dibuatnya! Makanan semuanya tawar. Walaupun bilik vip,tapi seribu kali ganda bagus bilik aku berbanding di sini.

" Saya nak makan. Tapi taknak hospital punya. Tak sedap. " Kataku.

Kushairi mengangguk.

" Umi dah siapkan makanan untuk awak dah ni. " Kata Kushairi.

Kushairi menyuapku dengan penuh lemah lembut. Persis seperti anak kecil dia melayanku.

" Sayang makan, lepastu pakai tudung. Sekejap lagi ada orang nak datang. "

" Siapa nak datang? "

"Adalah. Sayang siap siap je ok. Nah makan. "

Seperi yang disuruh,aku mengenakan tudung sesudah saja aku makan.

" Sayang dah siap? "

" Dah "

"Jap ye. Saya keluar sekejap. "

Tidak lama kemudian,pintu diketuk.

" Assalamualaikumm!!! "

" Walaikumussalam! Ya Allah Wani Tiqa! Wah Amir dengan Irfan pun ada! " Pantas saja perasaanku kembali gembira apabila kawan kawanku yang masuk air semua ni berada di depan mata.

" Ainn rindunya aku dengan kau! " Kata Wani seraya memelukku.

" Iye..aku pun rindu dengan mekome ni semua. " Balasku.

" Ain,kitorang tumpang sedih atas perkara yang berlaku pada kau. Takziah kitorang ucapkan. " Ujar Irfan.

" Tak apalah. Nasi pun dah jadi bubur. Tak ada rezeki. " Ujarku perlahan.

Kushairi memandangku. Namun aku tidak membalas pandangannya.

" Alaa tak apa. Korang pun muda lagi kan. Banyak lagi masa. " Kata Amir. Dia meletakkan sejambak bunga diatas meja.

" Btw, macam mana korang tahu aku kat sini? "

" Sekarangkan tengah cuti. So,Farhan dah call kitorang . Kononnya nak kasi kejutan kat kau. Punyalah kitorang ni berkumpul kat depan rumah kau siap bawak bunga ni semua. Alih alih Aril call cakap kau kat sini. " Cerita Amir.

" Farhannya mana? " Soalku.

" Sini.. " Farhan muncul di tepi Kushairi. Bila masa pulak budak ni kat tepi laki aku ni?

" Sayang...sekarang waktunya untuk tukar baju. Satu bilik ni dah bau orang tak mandi tau " Seloroh Kushairi.

Pecah ketawa mereka. Amboii laki aku sorang ni dah pandai bagi punchline .

" Oklah Ain. Dah malam ni. Waktu melawat pun dah habis. Kitorang balik dulu. Korang kan perlukan privasi. Hahaha! " Ujar Atiqah.

Setelah mereka semua beredar dari wad , Kushairi menghampiriku.

" Sayang marah lagi dengan abang? " Soalnya

" Gila nak marah. Mestilah tak. Buat apa saya nak marah dekat suami saya ni? " Kataku sambil mencuit dagunya.

Kushairi tersenyum senang.

" Ok tadi awak kata saya kena tukar baju,kan? Mana bajunya? " Soalku.

" Sayang duduk diam diam. Biar saya yang tukarkan baju sayang,ok? "

Kushairi mengunci pintu.

***************************************

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now