Bab 12

19K 418 1
                                    

Aku tersedar apabila terdengar sayup-sayup azan subuh.Aku cuba untuk bangun tetapi aku merasakan badanku seperti dipeluk dengan kemas dari belakang.

" Ehh apa ni peluk-peluk saya! " Kataku sambil memukul badan Kushairi sehingga dia terjaga.

"Dah kenapa awak ni " Soal Kushairi sambil mengosok-gosok matanya.

"Awak tu kenapa tiba tiba peluk saya! " Bentakku.

" Manalah saya tahu. Tindakan spontan lah kot . Awak ni janganlah jerit. Kang semua orang dengar nanti. Bilik awak ni bukannya besar sangat " Balas Kushairi.

" Sedap sedap je kutuk bilik kita kecik. Tahulah bilik dia besae gedabak. Huh benci! " Bentakku sambil berlalu masuk ke bilik air.

Pecah ketawa Kushairi apabila melihat telatah isterinya.

Usai sahaja solat subuh berjemaah dengan Kushairi.Aku turun ke bawah untuk menolong saudara maraku apa yang patut.

" Assalamualaikum semua " Ujarku sambil tersenyum.

" Walaikumussalam, haa pengantin baru dah bangun. Awalnya kamu bangun. Suami kamu mana? " Soal Mak Lang.

" Ada kat atas. Sambung tidur lagi kot " Tekaku. Aku duduk di atas kerusi meja.

" Lepas ni ibu kamu dapatlah timang cucu. Tak gitu Fad? Hahaha " Seloroh Mak Teh ku.

Ada aku sepak jugak mak teh ni kang.

" Hahaha banyak masa lagi. Biarkan diorang tu fokus kat STPM tu dulu. "

Haa alhamdulillah. Ada juga yang mengerti.

" Assalamualaikum " Ujar Kushairi.

"Walaikumusalam,ingatkan kamu masih tidur. Baru nak suruh si Ain ni kejutkan kamu." Kata ibu.

Kushairi hanya tersenyum seraya berjalan ke arahku.

" Jom ikut saya sekejap "

" Nak pergi mana? "

" Ikut jela "

Kushairi terus berjalan ke bilik kami.

" Hah kenapa? " Ujarku rimas.

" Malam tadi sepatutnya saya bagi hadiah ni. Tapi memandangkan kita berdua penat sangat. Saya pun lupa nak bagi. Ni.. "

Kushairi mengeluarkan sepasang baju labuh berwarna kuning cair. Agak terpesona juga apabila aku melihat baju itu.

" Eh apa ni awak " Ujarku sambil memandang tepat ke jubah itu.

" Apa ni? Sayang, ni kucing. Amiklah. " Ujar Kushairi sambil mengetawakan aku.

Aku mencebik.

" Amiklah balik kucing tu. Saya tak hinginnn huh!! "

" Ala gurau sikit tak boleh, amiklah"

"Tak nak "

"Amik "

"Tak nak "

Perlahan - lahan aku berjalan ke belakang untuk mengelak dari encik suami. Malangnya, kakiku tersadung di kaki katil membuatkan aku jatuh ke atas katil. Awww sakitnya kaki!

" Haa melawan lagi kata suami. Degil betul dia ni " Ujar Kushairi sambil merebahkan badanya di sebelahku.

" Amiklah baju tu. Tu hadiah saya untuk isteri saya yang garang nak mampos ni. " Kata Kushairi lagi sambil sekeh kepalaku.

Taraguna.

***********************************

Setelah semua ahli keluargaku berangkat pulang ke rumah masing-masing. Hatiku berasa lega yang teramat kerana tiada lagi gangguan suara anak anak kecil yang berlari sana sini sehingga aku tidak dapat membuat ulangkaji pelajaran.

" Ain..Aril sini sekejap " Pinta ibu.

Aku dan Kushairi mengikut kata ibu. Kami berdua duduk bersebelahan di sofa. Kelihatan ayah juga turut duduk bersama. Ni meeting tergempar apa ni?

" Ada apa bu? "

" Minggu depan, ibu dengan ayah serta keluarga mentua kamu akan pergi menunaikan haji. " Jelas ayah.

" Jadinya, kamu berdua nanti nak tinggal di rumah ibu atau rumah Aril? " Soal ibu.

Wow..hebat betul soalan ibu ni.

" Aril tak kisah lagipun rumah ibu dengan mama pun dekat je." Jawab Kushairi seraya memandangku.

Kini,semua orang memerhatiku.Menunggu jawapan dariku.

" Err "

" Haa takpelah, ibu kasi kamu berdua fikir dulu. " Ujar ibu.

Kami berdua mengangguk kemudian meminta izin untuk naik ke bilik kerana hari sudah pun malam. Sudab tiba masanya untuk mengulangkaji pelajaran.

Sampai sahaja di bilik, keadaan kami berubah 360 darjah.

" Sayang, apa kata kalau kita berdua duduk rumah mama je. " Ujar Kushairi.

Tadi kata tak kisah!

" No wayy ! Duduk kat sini! " Balasku

" Alaa sayang...buku buku saya semuanya kat rumah mama " Rungut Kushairi.

" Apa susahnya, awak duduk rumah awak sana, saya pula duduk sini. Bukannya jauh pun kan " Cadangku sambil mengangkat keningku berulang kali.

Kushairi mencuit hidungku.

" Kita ni suami isteri. Bukannya gf bf yang kena duduk berasingan. Lagipun saya dah berjanji dengan ibu ayah untuk jaga awak. Kalau ada apa apa hal berlaku nanti macam mana? "

Aku mengetuk daguku. Ada benarnya juga kata kata dia tu.

" Hishh buku buku saya kat sini pun banyak kena angkut nanti " Dengusku.

" Sayang,bawak yang penting je. Kat rumah saya tu lengkap dengan buku. Dont worry,honey " Ujar Kushairi sambil mengusap-usap kepalaku.

Pantas aku menepis.

Kushairi tersenyum. Dia mendekatiku lalu mencium dahiku.
Selepas itu, dia terus mengambil buku buku rujukan berserta latihan ke katil. Badanku yang masih beku dengan tindakan dia tadi cuba untuk berjalan ke meja belajarku.
Kus semangat!


Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now