Bab 24

16K 339 4
                                    

" Hari ni kita nak pergi mana? " Soalku sambil membetulkan tudung.

" Ikut jela. Banyak tanya pulak "

Selepas bersarapan sebentar di warung, kami berdua meneruskan perjalanan ke bandar Terengganu.

Satu hari ni je dah penuh barang barang yang kami borong. Tidak menang tangan masing masing. Banyak juga tempat tempat menarik yang kami berdua kunjungi. Gembira sungguh.

Penat membeli, kami naik semula ke hotel. Aku merebahkan diri ke katil. Aku mengerling jam di dinding.

" Haih sedar tak sedar dah pukul 9 malam " Gumamku.

Aku mencapai novel di tepi katil manakala Kushairi sibuk menyusun barang barang di bilik.

" Sayang "

" Hmm " Jawabku.

Kushairi duduk si sebelahku.

" Ada novel lagi tak ? "

" Ada. Ni haa "

Aku memberinya sebuah novel yang bertajuk Playboy Itu Suami Aku.

Pelik. Selalunya lelaki tak suka baca novel. Jaranglah nampak lelaki suka baca novel. Katanya tebal sangatlah,tulisan keciklah,bosanlah itulah inilah.

Kushairi memulakan bacaan di mukasurat pertamanya.

30 min kemudian,

Aku menutup novel tersebut. Aku mengeliat sepuas puasnya. Aku mengerling ke sebelah. Kushairi masih lagi statik membaca novel. Aikk khusyuk betul laki aku ni.

" Best ke? " Soalku.

" Best. Baru saya tahu kenapa perempuan suka sangat baca novel "

Aku tersenyum melihat telatahnya. Apa apa jela!

" Saya nak tukar baju dulu. "

Aku masuk ke dalam bilik air, namun belum sempat aku tutup pintu, Kushairi telah terlebih dahulu merempuh masuk ke dalam bilik air sekali.

" Apa awak ni ! "

*****************************************

Esoknya,aku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di bilik. Kushairi awal awal lagi sudah keluar,katanya ada hal penting. Yelah tu.

Tiba tiba loceng bilik kami berbunyi. Aku sangkakan Kushairi rupanya pekerja hotel yang lengkap berpakaian kot serba hitam memberiku sekeping kad. Aku menyambutnya.

Jumpa di Pantai Batu Buruk,9 malam ni. Pakai baju lawa lawa sikit. Biar senonoh sikit. :D Saya tunggu awak kat sana! -Kushairi Handsome-

Perasan!

Haih mamat ni! Nasib dekat je hotel dengan pantai tu. Sekarang baru pukul 4, alamak aku nak pakai baju apa ni!

Sampai sahaja di sana, aku mencari kelibat Kushairi. Malam ini ramai betul orang yang pakai baju warna putih hitam. Ada sesiapa yang meninggal ke malam ni?

Aku berjalan ke arah pantai. Aku melihat ada sebuah meja di tepi pantai. Segalanya kelihatan indah dan cantik dengan hiasan dan lampu lampu kecil menghiasi ruang meja makan. Tiba tiba seorang lelaki menjemputku untuk duduk di kerusi makan. Aku menurut.

" Mana pulak Kushairi ni. Berenang kat laut ke apa ? " Rungutku.

Mataku ditutup dengan tangan. Aku kenal benar dgn tangan ini. Bau minyak wangi milik suamiku menusuk lubang hidung.
Kah kah!

" Encik Kushairi. Saya tahu ini awak"

Kushairi melepaskan tangannya. Mulutku sedikit terlopong apabila Kushairi pada malam ini.
Agak berlainan sedikit rupa parasnya. Pergi salon ke apa?! Ya! Rambutnya jadi makin kemas dan makin membuatkan hatiku semakin cair. Ya Tuhan! Kuatkan Ain!

" Handsomenya suami saya ni " Pujiku sambil menyalamnya.

" Cantik dan comelnya isteri saya ni " Puji Kushairi sambil mencium dahiku.

Kushairi mengambil tempat di hadapanku. Tidak lama kemudian, makanan telah berada di hadapan mata.

" Awak " Panggilku.

" Apa? "

" Tak rasa segan ke? Kita berdua je yang makan kat tepi pantai ni. Seganlah orang tengok " Ujarku.

" Cuba pandang belakang. "

Aku memandang ke belakang. Ya! Bukan kami sahaja yang berbuat sedemikian, ada juga pasangan lain yang turut candle light dinner di tepi pantai. Alhamdulillah kurang sikit malu dalam diri ni. Huhuhu

" Awak ni, tak padan dengan pendiam. Tapi romantik! "

" Untuk isteri saya je " Jawabnya. Awww

Kami mulai diam. Mula menatap wajah masing masing. Kenangan ketika mula bertemu memenuhi ruang fikiran.

"Saya sayang awak tau. " Kata Kushairi.

" Saya pun. " Jawabku ikhlas.

Kushairi mencapai jari jemariku dan mengenggam erat.

" Walau apapun yang terjadi lepas ni, kita sama sama harungi bersama okey. Saya akan jadi suami terbaik awak. Saya akan lindungi awak. Saya janji saya akan sayang awak sepenuh hati saya. "

Kolam air mataku mulai pecah. Agak sedikit gerun dan tersentuh dengan kata katanya sebentar tadi. Dapatkah aku ni menjadi isteri yang terbaik untuk dia? Layakkah aku menjadi ibu kepada anak anaknya?

Lagu Cinta Bersatu mulai kedengaran, liriknya membuat kami berdua berangan sebentar

Kau sempurna bagiku,
Tak kurang sesuatu,
Kau terima apa adaku

" Saya mabuk jalanlah awak. "

" Takpe, kalau rasa nak muntah,bagitau saya cepat cepat ok "

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu..cinta bersatu

Gayamu,sifatmu,jalan mencintaiku

".. Awak,saya cintakan awak. Sejak pertama kali lagi saya pandang awak hati saya dah tak tentu arah. Saya faham kalau awak masih tak boleh terima saya tapi tolong izinkan saya untuk mengambil hati awak. Saya yakin, bercinta selepas nikah lebih baik. "

Segala memori aku dan dia selama 7 bulan perkahwinan kami membuatku tersenyum seketika. Tak sangka dalam benci terjatuh hati.

Malam itu, kami pulang ke hotel dengan perasaan yang berbunga bunga.
.
.

Aku terjaga tatkala terdengar suara seperti orang meracau racau.

" Lisa! Pergi ! Aku taknak tengok muka kau! Pergi Lisa pergi! "

Aku bangun. Siapa pulak Lisa yang Kushairi sebut ni?

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now