Bab 20

18.1K 366 8
                                    

Seperti yang dijanjikan,kami berdua pergi ke pasaraya Tesco untuk membeli bahan dapur. Semenjak peristiwa malam semalam,aku berasa sangat malu untuk menatap wajah Kushairi. Tapi Kushairi tetap tenang dan tidak menunjukkan tanda tanda malu atau.. apa apa jela!

" Ok,kita nak beli apa dulu? " Soal Kushairi

" Mula mula kita amik troli dulu, takkanlah awak nak pegang semua barang barang ni semua. Awak ni macam tak biasa pergi beli bahan dapur je " Tuturku.

Dia mengaru kepalanya.

" Biasanya Pak Khairul yang tolong beli bahan bahan dapur. Tak pun umi yang pergi beli. " Balasnya.

Bertuah. Patutlah kekok bila masuk sini.

Sudahnya aku menyuruh Kushairi untuk mengambil seberapa banyak buah buahan di sana manakala aku pula memilih ikan ikan untuk dimasak hari ini.

" Eh macam kenal bau minyak wangi ni " Kataku sendirian.

Aku memalingkan mukaku ke kanan. Sah! Memang dia! Mengigil tanganku bila melihat wajahnya.

Dia berpusing ke sebelah kiri, mata kami bertaut. Dia kelihatan sangat terkejut.

" Ain?! "

Sudah sekian lama aku tidak mendengar suaranya. Tapi.. kenapa dia tak kenal aku bila aku terserempak dengan dia ketika di mall dahulu?

" Kau kenal aku? " Soalku

" Eh mestilah! Kau Ain kan.. ni ni aku ni Zarif. Kau dah lupa aku ke? " Ujarnya ceria.

" Bukan masa tu kau cakap kau tak kenal aku ke? "

" Bila masa pulak aku cakap macam tu. Ni pertama kali aku jumpa kau ni setelah kita putus dulu " Ujar Zarif.

Keningku bertaut rapat.

" Oh ha yela. Aku balik dulu. " Ujarku. Kurang senang pula bila terserempak dengan dia di sini. Apa pula kata Kushairi jika ternampak aku berbual dengan dia.

" Eh jomm saya hantar awak balik. "

Saya? Eyuw.

"Eh takpe. "

Aku terus berlari mendapatkan Kushairi yang sedang membelek barang di kawasan yang agak jauh sedikit dari tempat pertemuan aku dengan Zarif. Dia terkejut apabila aku memegang lengannya.

" Awak jom barang semua dah cukup. Jom pergi bayar. " Kataku sambil menarik lengan Kushairi.

" Ehh kejap kejap troli tuu "

*****************************************
Sampai di rumah, aku masih mengelakkan Kushairi. Teringat peristiwa saat dia ingin membayar duit kepada cashier . Bergetar getar tangannya bila menghulurkan beberapa keping not 50.

Dia punya fobia dengan perempuan sampai akak cashier itu pun pelik melihat Kushairi.

Saat aku mahu duduk di sofa,kakiku pula tersadung kaki dia yang sedang duduk di sofa. Sudahnya aku terjatuh di atas badan Kushairi.

" Ha gelaklah lagi. Gelaklah " Kata Kushairi sambil memeluk tubuhku erat.

" Eee awak! Tak boleh bernafas ni! Sorry lahh "

Kushairi melepaskanku lalu berlalu masuk ke bilik. Pelik. Merajuk ke?
Aku berjalan masuk ke bilik. Elok sahaja Kushairi baring menghadap ke dinding. Perlahan lahan aku duduk di sisinya.

Tiba tiba aku terdengar esakan darinya. Menangis ke?!

"Awak.. "

Diam.

" Awak.. "

Masih tiada jawapan.
Aku melihat wajahnya. Ada sisa air mata di pipi.
Sebab aku gelakkan dia je dia nak menangis?

" Sorry awak "

Aku terus berlalu ke dapur untuk menyiapkan makanan.
Nasiblah dapat suami sentimental macam ni.

*****************************************

Keesokkan paginya, aku mengejut dia untuk menunaikan solat subuh.

" Awak,bangun solat. "

Dia terus bangun menuju ke bilik air. Usai membersihkan diri, Kushairi melihat aku masih duduk tidak bertelekung di atas katil.

" Tak solat ke? "

" Cuti. " Ujarku perlahan.

Kushairi tersenyum sambil mengeleng gelengkan kepalanya.

Aku mengambil keputusan untuk ke dapur dan menyiapkan sarapan. Selepas siap menyediakan sarapan,aku kembali ke bilik untuk memanggil encik suami untuk sarapan bersama.

Tubuhku berdiri kaku di pintu bilik tatkala terdengar alunan ayat suci al quran yang dibaca oleh Kushairi. Sungguh mendayu. Tenang rasa hatinya pada pagi itu. Aku menunggu Kushairi menghabiskan surah yg dibacanya.

" Awak "

Kushairi menoleh.

"Ya? "

" breakfast? "

" Alright. "

Aku hanya minum segelas air milo sahaja. Memandangkan perutku semacam tidak sedap sahaja pagi itu. Aku hanya melihat Kushairi makan sahaja.

Mukaku berkerut kerut menahan kesakitan. Semakin lama semakin sakit ya teramat perutnya. Seperti dipulas pulas. Ah ni tak boleh jadi ni!

" Awak makanlah dulu. Saya ke depan sekejap. " Kataku. Saat aku bangun dari kerusi,kepalaku berpinar pinar. Terasa ingin rebah namun aku merasakan tubuhku seakan melayang.
Tanpa aku sedar,Kushairi sudah mencempungku masuk ke bilik.

" Period pain ea " Ujarnya.

Mukaku kemerahan menahan malu. Ah lantaklah!

Dia menyelak bajuku dan terus menyapu minyak di perutku. Tanpa sedar,aku terus tertidur.

****************************************
Tepat jam 11 pagi, aku tersedar. Hembusan nafas di sisi membuatkan aku segera menoleh sebelah. Ya! Hanya seinchi sahaja jarak aku dan kushairi. Bertuah! Mentang mentang aku sakit pandai kau amik peluang ya!

Mataku terus menerus merenungnya. Baik matanya,hidung,mulut,semua tentangnya aku perhatikan. Comel!

" Puas dah tenung saya ? " Tutur Kushairi yang memeranjatkanku.

Terus aku bangun dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Malunya!

Usai itu,aku keluar dari bilik air. Kelihatan Kushairi tiada di kamar. Kemana pula dia pergi ni.

"Aduh perut ni sakit lagi ! "

Aku berbaring semula di katil dan menarik bantal Kushairi untuk dipeluk namun sebaliknya aku terjumpa sebuah buku di bawah bantalnya. Seperti sebuah diary. Buku apa ni?

Perlahan lahan aku membuka halaman pertama buku tersebut.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now