Bab 38

13.6K 293 0
                                    

" Nek , Ain dengan Kushairi balik dulu. Nanti kalau ada masa lagi, kami datang lagi yeee. " Ujarku sambil memeluk erat tubuh nenek. Ah sedihnya!

" Hm yela. Jaga diri baik baik. Jangan nakal nakal. Ingat,kamu tu isteri orang. Patuh arahan suami. " Pesan nenek.

Aku mengangguk.Sedar tidak sedar sudah masuk 7 hari kami berada di kampung. Setelah peristiwa malam kemarin,aku tidak nampak lagi batang hidung dua orang malaun tu. Rupanya dua hari lepas diorang dah balik KL. Cis..tak tahan duduk sinilah tu. Hana..hana..

" Balik dulu,nek " Pamit Kushairi.

" Yela. Hati hati memandu "

Sedih rasanya nak tinggalkan nenek sendirian. Namun,apa boleh buat. Kerja bertimbun tu tak siapkan lagi.

" Awak.. " Tegurku sewaktu kami berada di dalam kereta.

" Hm " Sahutnya

" Saya rasakan,penyakit fobia awak tu dah hilanglah " Kataku sambil memandangnya

" Erk? Yeke? "

" Iye. Awak boleh berbual dengan nenek,makcik Salmah,siap boleh tengking Hana.Hah! Semalam awak lek lek je bayar kat kaunter masa beli barang dapur. Padahal perempuan tu! Kalau dulu sampai terketar ketar tangan nak bayar. " Kataku

Tawa Kushairi terus meletus.

" Sejak abang kahwin dengan sayang kan..fobia abang makin lama makin kurang. Mungkin sebab hari hari abang berbual dengan sayang,dengan ibu. Kot! "Jelas Kushairi sambil mencuit hidungku.

Aisehh ber'abang' 'sayang' pulak dia ni.

Aku tersenyum senang. Alhamdulillah.Moga tiada lagi dugaan yang menimpa rumahtangga kami.

*****************************************
Hari ini,aku kembali menjalani rutin harianku sebagai mahasiswi. Tugas isteri pun aku lakukan dengan ikhlas. Basuh baju,masak,lipat baju,basuh pinggan,sapu sampah,kemas rumah,bilik dan pada masa yang sama siapkan kerja yang tertunggak.

Kushairi hilang entah ke mana. Keluar pagi tadi,sampai sekarang tak balik balik. Mana pulak laki aku ni?

Tidak lama kemudian,telefonku berdering minta diangkat.

" Assalamualaikum,sayang Kushairi." Ujarnya di corong talian.

" Abang! Pergi mana ni sampai dah nak maghrib ni tak balik balik? Takkan masih study dekat library kot. " Bebelku

" Aduhai sayang. Janganlah bebel. Abang nak sayang siap siap,pakai baju lawa lawa. Kita jumpa dekat hotel depan dataran Johor tu tau. Abang tunggu tau! "

" Eh abang... "

TUUUTTTT...

" Bertuah punya suami. Kot ya bagitahulah pukul berapa kena pergi,nak pakai baju warna apa ke eeeeee " Rungutku sendirian.

Tepat jam 8 malam,aku keluar dari apartment dan menuju ke kereta. Malam itu,aku memakai baju blouse berwarna ungu lembut berserta selendang berwarna putih. Sempat juga aku hias mukaku dengan solekan yang lembut.

Sampai sahaja di kawasan hotel tersebut,mataku melilau mencari parking. Aduh suami aku ni, nak ajak makan ke apa bagilah tempat parking khas untuk aku. Dah aku menjajar cari parking .

Disebabkan tempat parking penuh,aku membuat keputusan untuk parking di kawasan luar hotel. Alah tak apalah kena melintas sikit nak ke hotel. Mataku terus melilau mencari kelibat Kushairi.

" Sini.. ! "

Aku berpaling ke kiri.

" Abang ! " Ceria wajahku tatkala melihat Kushairi. MasyaAllah handsomenya dia. Dari atas sampai ke bawah semua perfect dan kemas! Jauh berbeza dengan aku.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now