Bab 15

18.4K 370 1
                                    

Sampai ke malam,Kushairi masih dok terperap di dalam bilik. Eish dia ni tak nak keluar makan ke? Risau aku dibuatnya.

" Dah kenapa dengan kau nii. Takkan kau jealous dengan mamat tu. Come on lah Shahril. " Kata Kushairi sendirian.

" No way! Kau tak boleh macam ni. Kau tak boleh terus jatuh cinta dengan Ain! Kau tak ingat apa yang Hana dah buat kat kau tahun lepas? "

Bagaikan ada suara yang menganggu permikiran Kushairi. Kushairi terus berasa sakit hati ya teramat apabila terkenangkan perbuatan Hana terhadap dirinya dulu.

TOK TOK

" Assalamualaikum..awak.." Ujarku dari luar pintu biliknya.

Tiada sebarang sahutan.

" Awak jom lah makan. Saya dah siapkan makanan tu. Nanti kalau tak makan awak sakit. Siapa susah? Isteri awak ni jugak yang susah. " Leterku.

Masih tiada sebarang balasan.Aku melangkah longlai ke bilik. Aku mencapai iPhoneku di atas meja.

Erkk ada mesej? Amir? Hairan jugak aku tiba tiba je Amir mesej aku. Biasanya kalau ada perkara penting je baru mesej.

Dah tidur? - Amir

Belum. Nak apa?

Saje mesej. Salah ke? - Amir

Aku penatlah weh. Dahlah aku nak belajar. Semekom. Bye

Ehh nanti nanti! Aku...aku sebenarnya nak cakap dengan kau ni. Aku..aku suka dekat kau!  - Amir

Mati.
Apa aku kena cakap ni?
Haruskah aku berterus terang je dengan dia?

Aku membuat keputusan untuk tidak membalas mesej Amir sebaliknya aku keluar menuju ke kamar Kushairi. Terhendap-hendap aku berjalan ke biliknya.

" Awak buat apa ni? " Sergah Kushairi.

Euiiii malunya!

" Err hehehe tadi gelang tangan saya putus. Dia punya biji biji dia tu ada satu jatuh tergolek masuk ke pintu bilik awak ni ha. " Alasanku.

" Awak punya bilik dengan saya punya bilik ni punyalah jauh. Macam mana biji biji tu boleh sampai ke bilik saya? Ke sayang nak hendap tuan punya bilik ni? " Serkap Kushairi.

" Err mana ada!Oklah saya masuk bilik dulu.! Goodnight! Assalamualaikum! "

Kushairi tersenyum sambil mengeleng gelengkan kepalanya.

****************************************

Yeayy!!  Esok Ibu dengan ayah dah balik! Rindunya dengan diorang berdua tu. Selama 3 minggu ketiadaan mereka, kami berdua tidur di bilik yang berasingan. Ni kalau diorang semua tahu, nahaslah.

" Oit berangan! " Sergah Wani.

" Kita datang sini sebab nak jalan jalan. Bukannya nak berangan kak oi. " Kata Atiqah.

" Sorry beb. Haa kita nak pergi mana dulu ni? " Soalku sewaktu kami berdua melangkah masuk ke Jusco Bukit Indah.

" Kita tengok movie! "

" Aku kena balik awal tau. Kang laki aku bising. " Ujarku.

Sewaktu kami bertiga berjalan menuju ke cinema , langkahku terhenti di hadapan sebuah butik baju bayi.
Cantiknya baju baju ni...geramnyaaa!
Usai membelek,aku berpaling ke belakang untuk memanggil Wani dan Atiqah.

Tiba tiba badanku kaku dan mataku terus membulat bila terlihat insan yang berada di hadapanku sekarang.

" Kau?! " Ujarku sambil menuding jari telunjukku kepadanya.

" Ya, kenapa dengan saya? " Saya kenal cik ke? " Soalnya.

" Kau..kau tak kenal aku ke? " Soalku lagi.

" Maaf, cik salah orang kot. "

" Kau Zarif kan! " Aku masih tidak berpuas hati dengan jawapan dia.

" Nama saya memang Zarif tapi saya betul betul tak kenal cik. Maaf,saya dah lambat. Minta diri dulu. " Balas Zarif dan terus meninggalkanku.

" Woi Ain kau pergi mana ? Penat kitorang cari kau weh " Kata Wani sejurus selepas Zarif meninggalkanku.

" Korang...korang nampak tak lelaki yang dengan aku tadi? "

Mereka berdua menggeleng kepala.

.

Aku menceritakan kepada mereka berdua segalan galanya tentang Zarif. Yes! Muka memang terkejut beruk.

" So, apa kau nak buat sekarang ni? " Soal Atiqah.

" Entahlah beb. Aku buntu sekarang ni. Takkanlah dia dah lupakan aku. " Ujarku seperti tidak percaya.

.
Siapa Zarif? Haaaa

Teruskan membaca 💕

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now