Bab 14

18K 410 1
                                    

Tinggal lagi 2 bulan sahaja untuk menduduki STPM. Cepat sungguh masa berlalu.

Bunyi deringan iPhone menandakan ada panggilan masuk untukku. Pantas aku menjawab.

" Assalamualaikum,ibu. " Tuturku. Rindunya dengan ibu!

"Walaikumussalam. Anak ibu ni sihat? "

"Sihat alhamdulillah "

"Suami kamu? "

"Terlebih sihat ibu."

" Hish kamu ni. "

Kami berdua pun mulakan perbualan dari semasa ke semasa. Aku juga mengadu kepada ibu bahawa aku berasa takut untuk menduduki STPM.

Usai berbual dengan ibu,aku turun ke ruang tamu.

"Siapa telefon?" Soal Kushairi sambil baring di sofa.

"Ibu. Dia kirim salam. "

"Walaikumussalam. Ibu cakap apa lagi? "

" Takde cakap apa pun. Kitorang berbual hal perempuan. Awak tak boleh tahu. " Kataku selamber.

Kushairi memberikan riak tidak puas hati. Aku pura pura tidak melihatnya.

" Tolong saya boleh? "

" Tolong apa? "

" Urut.."

Pulak dah...

***********************************
" Sayang nak makan? Saya dah sediakan lauk kat atas meja tu. Jomlah makan sama sama. " Ujar Kushairi.

" Awak masak ke? "

" Sayang dh tolong urut tadi,saya tolong masaklah. Kira adil lagi saksamakan kan? " Ujarnya sambil tersenyum.

Sedang kami berdua menjamu selera. Tiba tiba telefonku berdering

" Haa nak apa? " Soalku.

Aku mendengar seketika.

" APA?! " Jeritku sehinggakan Kushairi tersedak. Aku menghulurkannya air. Ada pulak mati laki nanti.

" Aduh macam mana ni.. haa yelaa aku cuba mana yang aku mampu. " Kataku lagi.
Talian dimatikan.

" Kenapa? " Soal suamiku.

" Awak tahukan Wani dengan Atiqah nak datang sini buat ulangkaji dengan kita? " Soalku.

Kushairi mengangguk.

"Sekarang ni Amir,Farhan dengan Irfan pun nak ikut! "

Buat kali kedua,Kushairi tersedak.

" Asik tersedak je ni kenapa?! Telanlah nasi tu dulu " Bebelku.

" Habis macam mana ni sayang? Rumah awak tu dahlah berkunci. "

" Tak apa. Saya ada plan. "

.

.

"Assalamualaikum " Laung Amir di pintu pagar rumah Kushairi. Loceng ditekan beberapa kali.

" Haa masuklah " Kata Kushairi seraya menekan alat kawalan pagar.

Mereka berlima berjalan masuk ke rumah Kushairi.

" Besar jugak rumah kau ni. Tak sangka pulak rumah kau dekat je dengan rumah Ain " Ujar Farhan.

Kushairi hanya tersenyum. Cuba untuk menutup kegelisahan hati.

" Apsal last minute tukar tempat ni? Bukan ke sepatutnya buat kat rumah kau? " Soal Amir tidak puas hati.

" Err saje je. Lagipun rumah aku takde orang. Mak ayah aku ke Mekah untuk beberapa minggu. So aku decided buat kat sini je. Lagipun Kushairi kan pandai. Boleh tunjuk ajar kita. " Balasku.

Kami pun memulakan ulangkaji bersama sama.
Tiba tiba Farhan bersuara.

" Err aku nak tumpang tandak boleh? Kat mana eh? "

" Boleh je. Kau terus then belok kanan. " Balasku sambil menulis nota.

Atiqah menyepak kakiku dari bawah meja. Segera aku memandang mereka berlima.
Eh? Aku terlepas cakap ke?

" Macam mana kau tahu? " Soal Farhan.

" Kau ni lupa ke. Rumah dia dengan rumah aku kan sama je. Kat mana ada tandas, sama lah macam rumah aku. " Ujarku dengan ayat yang berterabur.

Kushairi hanya menunjukkan riak tenang.

Kami meneruskan kerja. Kali ni Amir pula bersuara.

" Ain,kau free tak esok? "

" Kenapa? "

" Aku nak ajak kau gi tengok wayang."

Aku menelan air liur.

" Muhammad Zhafrul Amir, kita ni semua lagi 2 bulan je tau nak STPM. Aku..aku takde masa lah nak berjalan sana sini ni. "

Amir mengangguk lemah. Rancangan dia untuk membawaku keluar berjalan jalan terhapus begitu saja.

" weh..korang tak lapar ke? " Soal Irfan pula.

" Lapar lah jugak " . Jawab Farhan. Amir terus menyiku lengan Farhan.

" Err kalau korang nak makan, aku pergi ke belakang dululah .
Nak masak apa yang patut. " Ujar Kushairi.

" Nak ikut! " Kataku.

Aku mengikut Kushairi ke dapur manakala yang lain meneruskan membuat ulangkaji.

" Awak nak masak ke? Pergi amik bahan bahan dalam peti ais tu " Perintah Kushairi.

Sedang aku mengaul ayam di dalam kuali tersebut,tiba tiba aku merasakan ada seseorang memelukku dari belakang.

" Eee apa awak ni. Kang nanti diorang nampak!"

Kushairi segera mengalihkan tangannya sambil tersengih.

" Ada saya nak kena tolong apa apa ke ni? " Soal Kushairi.

" Pergi buat air. Pergi sediakan pinggan kat atas meja. " Kataku.

Usai menghidangkan makanan, Kushairi menjemput mereka semua untuk makan tengahari.
Aku dapat merasakan yang mata Amir tidak lekang memandangku. Aku menjadi tidak selesa dengan tindakannya itu.

Kushairi mendehem.

" Ain, kita duduk luar sekejap. " Ujar Kushairi.

Aku mengangguk kemudian mengikutnya menuju ke luar rumah

" Sayang,saya tak sukalah Amir pandang isteri saya macam tu. " Luah Kushairi.

" Habis  tu macam mana? Awak nak saya berterus terang dengan diorg ke? "

Kushairi mengangguk.

Aku mengeluh. Belum masanya lagi ni.

Tiba tiba Amir,Irfan dan Farhan terkocoh kocoh keluar dari rumah.

" Ain, kitorang dah bersihkan semua pinggan. Everything is clean! " Ujar Wani.

" Terima kasihlah korang. "

" Terima kasih jugak sebab sudi masak untuk kami. "

" Ain, kami balik dulu. Umi aku masuk hospital. "

" Oh haa okey okey. Apa apahal bagitau " Teriakku.

Seketika sahaja mereka semua hilang dari pandangan.

Aku sudah tidak sedap hati dengan tingkah laku Amir. Sesuatu harus dilakukan sebelum semuanya bertukar menjadi lebih parah lagi.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now