"Maaf, sunbaenim. Saya dan Yixing pergi dulu." Ujar Hye Seol lalu menunduk sebagai tanda hormat ke arah Jungkook.



~ ¤ ~



Sehun membuka almari baju Hye Seol. Dia mencapai sebuah gaun berwarna putih. Matanya meneliti setiap lekuk gaun tersebut. Bibirnya mengukir satu senyuman manis.

Clak..

"Awak buat apa?" Soal Hye Seol pelik.

Sehun menoleh ke arah Hye Seol. Dia tersenyum kekok.

"Jangan cakap awak nak pakai baju saya." Teka Hye Seol sambil menekup mulutnya.

"Ma..mana ada! Sa..saya. Saya cuma nak tengok awak pakai gaun ni. Mesti nampak cantik kan?" Jawab Sehun cepat.

Hye Seol terkekeh geli hati. Dia mencapai gaun di tangan Sehun.

"Tadi eomma saya call. Dia cakap, malam nanti ada majlis makan malam untuk merayakan hubungan kerjasama yang terjalin antara keluarga Jeon dengan keluarga kita. Nanti saya pakai gaun ni, okey?" Ujar Hye Seol sambil tersenyum manis.

Sehun tersenyum bahagia. Hye Seol lalu menyelak baju-bajunya. Dia lalu mencapai sebuah tuxedo berwarna putih. Sehun memandang Hye Seol pelik.

"Ini untuk awak. Pakai malam ini. Saya nak awak jadi partner saya malam ini. Boleh?" Pinta Hye Seol perlahan.

"Ta..tapi.. Bukan semu--"

"I know. But, please. Walaupun sekali. Ini saja permintaan saya pada awak sebelum awak pergi tinggalkan saya. I want everyone know about you even only tonight." Rayu Hye Seol penuh pengharapan.

Sehun terdiam. Kemudian, Hye Seol lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.



~ ¤ ~



Seulgi melihat penampilan dirinya di cermin hias yang tersedia di dalam biliknya. Gaun berwarna pink yang membalut tubuh rampingnya membuatkan dia nampak sangat cantik. Rambut berwarna coklat miliknya sengaja dibiarkan terlepas. Bibirnya berwarna merah itu tersenyum puas.

"tok tok tok"

Seulgi menoleh ke arah pintu biliknya yang dikuak oleh seseorang. Muncul wajah si ibu di sana sambil mengukir satu senyuman manis.

"Sudah siap?" Soal Puan Kang lembut.

Seulgi mengangguk kepalanya perlahan. Dia lalu mencapai beg tangan berwarna merun di atas katil. Kemudian, dia lalu mengikuti langkah Puan Kang dari belakang.



~ ¤ ~



8:30 PM KST , DANCE HALL

Jungkook membetulkan tuxedo yang sedang di pakainya. Dia nampak sangat kacak dan sempurna sekali. Tak lama kemudian, muncul pula V sambil membawa dua gelas kaca yang berisi wine.

"Hye Seol datang tak malam ni?" Soal Jungkook yang masih sibuk membetulkan bow tie-nya.

V mengangguk kepalanya.

"Aku nampak parents dia tadi. Mustahil budak itu tak datang nanti." Ujar V penuh yakin.

Tak lama kemudian, Irene datang menghampiri mereka berdua.

"Itu partner kau datang. Aku pergi dulu." Sindir Jungkook.

Lelaki itu kemudian meninggalkan Irene dan V sendirian di situ.



~ ¤ ~



Pengacara majlis itu memulai acara mereka malam itu. Semua tetamu yang terdiri daripada golongan atasan itu bertepuk tangan.

Tak lama kemudian, suasana menjadi hening apabila melihat kemunculan Hye Seol.

Gadis itu memakai gaun berwarna putih yang dipilih oleh Sehun tadi. Rambutnya ditukar menjadi warna biru lalu disanggul sehingga menampakkan leher putih susunya. Dia nampak sangat luar biasa dari yang lain.

Yang lebih membuat semua orang terpegun adalah manusia di sebelah Hye Seol. Lelaki itu sangat kacak memakai tuxedo berwarna putih itu dan sangat sepadan dengan gaun yang di pakai oleh Hye Seol tadi. Dia tersenyum perlahan.

"Seollie.." Panggil Puan Park perlahan.

"Siapa tu?" Soal Puan Park setelah Hye Seol mendekat.

Hye Seol menoleh ke arah Sehun. Lelaki itu mengukir senyuman manis ke arahnya.

'Oh Sehun.. Neo..' Gumam Hye Seol dalam hati.

"Seol.." Panggil Tuan Park pula.

"Eomma boleh nampak dia?" Soal Hye Seol ingin kepastian.

"Mestilah. Lelaki itu kacak sangat. Mana kamu dapat?" Jawab Puan Park.

"Kenapa tak bagitahu appa yang kamu dah ada lelaki pilihan sendiri? Kacak pula tu. Pandai anak appa pilih." Puji Tuan Park separuh mengusik.

Hye Seol mengukir senyum bahagia yang teramat. Sehun menuruti permintaannya petang tadi. Hye Seol memandang ke arah Sehun. Bibirnya mengukir satu senyuman yang sangat manis.

"Gomawo." Bisik Hye Seol perlahan.

Manakala Sehun hanya tersenyum bahagia kerana dia berjaya menunaikan permintaan Hye Seol.

'Sama-sama. Saya sanggup lakukan apa saja untuk awak. Tak kira susah mana walaupun itu meragut nyawa saya sendiri.' Balas Sehun dalam hati.








•••

To Be Continued ...

#VOTE ⭐️
#COMMENT 💬



Terima kasih kerana sudah sampai sini. Alang-alang tu, tekanlah sekali BINTANG kat bawah tu.

Thank you for your support . ❤️



사랑하자 ❤️

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now