"Fuh! selamat...nasib baik dia nak tidur kalau tak mati la akuuuu"Ezar menghela nafas yang panjang.

××××××

Ezar membetul tudung yang dipakainya itu,tudung itu dalam keadaan senget sedikit.Setelah bersiap-siap dia terus membawa keretanya ke Tanah Perkuburan Kampung Indah tersebut.

Dia berjalan perlahan-lahan mendekati kubur milik Arwah Ayahnya."Dah lama sangat aku tak datang jenguk Ayah, maafkan Zara...Ayah"

××××××

"Mak...Zara mana Mak?"soal Farish yang dari tadi sibuk mencari Isterinya itu..ke dia lari rumah? Ehh Zara kau jangan buat hal !

"Zara? tak nampak pulak? dia tak beritahu Farish ke mana dia pergi?"soal Mak Imah pula.Hah elok soalan dibalas dengan soalan.

"Tak pulak bangun je dari tidur dia dah tak ada dekat sisi!"ujar Farish.

"Selalunya Zara kalau nak keluar rumah mesti dia beritahu Mak tapi ni tak ada pulak ke dia keluar dengan Nisha atau Nana?.. cubalah Farish call Nana?"

"Zara jumpa Nana!? Habis la jadi perang dunia ke-2 la jawabnya!"gumam Farish

"Apa Farish? Mak tak dengar la?"soal Mak Imah.

"Tak adalah tapi Nisha? Nisha tu siapa Mak?"

"Nisha tu boss Zara kat tempat kerja dia.Dulu kafe tu Abang Nisha yang jaga tapi sejak 2 bulan ni Abang Nisha tak sihat jadi Nisha la yang jaga."terang Mak Imah.

"Ouh...Mak ada tak nombor telefon Nisha?"

"Ada nanti Mak bagi!"

××××××

Ezar menyiram air pada kubur Arwah Ayahnya selepas selesai membacakan Surah Yassin dan Al-Fatihah pada Arwah Ayahnya.

"Ayah...Ezar rindukan Ayah..kenapa waktu Ezar dengan Ayah singkat sangat.Sampai Ezar tak dapat nak rasakan kasih sayang seorang Ayah tu."

"Ayah...kenapa Ezar rasa tak ada langsung bahagia selepas kahwin?Ezar selalu sangat sakit hati bila bersemuka dengan dia,Ezar sedar baru 2 hari je Ezar dengan dia dah kahwin dan sepanjang tempoh tu jugak Ezar dah banyak sakitkan hati dia.Ezar memang rasa berdosa tapi...Ezar tak mampu nak jadi Isteri yang sebaik Mak."Air mata mulai jatuh membasahi pipinya.

××××××

"Hisy.. budak mana kau ni!,dah dekat 10 kali aku call kau tak angkat!"bebel Farish pandangannya dibuang ke luar tingkap.

Tiba-tiba nama 'Mummy' tertera pada skrin telefonnya."Alamak Mummy ke? matilah aku!"Farish menjawab.

"Assalamualaikum Farish,macam mana sihat? menantu Mummy pulak macam mana okey?"soal Datin Ziera bertalu-talu.

Farish mulai panik.Apa aku nak jawab nih!?."Walaikumusalam Mummy Farish dengan Zara okey je Alhamdulillah kenapa Mummy?"

"Mummy tengah on the way ke rumah Mak Mertua kamu la Farish"kata Datin Zeera.

"Apa?"jerit Farish terkejut.

"Rish tak dengar ke apa yang Mummy cakap tadi.Mummy tengah on the way ke rumah Mak Mertua Rish!"

"Ouh..okey Mummy nanti Rish beritahu Mak okey!"

"Okey.. Assalamualaikum"Datin Zeera mengakhiri perbualan.

"Alamak! matilah aku,yang minah ni sorang keluar tak nak beritahu aku dulu!"resah mulai bersarang dihati Farish.

××××××

Ezar menapak keluar perlahan-lahan dari kawasan tanah perkuburan tersebut.Dia membuka pintu kereta tersebut,Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang..

"Kau Aiman?,buat apa dekat sini?!"soal Ezar terkejut sambil mengurut dadanya.

"Aku pergi ziarah kubur Arwah Ayah Aku.."balas Aiman pandangan meleret kearah Ezar yang bertudung litup.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?"

"Kau nampak cantik sangat bila bertudung!"balas Aiman.

"Mana adalah..Aku tengok sama je!"

"Kau tak sedar tapi orang lain sedar"

Ezar hanya tersenyum."Jom la aku belanja kau minum,boleh la nanti kita bersembang panjang"ajak Aiman.

"Sorry Aiman aku kena balik dulu la.Tadi aku keluar rumah pun aku tak beritahu Mak Aku takut pulak Mak aku risau je"balas Ezar.

"Ouh..macam tu ke? tak pe la aku faham lagi pun sekarang kau dah kahwin."

"Ermm... kalau macam tu aku balik dulu ye!"

"Ouh..bye Assalamualaikum"

"Walaikumusalam"Ezar menghidupkan enjin keretanya lalu bergerak laju meninggalkan kawasan tanah perkuburan tersebut.

××××××

"Zara mana Farish?"soal Datin Ziera.

"Dia keluar sekejap Mummy!"

"Pergi mana?"

"Err.... "

"Ziera jemputlah makan Kak dah siap masak tu!"Tiba-tiba Mak Imah mencelah seperti membantu menantunya itu.

"Baik Kak,tapi kita tunggu Zara balik dulu boleh kan!?"

"Nak tunggu jugak menantu kesayangan dia tu!"Farish mengetap bibir geram.

Kereta Ezar mulai masuk ke perkarangan rumahnya itu."Balik pun ingatkan dah tak tau jalan balik?"bebel Farish sebaik mendengar kereta itu masuk ke perkarangan rumah itu.

Farish cuba mengintai disebalik tingkap Isterinya itu namun sebaik saja memandang isterinya itu tiba-tiba terus tak jemu memandang."Alahai.. ayunya bini aku ni bila bertudung litup macam tu."bisik hati Farish.

"Assalamualaikum!!"Ezar memberi salam.

"Walaikumusalam"Farish menyahut kemudian diikuti Datin Ziera pula.

"Ehh.. Zara pergi mana ni?"soal Datin Ziera.

"Zara pergi ziarah kubur Arwah Ayah Zara sekejap"balas Ezar.

"Ouh...macam tu ke? jom la masuk dulu.Mummy ada banyak benda nak bincang dengan Farish dan Zara."Datin Ziera mulai menarik lembut lengan Ezar begitu juga Farish.

Ezar mengerut keningnya,"What!! nak bincang apa lagi ni?"keluh Ezar.

"Mummy sebenarnya nak korang berdua pergi honeymoon."

"Apa honeymoon!!!"balas Ezar dan Farish secara serentak.

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now