BAB 18

9.1K 378 9
                                    

Farish mendekati Ezar yang sedang sibuk membelek majalah diatas katil. Dia ni memang suka membaca ke majalah-majalah macam tu?.Apa yang aku tau tentang dia ni nak membaca pun kena paksa tu pun baru nak buat..kalau tak jangan harap la.Info yang dipetik dari Mak Mertua aku.caring jugak aku ni..heheh perasan.

"Kau apahal pandang-pandang aku?"sergah Ezar tiba-tiba.

"Salah ke kalau aku pandang wajah isteri aku yang cute ni!"balas Farish.

"Kau dah kenapa? pergilah tengok muka Nana kau tu puas-puas yang sibuk dekat sini apasal??"

"Apalah nasib dapat bini garang macam ni Aduihh"hati kecil Farish mengeluh.

"Aik..cemburu ke?"ujar Farish sambil tersenyum nakal.

"Aku cemburu?"Ezar mengangkat jari menunjuk kearah dirinya sendiri sambil sebelah mengangkat keningnya.

"Yup kau cemburu kan bila aku dengan Nana?"

"Cemburu sangat!!!..dengar ni ehh.. buat apa aku nak cemburu kau dengan Nana?.Kau nak tambah kouta satu lagi pun aku langsung tak kesah beb! sebab aku langsung tak ada perasaan pada kau harap maklum!"balas Ezar sambil menjeling.

"Serius tak menyesal? kalau aku kahwin dengan Nana?"

"Kahwin je la..Aku tak kesah langsung"

"Serius?"

"Kau ni memang tak paham bahasa melayu ke? nak ke aku cakap bahasa turki baru kau paham!"

"Okey kalau macam tu baguslah lepas genap sebulan kita kahwin,nanti giliran Aku dengan Nana pulak...Aku dah plan nak berbulan madu kat Bali,best woo... kau mestilah tak boleh nak ikut kitorang sebab kitorang kan baru kahwin so kena la duduk berdua jadi pasangan sweet kan!"kata Farish dengan senyuman sinis.

"Dia ni sengajakan nak sakitkan hati aku ke? apa dia ingat aku ni tunggul ke tak ada hati dengan perasaan!!"bisik hati Ezar matanya mulai jatuh pada majalah yang dibacanya.Sengaja dia tidak mahu bertentangan mata dengan Farish.

"Kau nak berbulan madu kat Golok pun aku tak peduli la.. yang penting aku nak kau lepaskan aku tu je.Aku nak hidup bebas bukan hidup dalam ikatan perkahwinan ni dan bersuamikan lelaki pelik macam kau!!"ujar Ezar.Dia meletakkan majalahnya itu disisinya kemudian dia berbaring dan menyelimuti seluruh tubuhnya hingga ke kepala.

"Lelaki pelik?.....Aduh apa yang aku buat ni sepatutnya aku pujuk dia bukan sakitkan lagi hati dia.Aduhh mati la gini"kesal Farish.

15 minit kemudian...

"Minah ni betul-betul dah tidur ke?,kang tak pasal-pasal kena flying-kick naya aku!"Farish mendekati dirinya pada Ezar yang sedang baring mengiring tetapi pada arah bertentangan.

"Cute jugak bini aku sorang nih! tidur dalam keadaan berbungkus macam mumia pun kau boleh kata cute ke? Ish gila aku nih! Hurmm...Zara.. Zara kenapa ehh dari dulu lagi kau suka sangat menguji aku.Dari pertama kali lagi aku kenal kau!"ujar Farish.

Pasti ke yang Zara ni dah tidur atau belum? Ahh...kalau dah macam tu je posisi dari tadi maknanya dah tidur la tu.Ye tak?

"Zara...aku sebenarnya kan dah lama sayangkan kau!"luah hati Farish.

Terbuntang mata Ezar didalam selimut itu."What!! dia suka aku ke?,Oh no!"Ezar cuba menafi.

"Tapi kenapa? Kau macam langsung tak tunjukkan perasaan kau pada aku? ke kau ni memang tak cintakan aku?"sambung Farish lagi.

"Erkk....hish rimasnya tolong la aku tidur!"jerit Ezar didalam hatinya.

"Aku ni macam bercakap dengan tunggul je okey la aku nak tidur lagi baik!"balas Farish lagi.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now