"Taklah.. "

"Habis tu buat apa kau datang sini?"

"Aik.. salah ke aku datang sini?"

"Salah tu tak lah,tapi yang aku peliknya bukan ke semalam kau kahwin..tapi hari ni tetiba kau sorang-sorang pahal? Kau gaduh ehh?"

"Err.. mana ada"

"Kau tak payah la nak tipu,Aku rasa baik kau pergi balik kang tak pasal-pasal muka aku yang handsome ni tumbuk dengan suami kau tu!"

"Kau ni aku cuma nak minta seorang kawan untuk aku luahkan perasaan yang aku tengah pendam selama ni!"

"Perasaan apa?"

"Mesti kau nak tau kan?"

"Okey..sekejap aku nak basuh tangan dulu lepas tu,kita lepak jap dekat Kedai makan Cik Janda tu nak tak?"Aliq mengangkat keningnya.

"Okey.. aku ikut je"

Kebetulan jarak antara bengkel Aliq dengan Kedai Makan Cik Janda tu tak jauh jadi kenalah jalan kaki kang naik satu kereta ke satu motor ke mulalah orang kampung pikir aku ni curang dengan suami la apa la...ni aku berjalan sebelah Mamat ni pun dah boleh cukup pakej untuk orang kampung mengata..huh mulut orang kampung!

Ezar dan Aliq mengambil tempat dibahagian belakang,Kemudian Cik Linda a.k.a Janda Hot tu mula datang meminta pesanan.

"Nak apa?"

"Saya nak awak?"ujar Aliq bergurau.

Tiba-tiba fikiran Ezar melayang pada kejadian yang Farish cuba memberi pickupline pada Ezar semasa Ezar mengambil pesanan.Aduh apahal boleh teringatkan sampai ke situ pulak?!

"Boleh tak jangan main-main,saya tengah serius tau tak?"marah Cik Linda.

"Linda..kau jangan layan Mamat sengal ni,dengar ni baik-baik aku nak pesan Milo Ais.. kat Mamat sengal ni aku nak pesan Air teh O dah la..dengar tak?"balas Ezar.

"Okey..jap lagi sampai"ujar Linda dan terus berlalu pergi.

"Wey!!! apahal kau pergi pesan Air Teh O?"

"Suka hati aku la dah kau lambat sangat nak order."

"Ehh.. ehh.. Minah ni! okey cepatlah cerita kat aku apa masalah kau sebenarnya ni?"soal Aliq.

"Aku tengah gaduh dengan suami aku!"ujar Ezar membuka cerita sebenar.

"Aku dah agak dah! apahal korang boleh gaduh ni! yang suami kau tu apahal pulak nak marah-marah kau, dia tak tau ke yang bini dia tu comel,kalau tak nak baik bagi je kat aku!"balas Aliq bergurau.

"Sebelum aku hempuk kau baik kau diam!,Aku tengah serius kau boleh pulak nak main-main."Ezar menjeling.

"Hah.. alah.. nak gurau pun tak boleh.."

"Tak boleh!! "

"Okey fine!,Kau gaduh dengan dia sebab apa?"

"Dia tu suka sangat sakitkan hati aku macam-macam dia buat dekat aku sampai aku ni dah naik meluat tengok muka dia!"

"Ezar tak baik la kau cakap macam tu! dia tu dah sah jadi suami kau...nak atau tak nak kau kena hormat dia.Sampailah dia lafazkan talak pada kau."nasihat Aliq bagaikan pisau belati menghiris hati.Makan dalam giler ayat Mamat nih!

"Dah tu sekarang kau nak aku buat apa?"balas Ezar

"Aku rasalah cuba korang berdua beri masa yang sesuai untuk mengenali hati budi masing-masing,Insyaallah.. aku cuma doakan yang baik-baik untuk rumah tangga kau supaya aman dan bahagia sampai ke anak cucu cuma kau tu doakanlah aku supaya cepat jumpa jodoh pulak!"

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now