BAB 16

9.1K 386 12
                                    

Ezar bingkas bangun dari tidur setelah mendengar Azan Subuh yang kedengaran bergema.Kurang sikitlah rasa penat ni setelah bangun dari tidur.Ezar mengeliat

Matanya beralih pada suaminya yang sedang masih tidur nyenyak."Lena betul dia tidur bukan ke orang bandar macam dia tak tahan tidur kat kampung ni.Ye la kat sini dah la banyak nyamuk! nyamuk kalau dah lapar memang dia akan bawak geng dia secara berjemaah serang orang.Tapi yang ini? Ah..lantaklah kat dia.. Aku nak pergi mandi lepas tu solat ada jugak faedah!"bebel Ezar seorang diri.

Ketika Ezar bangun dan berjalan menuju ke arah pintu bilik untuk keluar,Tiba-tiba matanya terpana pada meja solek dan kebetulan pada masa yang sama disitu terdapat cermin yang besar.Terperanjat dibuatnya apabila mukanya disolek dengan gincu.Ini mesti kerja Farish siapa lagi yang berani nak buat,Dah la dalam bilik ni ada dia dengan Farish sahaja.

"Ezar.. Ezar please tahan jangan jerit.."segera menampar pipinya."Farish kau ni memang nak kena dengan aku!"kini tiba gilirannya pula ingin membalas dendam.

Ezar segera mencapai bantal dan sedia mengangkat untuk dihempuk pada Farish."1..2..3.."Ezar bersedia dan melepaskan bantal itu tepat pada muka Farish.Dihempuk berkali-kali biar dia rasa insaf sikit.. padan muka kau!!! tak puas hati lagi lalu menumbuk badan Farish.

Apalagi pabila terasa dihempuk dan ditumbuk Farish terus membuka matanya."Siapa yang ganggu aku nak tidur ni?"

"Aku!"balas Ezar dengan matanya membulat memandang tepat wajahnya.

"Mak aii!,ni hantu ke apa?"balas Farish menahan ketawa.

"Ni mesti kau punya kerja kan! nah hambik ni!!"dihempuk sekali lagi pada badan Farish.

"Woi.. apa ni,bila masa aku buat?"bohong Farish sambil menghalang bantal itu daripada kena pada badannya.

"Kau ingat aku ni bengap sangat ke! kau ni memang nak kena!!"dipukulnya berkali-kali.

"Hoi!! sakitlah!"jerit Farish sambil cuba mengelak.

"Tau pulak sakit! habis hati aku ni tak sakit ke?...yang penting sekarang ni aku nak tanya kau conteng muka aku ni dengan gincu siapa? dan mana kau dapat gincu tu!"bebel Ezar.

"Aku dapat kat meja solek kau tu lah!"sambil menjuihkan bibirnya kearah meja solek itu.

"Kau ni memang nak kena tau tak! dalam rumah ni cuma Mak aku sorang je pakai gincu...aku manalah pakai benda-benda alah macam tu tau tak!"ujar Ezar sambil bercekak pinggang.

"Ouh.. maknanya tu lipstick Mak kau la ye..?"

"Dah tu takkan la lipstick nenek kau pulak!,Aduh stress aku macam ni!"

"Alahai.. setakat lipstick macam tu satu lori pun aku boleh beli la!"ujar Farish sambil tersenyum sinis.

"Tak kesah la kau nak beli satu lori ke satu kapal ke ada aku kesah? sekarang apa masalah kau conteng muka aku ni,dah macam Valak pun ada!"geram Ezar kerana habis seluruh mukanya diconteng ala-ala Valak dalam filem The Conjuring 2.

"Halah..Lek arr ingat senang ke nak make-up orang jadi muka Valak,tu pun ambik masa tau dekat 20 minit!"

"Apa masalah kau ni?"

"Aku tak ada apa-apa masalah.."ujar Farish tanpa rasa bersalah.

"Blah la...! malas aku layan kau!"ujar Ezar.

Ezar terus mencapai tuala dan bergegas ke bilik air."Fuh..nasib baik tak ada siapa yang dengar pergaduhan aku tadi.. kalau tak habis la aku kena ganyang dengan Mak aku tu".

Aku terus membasuh muka yang baru lepas kena conteng dengan budak yang baru berumur 5 tahun,kenapa aku gelar dia budak umur 5 tahun? sebab yang buat kerja conteng menconteng ni cuma kerja budak 5 tahun je.Apa masalah dia buat aku macam ni? nak cakap dia benci kat aku..Aku rasa dia yang beria-ia nak jadikan aku bini dia....ke dia ada agenda lain sebenarnya,Ah!! serabut kepala otak aku fikirkan pasal mamat tiga suku tu.

××××××


"Hai sayang buat apa tu?"soal Farish sambil mendekati Ezar yang tengah sibuk menyusun kerusi dan meja dibawah khemah.

"Kau tak nampak ke aku tengah kopek sabut kelapa ni,kenapa nak tolong ke?"perli Ezar dan meneruskan kerjanya menyusun kerusi-kerusi tersebut.

"Kau marah lagi ke?"soal Farish.

"Eh.. tak la aku sebenarnya suka sangat,bila kau conteng muka aku tu,lain kali nak conteng.. contenglah sekali dinding rumah ni."

"Janganlah marah aku cuma nak bergurau je pun!"

"Bergurau pun ada had kau pikir aku ni tunggul ke? kalau benci sangat kat aku ni awal-awal kau cakap tak setuju pun dah bagus sekarang nak undur balik perkara lama takkan sesekali dapat."ujar Ezar dan terus berlalu pergi.

"Rish.."panggil Nana yang sejak dari tadi memerhati adegan pasangan pengantin baru ini.

"Iye"balas Farish

"Nana nak pesan ni,kalau ada apa-apa masalah selesaikan dalam bilik ke atau pilihlah tempat yang sesuai contohnya honeymoon ke tak manislah baru je kahwin semalam hari ni dah gaduh,nanti orang kampung fikir apa pulak? Nana pesan ni janganlah ambil hati.Nana tau Nana belum lagi kahwin tapi Nana rasa ada eloknya Nana tegur daripada perkara ini berulang,Ezar tu memang kalau dia dah badmood susah sikit,tapi kalau angin dia baik usik la bergurau la macam pun dia takkan marah seteruk macam tu.Okey la kalau tak ada apa-apa Nana masuk rumah dulu la..Rish nak sambung ke kerja Ezar tu?"

Farish memandang kearah kerja yang ditinggalkan oleh Ezar tadi,"Ermm boleh jugak lagi pun aku bukan ada kerja pun."

"Nana masuk dulu ye.."ujar Nana sebelum meninggalkan Farish.

"Nana!!"panggil Farish.

"Iye..!"Nana menoleh.

"Terima kasih atas nasihat tadi!"

"Sama-sama"balas Nana dan terus masuk kedalam rumah itu.

Malu pulak aku bila orang belum kahwin tegur aku.Tak sangka pulak Zara boleh marah seteruk macam ni,malam tadi elok je bergurau...sekarang terus badmood teruk,Haish sabar je la..Farish terus melakukan kerja menyusun yang terbengkalai tadi.

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now