"Giliran apa?"Nisha pura-pura tidak faham dengan soalan yang baru diutarakan oleh Ezar tadi.

"Bila kau nak kahwin?,Aku ingatkan aku ni yang tak kahwin sampai ke tua.Rupa-rupanya Aku yang kahwin dulu dari kau!"ujar Ezar berterus terang.

"Errr.. lambat lagi weii!"balas Nisha.

"Amboi! galaknya bersembang.. ni Zara baju bersanding kau..jangan lupa tukar baju tu, jangan nak buat pekasam pulak...Mak kau bagi 15 minit je nak bersiap, sebelum Mak kau membebel baik kau tukar baju sekarang."ujar Aida sambil menghulurkan baju persandingan yang berwarna turqoise itu.

"Baiklah.. Aida Izzati ada apa-apa hal ke lagi!?"Ezar mencapai baju sanding itu.

"Tak ada apa la.. cepat tau..!!"ujar Aida dan terus berlalu pergi.

"Siapa tu? "soal Nisha.

"Sepupu aku mulut yang paling becok..dia kalau bercakap mesti takkan jumpa titik noktah,tadi sebab dia nak cepat tu yang dia tak banyak cakap tadi..!"

"Ouh..weh cepatlah sarung,nak tengok jugak kawan aku ni yang dulunya macam lelaki kini terpaksa menyarungkan baju kahwin yang bertakhtakan batu-batu apa aku tak tau ni.."Nisha menahan gelak.

"Kurang asam jawa betul la kau ni..!"

"Hehehe..cepatlah nanti kita selfie erkk!!"

"Itu la kerja kau!,selfie je!!"balas Ezar sambil menjeling Nisha.

"Suka hati aku la..!"ujar Nisha sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Pintu bilik Ezar puas diketuk namun jawapan "kejap lagi" yang dibalas.Apalagi la budak ni buat lama sangat,tukar baju sanding ke buat baju sanding..Aida mula rimas menunggu.

"Zara!! cepatlah.. pengantin lelaki dah sampai!"bohong Aida sengaja buat Ezar kelam kabut bukan dia tak kenal perangai kelam kabut Ezar tu.

"Hah!! jap lagi la.. susah kot nak zip bahagian belakang ni!"balas Ezar, fikir aku kesah ke kalau pengantin lelaki tu dah sampai belum,Kalau boleh biar dia sorang je yang bersanding atas pelamin tu..

Selepas selesai menukar pakaian.Mereka menuju kearah Mak Imah dihadapan muka pintu.."Mak Uda ni hah... Dah siap pun pengantin baru ni!"bebel Aida.

"Zara ni lambat betul la..dah dekat 20 minit Mak tunggu tau tak!"

"Ala.. Mak ni Zara dah siap la.."

"Okey jom,Aida pergi panggil Nisha..!"arah Nana.

"Weii aku kat sini je kot!"ujar Nisha

"Ouh!! sorry tak nampak tadi sebab rendah sangat!"balas Nana.

"Rendah sangat ke aku ni..."Nisha menepuk dahinya.

Nana,Aida dan Nisha pengapit aku...kenapalah Mak pilih pengapit aku semuanya mulut becok."Aduhai!!"

Ezar mula diarak perlahan-lahan menuju kearah pengantin."Padan muka! baru kau tau bertapa panasnya menunggu aku.."bisik hati Ezar.Apa kejam benor aku ni dengan suami sendiri.. Aduhh..

Semakin hampir dirinya kepada Farish.Farish tampak segak mengenakan baju melayu tersebut."Adakah hati ini mula terpaut pada dirinya.. Oh no!..tapi apa salahnya suami sendiri kot!"

Kini giliran Farish dan Ezar pula diarak bersama-sama dan diiringi paluan kompang yang kuat."Eh..eh minah ni buat muka tak bersalah pulak!,dah la buat aku tertunggu-tunggu dekat sini."monolog Farish sambil memandang Zara.

Mereka diarak sehinggalah ke hadapan rumah Ezar.Kemudian mereka masuk dan bersanding diatas pelamin.Acara tepung tawar dilakukan...siap renjis-renjis lagi nih!

Selepas acara tepung tawar pasangan pengantin baru ni..memulakan acara makan beradab.."Sesi suap menyuap pun ada ke...Aduh hilang macho aku huwaa..!"Ezar menepuk dahinya.

Tamat sudah acara makan beradab nih..."geli geleman aku dengan adegan sawit tadi..ingat best ke suap-menyuap pastu ada orang tangkap gambar,rasa nak masukkan je cameraman tu dalam kamera.

Kini tibalah sesi terakhirnya ialah bergambar.."Arghhh!! bencinya aku dengan cameraman ni! "gumam Ezar geram.

××××××

Petang kian menjelma sebentar lagi pasti giliran malam.Badan mereka semua terasa letih dan penat, nak sental kuali jangan harap.. sebab ambik upah catering so tak payah la susah-susah.Selepas solat Isyak masing-masing sudah melelapkan mata.Saudara mara yang lain ada yang tidur di hotel berdekatan.Tinggal pasangan pengantin baru ni je yang belum melelapkan mata.

"Zara..."panggil Farish sambil duduk bersebelahan Ezar.

"Kau nak apa memalam buta ni?"ujar Ezar tangannya masih ligat membuka segala pemberian hadiah kepadanya.

"Jom gaduh!"ajak Farish gurau.

"Kau ni tak de kerja lain ke selain ajak gaduh! Gila ke apa gaduh memalam buta ni! mesti mengamuk Mak aku dekat bilik sebelah ni!"bebel Ezar.

"Sedap mulut kau je kutuk aku gila.Ingat awak tu dah jadi bini orang jangan nak buat perangai je memanjang!"

"Halah..aku tau la..."

"Aku nak minta tolong ni..!"ujar Farish.

"Tolong apa?"

"Tolong.."Farish tidak menghabiskan ayatnya.

"Kau jangan nak macam-macam..kang tak pasal-pasal kau tidur kat luar rumah kejap lagi!!"Ezar memberi amaran sekeras-kerasnya buat Farish.

"Hek..elehh Minah ni tolong la jangan perasan sangat.Tak hingin aku dah la dada pun rata macam papan.."lancang betul mulut Farish.

"Mak aii,yang ni kurang ajar !!..kau apahal hah, tiba-tiba nak cari gaduh dengan aku?"

"Nak gaduh ke? "

"Dah la malas aku layan kau! bye aku nak tidur."gumam Ezar.

"Zara.. kau boleh pulak nak tidur wey! tolong la buatkan air kopi untuk aku!"Farish mengoyangkan bahu Ezar.

"Ahhh.. tak de..tak de kau ingat aku tak tau ke..yang kau sebenarnya nak berjaga malam kan!!"

"Rancangan aku dah kantoi rupanya!"bisik hati Farish.

"Tapi.. "

"Tak de,tapi tapi dah blah la aku nak tidur..Aku dah penat kau faham tak!"ujar Ezar.

"Kalau iye nak membuta sangat bukak la cermin mata tu dulu,Ingat comel ke kau pakai benda tu 24 jam!"

Terbuntang biji mata Ezar."Aduh..malunya!"segera Ezar menangalkan cermin matanya yang ala-ala nerd itu.

"Okey bye!,Aku nak tidur!"ujar Ezar.

Sebentar saja mata Ezar sudah lena dibuai mimpi.Farish saja yang masih belum tidur baru sahaja ingin mendekati isterinya.Kaki milik Ezar sudah menendang Farish hingga Farish jatuh dari katil."Mak aihh...ganasnya minah ni tidur sampai tergolek aku kat bawah!"Farish mencuba untuk bangun."Macam tau tau je aku nak buat apa.."monolog Farish.

Farish segera menutup lampu bilik.Dia terfikirkan sebuah muslihat untuk membalas dendamnya pada Ezar malam itu.

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now