BAB 15

9.6K 411 35
                                    

Sesi akad nikah bakal berlangsung sebentar lagi."Ya Allah bersediakah aku untuk tempuhi alam perkahwinan ni.."bisik hati Ezar sambil memejam matanya sebentar.Aku harap sangat ini adalah mimpi tapi kalau ini adalah mimpi ini adalah ngeri bagi aku.

Dia sedar sejak dari tadi Aiman sedang memerhatikan dirinya.Aiman duduk bersebelahan Aliq,mekanik yang sentiasa berkhidmat jika kereta kesayangannya itu buat hal.

"Cantiknya dia..tak pernah sekali pun aku nampak dia secantik dan secomel ni masa aku kenal dia.."Aiman mula terpegun dengan kecantikan Ezar.

"Dah bersedia ke? "soal Tok Kadi tiba-tiba pada Farish.Nampak gugup pun ada...

"Dah.. "balas Datin Ziera mula bersuara.

"Kita mulakan sekarang boleh tak?"soalnya lagi sekali.

"Baiklah"balas Farish.

Tok Kadi menghulurkan tangannya dan Farish pun menyambut tangan Tok Kadi."Iman Farish Bin Shahril.. "

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Ezzara Binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya 15 ribu ringgit tunai.."

"Aku terima nikahnya Nur Ezzara Binti Abdul Rahman dengan mas kahwinnya 15 ribu ringgit tunai.."Dengan sekali lafaz Ezar sah bergelar isteri kepada Farish a.k.a Mamat Poyo..

Tibalah sesi menyarungkan cincin nikah.Rasa berdebar-debar Ezar dibuatnya semasa cincin itu disarungkan.Mata Ezar dan Farish bertentangan,sejujurnya Ezar berasa sangat tidak selesa..Mata Farish langsung tak berkedip memandang wajah putih bersih Ezar..Sememangnya terserlah keperempuanannya semasa mengena baju nikah yang berwarna putih itu.

Selepas selesai sesi menyarungkan cincin para tetamu dijemput menjamah nasi dan lauk pauk yang disediakan.

Nisha mula menarik Ezar yang dari tadi berdiri tercegat dihadapan cermin didalam biliknya."Kau tak cakap pun yang kau kahwin dengan Farish a.k.a Mamat yang suka cari gaduh dengan kau masa kat restoran aku dulu.."rajuk Nisha.

"Kau ingat aku rela ke?"balas Ezar matanya masih cermin itu.

"Kau kena kahwin paksa ke?"soal Nisha.

"Tak lah,ni semua perancangan keluarga aku ikutkan aje.."

"Maknanya kau langsung tak cintakan dia macam tu?"

"Iye.. tapi demi menjaga hati Mak aku,Aku kena terima walaupun sakit.."

"Kau nak tau tak? apa reaksi Mia bila dia dapat tau yang kau dengan Farish bakal berkahwin."

"Apa? "

"Menangis tak berlagu beb si Mia tu..!,Aku tak tau la macam mana dia sekarang.. jangan berdendam dengan kau sudah la..Kesian kau dah la kahwin pun terpaksa.."

"Lek laa...Aku tengok drama melayu sekarang ni kena kahwin aturan keluarga pun ending dia kan bahagia selamanya..."

"Nur Ezzara Binti Abdul Rahman kau dengar ni.. "Nisha menolak wajah Ezar supaya memandang wajahnya."Itu drama Cik hakak oi.. ni realiti,Aku tak nak kau muda-muda lagi dah jadi janda.."pedas betul ayat budak Nisha ni.

"Nisha Erlyna.. mulut tu boleh tak jangan celupar sangat!!"Ezar menampar lembut mulut Nisha.

"Woii!! sakitlah!!.."jerit Nisha sambil mengosok mulutnya yang tidak sakit.
"Mengadanya.... gedik.."

"Kau kata aku gediks.."gumam Nisha.

Ezar hanya tersenyum melihat Nisha. "Giliran aku dah! giliran kau bila lagi?"soal Ezar dengan sengihan yang penuh muslihat.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now