Aku membalut lukanya dengan kain warna putih yang tersedia dalam peti kecemasan itu. Kemudian, aku lalu mencapai botol minuman yang berada di atas meja bersebelahan katil. Lalu aku hulurkan kepadanya. Dia menunjukkan reaksi 'kenapa' kepada ku.

"Minumlah. Muka awak pucat. Mungkin sebab banyak darah yang keluar."

Dia hanya mengangguk seraya menyambut huluran botol air itu.

"Awak tunggulah di sini kalau awak nak. Saya nak turun. Nanti eomma marah kalau saya lambat. Tapi ingat! Jangan sentuh apa-apa di dalam bilik ini." Kata aku seraya memberi amaran.

Dia mengangguk kepalanya. Aku lalu keluar dari bilik.

~ ¤ ~

Jam di tangan aku lirik seketika. Sudah pukul 10:45 malam. Huft.. Bila majlis ni nak habis? Aku meluru ke arah eomma yang sedang bersembang dengan kawan-kawan dia.

"Eomma.." Panggil ku.

Dia menoleh seraya tersenyum manis ke arah aku.

"Yes, honey?" Tanya eomma lembut.

"Seol nak masuk bilik dulu. Rasa tak sedap badan pula tiba-tiba." Kata ku sambil buat muka macam tak larat.

"Seol okey ke? Kalau tak okey, makan ubat dulu. Lepas itu rehat." Tanya eomma risau.

"I'm okay. I just need a rest. Eomma janganlah risau. Kalau macam itu, Seol naik atas dulu. Nanti kalau ada apa-apa, Seol panggil eomma." Kata ku sambil tersenyum manis.

"Okey."

Aku laju mengatur langkah menuju ke bilik ku.

Clak...

Sekujur tubuh yang sedang baring di atas katil menjadi fokus ku. Aku menghampiri lelaki asing tadi. Dia sedang tertidur dengan lena. Mungkin penat. Satu hal yang membuat muka aku bersemu merah. Lelaki itu tak pakai baju! Aku melihat baju putih yang telah dinodai darah di atas lantai.

Huft.. Pastu dia tak ada baju lagi. Macam mana ni? Aku mana ada baju lelaki kat sini. Baju abang aku adalah. Tapi, takkan aku nak main redah je bilik dia? Nanti dia marah.

Huft.. Macam mana ni? Takkan nak biar dia tak pakai baju? Nanti perut dia masuk angin macam mana? Kalau eomma nampak? Lagi mampus! Nanti dia orang ingat aku dengan dia buat benda tak senonoh pula!

Selepas bertengkar dengan hati sendiri, aku memutuskan untuk pergi ke bilik abang aku. Maafkan Seol, abang. Seol tak ada pilihan. Nanti Seol ganti balik baju abang.

~ ¤ ~

"Awak,.. Bangunlah." Gumam ku perlahan.

Lelaki itu membuka matanya. Dia cuba untuk bangun tapi tak dapat.

"Tak apa. Awak baring saja. Saya cuma nak bagi baju ini. Awak pakailah dulu baju abang saya. Nanti saya ganti balik. Jangan risau." Ujar ku lembut.

"Ba..baik. Maaf, saya menyusahkan awak." Kata namja itu serba salah.

"Tak apa. Awak pakailah dulu. Saya nak tukar baju sekejap. Nanti kalau eomma saya masuk, awak sembunyi saja dalam selimut. Tapi jangan bagi dia nampak pula." Pesan ku sebelum aku masuk ke bilik mandi.

"Eomma awak bukan boleh nampak saya walaupun saya tak sembunyi." Ujar lelaki itu perlahan.

Aku menoleh ke arah lelaki itu ingin penjelasan.

"Saya bukan manusia macam awak. Hanya orang terpilih saja yang boleh nampak saya. Dan orang itu adalah awak." Jelas lelaki itu lagi.

Okey. Dia buat aku semakin TAKUT. Mana tak? Tadi dia tiba-tiba muncul kat depan sliding door bilik aku. Lepas itu, dia cakap dia bukan manusia. Habis itu, siapa dia? Hantu? Tapi, takkan hantu ada muka handsome macam dia? Erk.. Handsome ke? Bolehlah.

"Mungkin awak takkan percaya. Tapi, saya seorang MALAIKAT yang telah sesat masa turun ke bumi." Jelas lelaki itu lagi seakan boleh membaca fikiran aku.

"Seol?"

Aku terkejut. Eomma masuk ke dalam bilik aku! Aku menjeling lelaki itu tadi. Tapi, lelaki itu masih tak berganjak dari tempatnya.

"Eo..eomma..."








•••

To Be Continued ...

#VOTE ⭐️
#COMMENT 💬



Helloo anak-anak !

Ini new version lepas di edit . Tak banyak pun yang di edit . And content semua masih sama .

I hope you enjoy ❤️



Don't forget to VOTE , love . 💋



사랑하자 ! ❤️

HELLO ANGEL ©️Where stories live. Discover now