28 - Semula

116 15 3
                                    

Aku memberi perhatian sepenuhnya terhadap Mr.Lee yang sedang mengajar sejarah tarian tradisional sehinggalah ada orang mencuit bahuku daripada belakang.

Aku pun menoleh kepala ke belakang untuk melihat siapa.

"Yein, congrats" kata Soo Jung sambil memberikan menguntumkan senyuman kepadaku.

"Eh? Untuk apa?" soalku kepada dia.

"Buat tak tahu pula. Kan awak dapat tawaran untuk sambung pelajaran," terang Soo Jung.

"Oh pasal tu,hehe. Terima kasih Unnie," ujarku kepadanya.

Dunia ini memang pelik kan? Kita jumpa orang yang datang daripada pelbagai latar belakang dan dalam keadaan yang kita sendiri tak sangka, akhirnya menjadi kawan rapat yang selalu menyokong kita daripada belakang.

Aku kembali fokus kepada Mr.Lee yang asyik menerangkan satu demi satu gerakan tradisional itu.

--
·Pejabat Puan Hwang·

Aku mengetuk pintu sebelum memasuki pejabat Puan Hwang itu.

"Masuk," ujar suara daripada dalam bilik itu.

Tangan aku memulas tombol pintu tersebut dan melangkah masuk ke dalam.

"Oh Yein! Jemputlah duduk dulu," jemput Puan Hwang.

"Ah, terima kasih" kataku lalu melabuhkan punggung di atas sofa.

"Ini dia borang-borang yang awak perlu isi sebelum bertolak ke Australia dalam tiga hari lagi,"

"Okay, saya akan hantar semula borang-borang ini pada esok hari," kataku lalu bangun dan memberi tanda hormat kepada Puan Hwang.

Aku berjalan keluar daripada biliknya dan menuju ke perpustakaan. Perlukan tempat yang senyap untuk mengisi borang-borang yang penting ini.

Sewaktu masuk ke dalam perpustakaan, aku nampak dia dengan rambut pinknya setelah sekian lama menghilangkan diri. Kim Seok Jin.

Perasaan benci-tidak suka-menyampah dan semua yang sinonim dengannya sudah tiada. Hilang entah kemana.

Aku sudah lupakan nampaknya. Langkah aku berjalan melepasi mejanya. Mungkin dia tidak perasan kelibat aku.

Meja yang tidak jauh daripada diduduk oleh aku. Fokus aku kembali kepada borang-borang yang perlu diisi segera sebelum aku bertolak ke Australia.

Pen dicapai lalu satu demi satu ruang kosong dipenuhkan oleh aku.

"Yein," panggil satu suara.

Aku mengangkat muka ke hadapan dan mendapati Jin sedang duduk bertentangan dengan aku.

"Maaf untuk segala perkara yang aku per-"

"Aku dah lama maafkan kau," kataku lalu menyambung semula kerja aku itu tadi.

.....................

"Yein, taniah" kata Jin yang masih memandang aku.

"Terima kasih," balasku ringkas.

Bukannya aku tidak suka dia berada dekat sini cuma aku takut yang aku beri dia harapan.

Harapan yang palsu.

"Aku pergi dulu ya Yein" kata Jin sambil bangun daripada tempat duduknya itu tadi. 

"Jin," panggilku memberhentikan pergerakannya.

"Ya?"

"Datanglah waktu aku nak bertolak dekat lapangan terbang nanti," ujarku sambil melihat wajahnya yang aku pernah tergilakan dulu.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now