23 - Persembahan

115 20 7
                                    

Aku memasuki kelas pada pagi ini yang akan berlangsung selama 2 jam."Adeh,penat la harini" keluhku.

Pada malam ini, aku akan melalukan persembahan. Bukan aku sahaja, pelajar-pelajar lain juga terutamanya pelajar daripada dance dan vocal department.

Buku nota yang dibawa untuk menulis nota kini menjadi tempat perlindungan daripada dilihat lecturer, kerana aku nak tidur sekejap.

Sebenarnya, lecturer tu bukan kisah pun studentnya nak buat apa pun. Asalkan dia masuk kelas, mengajar dan dapat gaji. Itukan sudah menjadi kerja dia.

Yang ruginya pelajar yang tidak fokus dalam kelas dia, dan akhirnya ketinggalan. Masuk exam jawab dengan pelbagai jawapan yang luar daripada kotak.

Selepas menghadapi dugaan 2 jam kelas itu, aku pergi ke cafeteria untuk mengisi semula tenaga yang sudah hilang.

Sandwich dan kotak susu goodday perisa strawberry dibeli aku lalu dibawa pergi ke bilik latihan.

"Panasnya harini," keluhku sambil berjalan dibawah matahari yang sedang memancar itu.

Aku menaiki tangga gunung everest itu seperti biasa dan akhirnya sampai ke bilik latihan.

Hanya Dahye,Hyeyeon dan Kei sedang berada di dalam bilik ketika aku sampai."Hi guys,"

"Hello," balas mereka bertiga.

"Mana Uji dan Soo Jung,?" tanyaku sambil duduk di atas sofa bersama mereka.

"Uji akan sampai jap lagi," ujar Kei yang tengah memegang handphonenya.

"Soo Jung pula, aku tidak nampak pula kelibatnya pagi ni" kata Dahye kepadaku.

Mana pula Soo Jung unnie ni pergi?

Aku mengambil handphone yang berada di dalam beg sandang.

Nombor Soo Jung ditekan. tut tut tut..

"Ah Yein, kenapa telefon?" soal Soo Jung sejurus mengangkat panggilan itu.

"Unnie dekat mana?"

"Unnie dekat cafe ni, bos minta tolong jaga cafe sekejap" balasnya.

"Oh" balasku pendek.

"Kenapa?" soal Soo Jung.

Eh dia ni lupa ke kita ada persembahan yang penting pada malam ini?

"Um- unnie lupa ke? Yang kita ada persembahan malam ni?" soalku dengan nada yang agak pelik.

"Eh, tak. Sekejap lagi unnie datang. Dalam 1 jam lagi," balasnya.@

"Oh-okay," kataku lalu mematikan panggilan tersebut.

Hmm, 'dia' tu Taehyung ke? Takkan la. Apa motif dia kalau ya pun?

"Hi korang~aku dah sampai" kata Uji yang baru sampai.

Tanpa membuang masa, kami mula berlatih tanpa Soo Jung.

Kami memastikan malam ini, pentas itu kami punya.

Walaupun ini bukan pertandingan tetapi hanyalah persembahan. Setiap seorang daripada kami akan diperhatikan oleh lecturer.

Ura-ura mengatakan, akan ada seorang pelajar akan terpilih untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara.

Tetapi ianya berdasarkan persembahannya pada malam ini.

"Yein dan Dahye, kamu berdua ambil baju persembahan" arah Uji.

"Okay," balas kami berdua lalu keluar daripada bilik latihan itu.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now