4 - Ingat

211 23 1
                                    

"Laparnya!" keluh aku. Disebabkan babak kejar-mengejar dengan lelaki berpakaian hitam tadi, aku terlupa makanan yang aku pesan di kafe tadi. Sewaktu aku sedang mengeluh tentang betapa laparnya aku, aku tiba-tiba berasa mengantuk. Aku membuat keputusan untuk tidur daripada mengeluh tentang perut aku yang kosong. Bikin frust je kalau difikirkan.

--

"Cik, bangun. Cik dah sampai di lapangan terbang Paris." kata pramugari yang bertugas itu.

"Huh? Oh, okay" kata aku kepadanya. Aku masih dalam keadaan separuh sebenarnya tetapi disebabkan aku satu-satunya penumpang yang masih belum keluar daripada kapal terbang ini, terpaksalah aku membuka mata aku seluas-luasnya macam lyric lagu NCT U - 'Open your eyes'.

Selepas keluar daripada kapal terbang  dalam keadaan penat yang orang kata sebagai  'jet-lag'. Aku menuju ke tempat mengambil beg bagasi dan imigresen untuk menunjuk pasport aku kepada mereka. Nampaknya semua proses checkout berjalan dengan smooth. Aku pun keluar daripada lapangan terbang dan menuju ke salah sebuah teksi yang berada di situ.

"Lawa juga teksi yang berada kat Paris ini" kata aku. Tiba-tiba bahuku terlanggar seorang lelaki yang gayanya bukan macam orang Paris yang memakai topeng muka , tidak sihat barangkali.

"I'm sorry" kataku.

"Oh nevermind, I'm okay" kata lelaki tersebut.

"Are you European?" tanyaku untuk memastikan bahawa sangkaan aku tentang dia bukan orang Eropah itu betul.

"Oh, I'm not European. By the way, excuse me, I need to go" kata lelaki tersebut sambil membuat panggilan menggunakkan telefon pintarnya.

"Oh okay" kataku sambil memandangnya tanpa henti kerana dia nampak macam seorang yang terkenal. Lagi-lagi fesyen yang dikenakan bukanlah fesyen sebarangan.Jap, aku dekat sini sebab aku nak usya tempat-tempat yang menarik kat Eropah ni bukannya usya mamat jalanan! Aku pun terus menaiki salah sebuah teksi yang terdapat disitu dan meminta pemandunya membawa aku ke sebuah hotel yang bernama Le Bristol Paris. Sebelum aku ke sini, aku sudah menempah sebuah bilik di hotel ini. 

Setelah selesai berurusan dengan orang di kaunter hotel itu, aku terus menuju ke bilik aku yang bernombor 712 yang berada di tingkat tiga. Aku mengangkat sendiri beg bagasi aku kerana tidak mahu menyusahkan orang lain walaupun beg bagasi aku ni besar gila. Aku naik ke tingkat tiga dengan menggunakan lif yang berada di kanan bangunan tersebut. Sewaktu lif tersebut sedang naik ke tingkat tiga, lif tersebut berhenti di tingkat dua menandakan ada orang menekan butang untuk naik ke tingkat yang seterusnya. Pintu lif terbuka dan aku mendapati tiada siapa yang berada di hapadan lif tersebut, pelik. Aku segera menutup pintu lif tersebut kerana fikiran aku terfikirkan cerita seram yang sering memaparkan andengan seram di dalam lif. 

Akhirnya aku tiba di tingkat tiga hotel tersebut. Aku menarik beg bagasi aku dan menuju ke bilik aku. Bilik aku tidaklah susah mana nak dicari kerana aku sudah menanyakan orang yang berada di kaunter tadi tentang arah yang patutku ambil untuk ke billiku ku itu. Aku memulas tombol pintu bilik aku dan terpaku di hadapan pintu bilik itu. Memang patut harga menginap dia mahal kerana rekaan dalaman dia yang lawa dan perabot yang agak mewah. Boleh dikatakan berbaloi! Aku menangkap gambar selfie untuk dihantar ke ibuku dan dimuat naik ke Instagram. Aku segera mengemas barang-barang aku kerana selepas ini aku mahu pergi ke Jelly Shop yang terkenal dengan Jelly Cakesnya. 

Masa untuk ke Jelly Shop dari hotel tersebut hanya mengambil masa 20 minit. Sewaktu aku tiba di kedai tersebut, hanya kelihatan beberapa orang sahaja yang berada di dalam kedai tersebut yang sedang menikmati makanan mereka. Aku membuat pesanan di kaunter tersebut dan duduk di salah sebuah meja yang berada di situ. Sewaktu menunggu makanan aku sampai, aku baru teringat kawan aku yang tinggal di Paris ini. Aku terus memesejnya untuk memaklumkan bahawa aku sedang bercuti di sini. 

Yein : Yah Yoo Ji-Ae! Aku tengah bercuti kat Paris ni. 

Ji-Ae : Jinjja ?! Asal tak cakap awal-awal kau datang bercuti doh. 

Yein : Wae? Nak belanja aku ke ? kekekeke

Ji-Ae : Aigooo this kid. Kau kat mana? Aku datang sekarang. 

Yein : Aku kat Jelly Shop yang dekat ngan Le Bristol Paris hotel. 

Ji-Ae : Dalam 30 minit aku sampai dekat sana , kay ? 

Yein : Wokay, kalau lambat aku pergi dulu *attach evil emoticon*

Ji-Ae : Kalau tak nak aku belanja, pergi la *attach laugh emoticon*

Yein : What?! Fine Fine Fine . Aku sanggup menunggumu chinggu.

--

Ji-Ae merupakan kawan sekolah rendahku. Dia berpindah ke Paris atas sebab urusan kerja ayahnya tetapi kami masih berhubung walaupun jauh. Disebabkan asyik memikirkan ingin bercuti ke Paris , aku terlupa yang Ji-Ae duduk di Paris. Aish, kalau aku ingat mesti aku dah duduk kat rumah dia and tak payah nak bayar hotel bagai tetapi berbaloi juga duduk kat hotel tu. kekekekeke

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now