20 - Rahsia

115 17 5
                                    

"On cloudy days, I call out your nameI don't even need the sunshineBecause it feels like you'll tell meThat you only have me"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"On cloudy days, I call out your name
I don't even need the sunshine
Because it feels like you'll tell me
That you only have me"

Cermin di dalam bilik latihan yang terletak di tingkat 3 bangunan Dance of Performance memantulkan diriku.

Aku memerhatikan sahaja semua benda, daripada atas sehingga bawah.

Senyuman terukir di bibirku, geli hati.

Tidak sangka yang aku sudah berumur 18.

Fikiran aku masih ingat kali pertama aku berjumpa dengan Jungkook.

Memang pelik untuk seorang perempuan lepak bersama lelaki, tetapi ia sudah menjadi kebiasaan bagi kami.

Tetapi bagi Jeon Jungkook, ia pelik. Dia selalu cakap aku ni dua alam la, suruh aku tengok semula jantina dekat sijil kelahiran, dan macam-macam lagi benda yang menyakitkan hati.

Hmm... tapi macam betul juga Jungkook tu. Bukan pasal lepak dengan lelaki ke apa ke, tetapi pasal aku ni pelik. Aku pelik dengan diri sendiri sebab apabila Jungkook cakap perkara-perkara yang menyakitkan hati tu, ia tak menyakitkan hati aku pun. What is this feeling?

Jadi aku buat tak endah je bila dia cakap semua benda tu, sehingga lama-kelamaan dia diam. Diam-diam kami makin rapat, macam tali kasut yang longgar diikat semula.

Memang betul cakap orang, orang jatuh cinta dalam keadaan dimana dia sendiri tidak tahu. Dan sejak daripada itu, first love mengubah segalanya.

Tetapi adakah first love akan menjadi real love? Tiada siapa yang tahu.

--

"Yein, awalnya sampai" ujar Soo Jung unnie yang baru sampai.

"Ah! Saya ingat nak praktis awal sikit sebab saya tidak ingat beberapa langkah" jelasku yang tadi asyik tenung cermin.

Hari ini kami akan berlatih lagu Girl's Day - Something. Bukan kami berdua sahaja tetapi bersama Dahye dan Hyeyeon juga.

Kami berempat akan melakukan persembahan bersama-sama dan akan berkolaborasi dengan Department of Vocal Music.

Namun hari ni kami berempat sahaja daripada Department of Dance akan berlatih untuk tarian ini kerana dua orang daripada vocal department tidak dapat menghadirkan diri harini.

Sesi latihan kami dimulakan dengan warm up supaya tidak berlaku apa-apa kemalangan nanti. Payah pulak karang kalau ada orang tidak dapat menyertai persembahan nanti. Lagipun ini untuk markah Ko-Q disamping membuat lecturer terpegun.

Langkah demi langkah kami sharpkan supaya nampak sama dan kemas. Tiada langkah yang tidak patut terlupa. Lagu Girl's Day remix itu asyik kami repeat seperti bumi yang berputar.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now