21 - Penjelasan

112 18 5
                                    

Makanan yang terhidang di hadapanku tidak dijamah langsung. Tiada selera. Ni semua sebab peristiwa yang berlaku semalam. Soo Jung unnie ke perempuan itu? Hm

"Asal anak omma tak makan ni? Tak sedap ke?" tanya omma yang sedang mencuci pinggan di singki.

"Aniya, tak ada selera je" jelasku kepada omma. Tak pernah lagi omma masak masakan yang tidak sedap. Cuma aku ni yang sedang mengalami krisis hidup yang menyebabkan semua benda tidak kena.

"Um, omma. Yein nak keluar jap, jumpa kawan" kataku sambil mencapai beg sandangku yang terletak di atas sofa.

"Okay, jangan balik lambat sangat tau" ujar omma.

"Annyeong," ucapku sambil menutup pintu rumah itu. Aku rasa , aku perlu penjelasan daripada seseorang pasal video itu dan apa sebenarnya yang berlaku pada malam itu. Jeon Jungkook. Dia tahu apa yang berlaku tetapi tipu atau benar aku yang tentukan.

Aku menyelok tangan ke dalam beg sandang, mencapai handphone aku. "Ee, mana ni?" bebel aku.

Habis geledah beg sandang aku, handphone tidak dijumpai."Ah! Kat mana pula aku letak handphone aku ni?"

Fikiran aku tengah memikirkan dimana kali terakhir aku meletakkan handphone itu."Hm? Hah! Bawah bantal!"

Aku baru ingat yang aku letakkannya bawah bantal sebab malas nak layan panggilan dan mesej daripada Soo Jung unnie dan Jungkook. Frust malam semalam.

Ish, kalau nak patah balik rumah ni makan masa pula. Aku sudah berada di Velocity Cafe, dimana tempat aku berjumpa Jungkook dan Jin selepas mengambil keputusan peperiksaan haritu. Hari dimana aku balik awal sebab perasaan yang tidak menentu.

"Huh" aku melepaskan keluhan. Kenapalah aku bengap sangat tinggal handphone? Adehh. Sekarang macam mana nak jumpa Jungkook?

Nampaknya, terpaksalah aku balik ke rumah semata-mata untuk mengambil handphone. Dengan membawa keluar sekali mocha cup, aku berjalan ke perhentian bas. Aku melewati taman permainan dimana pertemuan semula aku dengan Jungkook setelah sekian lama dia menghilangkan diri.

Aku decide untuk masuk sekejap ke dalam taman permainan itu, rasa rindu membawa aku. Aku duduk di atas buaian yang pernah didukinya sebelum ini, meniru gayanya yang duduk membelakangi aku.

Mataku tutup. Aku membayangi seketika yang dia akan memanggil nama aku.

"Jung Yein awak ke tu?" soalnya.

Kedengaran macam realiti. Haha aku memang gila, lepas cakap dengan bulan.

"I miss you" kata dia sambil memelukku daripada belakang.

Rasa macam betul la. Tak sangka bulan bagi aku kuasa.

"Bukalah mata tu," arah suaranya.

"Andwae," balasku. Aku tak nak imaginasi aku berakhir selepas aku membuka mata.

"Awak masih marah pasal hal tu ke?" soalnya kepada aku.

"Tak lah," aku membuka mata dan memusingkan badan aku menghadap dia.

Mata yang dibuka tadi, semakin terbuka luas. Tidak percaya apa yang dilihat mata kasar."Jungkook?!" jeritku sebab terkejut, terkejut sebab tadi bukanlah imaginasi aku tetapi realiti.

"Kenapa terkejut sangat? Ingat aku hantu ke?" tanya Jungkook yang muncul tiba-tiba seperti hantu.

"Tak, cuma tadi- lupakan je la" kataku sambil mencebik muka.

"Um, awak masih marah ke?" soal Jungkook kepadaku.

Aku memandang matanya yang sedang memandang tepat ke arahku. Don't give me that look, ugh.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant