14 - Janji

132 15 4
                                    

Aku memakai baju yang paling lawa yang aku ada dalam almari pakaianku.

Perkataan 'date' yang keluar daripada mulut Taehyung sewaktu di cafe tadi membuatkan aku rasa gembira. Gembira nak dating Jungkook . Kookie . Hehe.

Sewaktu aku sedang memakai lipstick bewarna pink di hadapan cermin, pintu bilikku diketuk. Omma pun muncul disebalik pintu. "Aigoo anak omma nak pergi mana lawa-lawa ni?"

"Makan malam dengan seseorang," kataku kepada omma.

Seseorang? Aniya. My first love? Love? Hm. Boyfriend? Yes.

--

Aku melihat jam tanganku yang menunjukkan jam 8.30 P.M. , batang hidung Jungkook aku tidak nampak.

Angin dingin yang bertiupan pada malam itu membuatkan badan aku berasa sejuk. Dah lah aku tak bawa baju sejuk.

Aku menunggu dia di luar bangunan Ŕoselia Restaurant. Dia lupa ke? Atau dia ada urusan dan lupa nak beritahu aku? Sudah berkali-kali aku menghubunginya tetapi asyik operator je yang angkat. Aku termenung memandang phone aku dengan fikiran yang tengah memikirkan situasi yang aku hadapi sekarang ini.

Dia ni... suka sangat macam ni, janji tak ditepati. "Huh" keluh aku. 

"Yein? Kau ke tu?"

Aku memandang ke kiri dan mendapati Jin sedang berdiri disitu. "Oh, annyeong"

"Mana Jungkook? Bukan kau sepatutnya dengan dia ke sekarang?"  

Memang patut dengan dia sekarang kalau taknya aku berdiri dekat luar ni.

"A'ah tetapi Jungkook tak datang lagi. Do you know where he is?"

"Oh. Mianhe Yein, aku tak tahu dia kat mana" katanya sambil memandang aku daripada atas ke bawah. 

"Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena dengan pakaian aku ke?" soalku kerana pelik dengan cara dia memandang aku keatas dan kebawah.

Tiba-tiba Jin menanggalkan kotnya yang bewarna pink dan membalutku dengan kotnya. Kotnya menghangatkan badan aku yang sejuk, tetapi menghangatkan juga perasaan aku terhadap dia. Pipi aku mulai merah kerana perasaan aku tersebut. "Kamsahamnida" aku berterima kasih atas sikapnya yang ambil berat itu.

"Benda kecil je pun, aku nampak kaki kau mengigil sebab kau memakai skirt pendek. By the way, tak ada apa-apa yang tak kena dengan pakaian kau. You look very pretty tonight" puji Jin menyebabkan pipi aku semakin merah. Ommo, i fall for him.

Malam itu aku berbual dengan Jin di luar restauran itu.  Dia mungkin seseorang yang sarkastik, tetapi dia juga seseorang yang ambil berat tentang orang lain. Disebabkan Jungkook sudah dua jam tidak muncul, aku mengambil keputusan untuk balik ke rumah ditemani Jin.

Sebelum itu, kami berhenti di kedai 7Eleven kerana Jin nak belanja aku. Aku tunggu diluar kerana malas nak masuk ke kedai tersebut, ini kali kedua dia belanja aku."Nah, favourite kau" kata Jin sambil menghulurkan plastik yang berisikan candy.

Aku mengambilnya dan memandang isi plastik itu."Wow, mane kau tahu ni?" soalku kepada dia.

"Aku nampak kau masuk kedai 8Shoppe haritu, tetapi kau keluar balik bila kau nampak aku" katanya dengan matanya yang innocent.

Janganlah pandang aku dengan mata yang innocent tu. Kau buat aku makin tertarik dengan kau.

"Oh, I see. Kamsahamnida belanja aku candy btw. Dah jom"

Kami terus berjalan sehingga tempat perhentian bas. Aku menaiki bas setelah bas yang aku sering naiki tiba dan yang mengejutkan aku, Jin juga menaiki bas yang sama. Aku tidak tahu Jin tinggal di kawasan yang sama dengan aku sebab selama ni aku naik bas, tiada pula aku melihat kelibat dia. "Selama ni kau pergi kerja naik apa?" soalku sambil memandang dia yang duduk bersebelahanku.

"Naik motorsikal, kenapa? Nak tumpang ke?" Dia membuat muka acah cool sambil acah nak ajak aku pergi kerja dengan dia. "Saje tanya, it's okay. Aku dah biasa naik bas sejak daripada kecil lagi."

Jin teman aku sampai di hadapan pagar rumah aku. "Kamsahamnida, teman aku sampai sini."

"No problem ah. Lagipun I need to protect you since you are a girl walaupun perangai kau macam jantan"

Jeez. Sempat lagi sarcasm dia nih. Siap kau. Tapi sweet gak dia nak protect aku. Ah Yein! Boleh gila kau macam ni.

"Annyeong, jumpa esok" kata Jin sambil berjalan pergi daripada pandangan aku.

"Annyeong" aku pun masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang sedih kerana memikirkan temu janji aku tadi. Kenapa dia tidak menghadirkan diri dia tadi.. wae?

--
Jin P.O.V

Malam yang dingin ini, aku kesepian tetapi takdir aku telah menemukan si dia.

Aku tidak sangka akan terserempak dengan Yein di hadapan restauran ini. Dia nampak begitu lawa pada malam itu, lawa macam bidadari. Aku memandang keadaan sekeliling dan mendapati tiada kelibat Jeon Jungkook. Ke mana dia pergi?

Aku kesian melihat keadaan dia yang kesejukan itu. Aku mendekati dia dan membalut dia dengan kot pink aku untuk mengelakkan dia kesejukan. Aku berbual dengan dia untuk menghilangkan kerisauannya memikirkan di manakah Jeon Jungkook. Aku tidak suka melihat dia sedih dalam keadaan dia yang lawa ini.

Selepas dua jam berada disitu, dia ingin pulang ke rumah. Kalau aku jadi dia pun, aku sudah balik sebab penat. Penat tunggu orang. Dengan cuaca yang sejuknya. Aku menemani dia pulang kerana risau akan berlaku perkara yang tidak elok kepadanya.

Sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas, aku ternampak kedai 7Eleven. Tiba-tiba aku terasa hendak membeli sesuatu kepada dia. Aku masuk ke dalam kedai itu dan memikirkan benda apa yang aku patut beli untuk menceriakan dia. Aku ternampak candy yang merupakan kegemarannya. Aku tahu kegemarannya kerana aku selalu nampak dia pergi kedai 8Shoppe selepas habis kerja.

Setelah membelinya, aku berjalan ke luar kedai. Sewaktu aku memberi candy itu kepada dia, pandangan mata dia sangat menarik kepada aku. Pandangan mata itu membuatkan aku jatuh cinta dengan dia. Pandangan mata dia seperti candy yang manis itu.

Kami terus berjalan sampai ke perhentian bas. Aku sebenarnya duduk di kawasan yang sama dengan Yein, cuma dia yang tidak tahu tentang ini, sejak daripada sekolah menengah lagi aku nampak dia berjalan ke tempat perhentian bas. Daripada reaksi muka dia, aku boleh tahu yang dia terkejut mengetahui perkara ini.

Dia menyoal aku pergi kerja naik apa. Aku terasa nak tumpangkan dia pergi kerja, tetapi dia menolak pelawaan aku dengan baik. Kami berjalan sehingga tiba di hadapan pagar rumahnya. Malam ini aku bukan sahaja temani dia tetapi temani hati dia yang kekosongan.

Yein berterima kasih kepada aku tetapi dibalas dengan sarcasm aku. Saja nak sakit kan hati dia, haha. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Yein dan terus balik ke rumah dengan perasaan yang gembira. Aku tidak sabar nak berjumpa dengan dia esok.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now