3 - Kejar

259 27 2
                                    

Aku baring di atas katil sambil memikirkan masalah yang menganggu fikiranku sejak kebelakangan ini. Siapa yang menghantar benda-benda ini? Apa tujuan dia? Sengaja ingin mengacau aku atau sebaliknya? Cuaca pada malam ini sangat sejuk sehingga aku terpaksa memakai pakaian yang agak tebal untuk mengelakkan diri daripada terkena demam.Aku mencapai telefon yang berada di sebelah bantalku. Nampaknya sudah beberapa minggu, makhluk asing itu menghilang diri bagaikan angin di luar jendela bilikku.

--
Flashback

"Yah, Jungkook kau tak sejuk ke?" tanyaku sambil memandangnya atas bawah.

"Tak, kenapa? Kau sejuk ke?" tanya Jungkook sambil menikmati espressonya yang bagiku tak sihat kerana mempunyai kandungan caffeine yang tinggi daripada kopi yang biasa.

"Jinjja? Aku rasa sejuk gila." jawabku.

Aku keluar bersama Jungkook malam ni sebab dia sendiri ajak aku keluar. Entah kenapa aku setuju saja nak keluar dengan dia. Mungkin sebab dia akan pindah ke sekolah baru tahun depan dan aku akan kesepian, ugh. Aku tidak pasti, sama ada aku suka akan dia atau ini hanya perasaan yang biasa pada seorang kawan?. Soalan yang asyik berlegar dalam kepala sendiri membuat aku jadi frust.

"Kau okay tak?" tanya Jungkook.

"Okay je, kenapa?" balasku sambil mencapai telefon pintarku yang berada di atas meja.

"Takdelah, cuma kening kau daripada tadi asyik berkerut je macam menteri besar memikirkan masalah negara" kata Jungkook.

"Eh, yeke? Hehe, tiada benda la. Cuma memikirkan sekolah menengah mana aku akan pergi nanti".

--
Keesokkan pagi, aku menonton televisyen yang sedang menyiarkan rancangan bercuti ke Eropah dimana pengacara rancangan tersebut pergi ke tempat-tempat yang menarik di Eropah. Tiba-tiba sahaja, terlintas idea difikiran aku untuk pergi ke Eropah. Aku menelefon ibuku yang sedang berada di Australia dan meminta kebenarannya dan memberi 'sedikit duit belanja' untuk ke Eropah. Pada mulanya, ibuku diam sahaja dalam talian tetapi selepas beberapa saat, dia membenarkanku untuk ke Eropah. I'm so excited!

Aku mula memasukkan semua keperluan dalam beg bagasi yang besarnya sebesar alam. Well, nak pergi Europe mestilah bawa keperluan yang mencukupi. Tiket aku ke Europe ialah pada jam 4.00 pagi, aku membuat keputusan untuk tidur awal selepas mengemas barang-barang ke Europe.

Bunyi jam penggera membangunkan aku untuk bersiap-siap ke lapangan terbang. Aku berasa tidak sabar untuk ke Eropah. Aku mengunci rumah dan memastikan aku tidak lupa perkara yang aku patut lakukan sebelum bertolak daripada rumah. Aku menaiki sebuah teksi untuk ke lapangan terbang, sebenarnya aku lebih prefer menaiki bas daripada teksi kerana harga bas yang lebih murah tapi mana ada bas pukul dua pagi!

Setelah tiba di lapangan terbang, aku pergi ke tempat check-in beg bagasi untuk menempatkan beg bagasiku yang sebesar alam di dalam kapal terbang. Aku masih mempunyai masa untuk mengisi perutku yang kosong ini, lalu aku berkunjung ke sebuah cafe yang terdapat disitu. Aku memesan makanan nasi goreng telur dan minuman kosong untuk mengelakkan perutku meragam ketika berada dalam perjalanan ke Eropah. Selepas membuat pesanan di kaunter, aku duduk di meja berdekatan.

Ketika aku sedang menunggu makanan, aku terasa diriku seperti diperhatikan daripada jauh. Aku melihat sekeliling untuk mencari 'mata-mata' yang memerhatikan aku. Terdapat seorang lelaki yang memakai hoodie hitam sedang duduk di atas bangku di luar cafe. Lelaki tersebut segera mengalihkan pandangannya daripada aku , mungkin kerana sudah tahu yang aku sedar bahawa dia sedang memerhatikan aku.

Dalam fikiran aku terdapat banyak andaian, tetapi perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku ialah Jeon Jungkook. Entah kenapa fikiran aku mengatakan lelaki yang memakai hoodie hitam itu ialah Jungkook. Tanpa berfikir lanjut, aku segera bangun daripada kerusi dan keluar daripada cafe tersebut lalu menuju ke arah lelaki tersebut.

Sewaktu aku sedang menuju ke arah lelaki tersebut, lelaki itu segera beredar daripada bangku yang didudukinya tadi. Aku mengekori lelaki tersebut kerana dia sangat mencurigakan. Lelaki itu menyelit-yelit dirinya dalam kalangan orang ramai menyebabkan aku hampir hilang pandangan ke atasnya. Aku melajukan pergerakan kaki aku dan terus mencapai bahunya membuatkan dia terhenti disitu.

"Yah! Jeon Jungkook" getus aku kerana penat mengejarnya.

"Awak ni siapa?" tanya lelaki tersebut.

Nampaknya lelaki yang aku kejar tadi bukanlah Jeon Jungkook tetapi orang lain.

"Maaf Cik, saya salah orang" balas aku yang malu atas tindakan melulu aku tadi.

Announcement: Perhatian kepada penumpang pesawat FH011 yang menuju ke Eropah, pesawat anda akan berlepas sebentar lagi. Harap maklum.

Selepas mendengar pengunguman tersebut, aku bergegas ke pesawat aku dengan menepikan masalah tadi. Setelah sampai, aku menarik nafas lega kerana aku sempat menaiki pesawat tersebut dan aku juga merupakan penumpang terakhir yang belum sampai tadi. Aku duduk di atas kerusi dan mengeluh akan nasib malang yang aku hadapi hari ini. Tambahan pula dengan perutku yang lapar, membuatkan aku makin frust!

JUNG YEIN KENAPA KAU KEJAR LELAKI TADI?!

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now