8 - Serius

193 19 7
                                    

Jam handphoneku menunjukkan waktu 7.00 pagi. Perasaan gemuruh memenuhi kotak fikiran aku. Aku mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi. Aku memikirkan banyak perkara sewaktu berada di bawah pancaran air mandi. Dimaki pelanggan?Bos marah?Salah ambik order?Ada orang gatal? Aku menampar-nampar pipiku sambil melihat wajahku di cermin. Ah Jinjja! Yah Jung Yein, cuba fikir perkara positif. Atleast aku avoid datang lambat ke kerja pada hari pertama.

Selepas selesai mandi, aku mengenakan kemeja bewarna pink dan skirt pendek. Aku mengikat rambutku  dan memakai makeup yang simple. Aku melihat jam yang kini menunjukkan 8.15 pagi, aku segera keluar daripada rumah setelah menguncinya. Aku menunggu bas yang sepatutnya sampai pada jam 8.30 pagi tetapi sekarang dah pukul 8.40! Otoke? Aku sepatutnya sampai dekat tempat kerja pukul 9.00 pagi. Ahhhhhh! Kalau nak naik teksi, ada molek dekat kawasan ni. Okay, Jung Yein cuba bertenang.Tarik nafas dalam-dalam. You're not going to die today. 

Aku membawa keluar handphoneku daripada beg tangan dan menelefon Mr.Kim untuk memberitahu dia tentang situasi yang sedang aku hadapi ini. Panggilan pertama aku tidak diangkatnya, dia ni silence phone dia ke? Aku cuba menelefon dia untuk kali kedua, nampaknya dia mengangkat panggilanya kali ni. 

"Hello, Mr.Kim." 

"Ye saya, boleh saya bantu?"

"Ni saya Yein, saya nak cakap kat Mr.Kim yang saya akan lambat sebab bas yang saya tunggu sudah setengah jam tak muncul-muncul."

"Oh Yein, it's okay. Saya faham tetapi kalau boleh next time cuba elak perkara sebegini , okay?" 

"Okay! Terima Kasih Mr.Kim"

"Oh satu lagi. Panggil je saya Taehyung." 

"Okay, Taehyung. hehe" Aku mematikan perbualan telefon tersebut dan menghembuskan nafas dengan lega. Terasa macam hidup semula daripada mati. Aku ni acah kata dekat diri sendiri yang aku tidak akan lambat ke tempat kerja on the first day, sekarang tengok apa yang jadi! Ish. TBH bukan salah aku pun lambat. Salah bas ni, ugh. Nasib baik bos tak marah hehehe. 

Bas akhirnya sampai pada pukul 9.15 dan aku sampai ke tempat kerja pada pukul 9.45. Ia mengambil masa sebanyak 30 minit untuk sampai ke cafe ini daripada rumah aku. Aku masuk ke cafe tersebut dan mendapati ramai orang sedang menikmati dan menunggu pesanan mereka. Mr.Kim memanggil aku dan menyuruh aku untuk memakai topi dan apron cafe tersebut lalu mengambil pesanan pelanggan yang belum membuat pesanan. Aku rasa bersemangat untuk bekerja kerana perangai bos aku yang baik hati. 

Aku pergi setiap meja dan mengambil pesanan mereka. Nasib baik orang yang berkunjung ke cafe ni tidak mempunyai banyak karenah. Aku berasa seronok mengambil pesanan orang ramai walaupun berasa penat kerana terdapat ramai pelanggan hari ini. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun kami bekerja tiga orang, aku, Jin dan Mr.Kim tetapi daripada tadi Jin asyik memandang ke arah aku. Kalau pandang dengan senyuman takpa jugak, ni dengan pandangan slack diberikan kepada aku. Tidak puas hati barangkali. Aku ended up menghampirinya dan menanyakan ketidakpuasan hatinya. 

"Hey Jin, aku ada buat benda yang salah ke?" soal aku tetapi dia tidak memberi sebarang respon apabila ditanya. Dia terus membersihkan meja-meja yang ada disitu. Jinjja, this guy. Aku mahu menanyakan soalan yang sama sekali lagi tetapi ada pelanggan baru masuk ke cafe tersebut. Aku segera beredar daripada dia dan berjalan ke arah pelanggan tersebut. 

--

Setelah menyelesaikan semua kerja, Mr.Kim ingin menutup cafenya yang beroperasi daripada pukul 9.00 pagi sampai 7.00 petang. Mr.Kim memberi gajiku sebanyak $30, nampak sikit tapi banyak sebenarnya. Aku rasa bangga mendapat duit hasil daripada kerja keras aku sendiri. Sebelum aku balik, aku memohon maaf kepada Mr.Kim atas kejadian yang menimpa aku pada pagi tadi. Sewaktu aku menuju ke perhentian bas, aku berhenti singgah di kedai 8Shoppe untuk membeli candy yang sama. Ketika masuk ke kedai itu, aku melihat kelibat Jin. Mamat ni lagi. Menyampah aku. Aku keluar semula daripada kedai itu dan terus balik ke rumah tanpa membeli candy favorite aku.

Sewaktu berada di dalam bas, aku menangkap gambar selfie dan mengupload gambar tersebut ke Instagram dengan caption "What a day". Tiba-tiba ada mesej masuk daripada Michin. 

"Gwenchana. Fighting!" - Michin

"Thank you. Can I meet you?" - Jung Yein 

Mesej aku tidak dibalasnya. Mungkin dia tak nak jumpa aku untuk masa sekarang. Betulkah dia ni Jeon Jungkook? Hmm.... Pape je lah. Aku menelefon ibuku yang berada di Australia dan menceritakan pengalaman hari pertama aku bekerja. Aku juga menceritakan tentang perangai Jin yang menyakitkan hati. Pehal doh mamat ni. Ibuku menyuruh aku untuk cuba mendekatinya, mungkin dengan cara ini boleh menyelesaikan salah faham antara kami. Esok aku akan "cuba".

--
Keesokan harinya

"Hello Jin," kataku sambil mencuit bahunya.

"Hi," balasnya tetapi dia tidak memandang langsung ke arahku. Kurang asam tol.

"Saya ada buat apa-apa masalah ke?" 

"Ya" 

"Apa dia?" 

"Awak buat saya jatuh cinta dengan awak," katanya dengan muka yang amat serius. Biar betul mamat ni. Aku bermimpi ke? Dunia nak kiamat dah ke?. Aku berpaling daripada muka dia dan berjalanke arah kaunter. Tiba-tiba aku terjatuh ke atas lantai disebabkan permukaan lantai yang licin. Ah sakit. Jin menghulurkan tangannya kepada aku lalu aku menyambutnya dengan perasaan malu.

"Awak okay?" soal Jin kepadaku. Aku tidak menghiraukan soalanya itu dan segera menyambung kerja yang aku sedang lakukan tadi. Menyesal aku dengar cakap ibuku, ah jinjja. Aku pergi mengambil pesanan pelanggan yang baru masuk melalui pintu tadi.

"Ya Cik, nak pesan apa?" Aku memandang wajah pelanggan tersebut yang kelihatan agak familiar bagiku. Wait a minute, ini bukan ibu aku ke?!

"Hi Yein, anak omma"

"Ahhhhhhhh!!!!!!!" aku menjerit kerana terkejut. Terkejut sehingga aku sedar bahawa ini semua mimpi. Mukaku berpeluh seolah-olah aku berlari dalam rancangan Running Man. Fuh, nasib baik semua ini mimpi. Takkan la mamat Jin tu suka aku kan? Aku taklah selawa group perempuan TWICE tapi kalau suka aku jugak, apa salahnya? Hehe. Aku melihat jam dinding yang menunjukkan jam 8.30 pagi. Oh no.. aku dah lambat untuk bersiap, aniyaaa!!! Aku segera turun daripada katil dan bergegas ke bilik mandi. Ni la padahnya apabila gatal sangat, Jung Yein.


Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now