11 - Teman Lelaki

199 19 3
                                    

First love datang dan pergi tanpa aku sedar. Adakah salah aku sendiri kerana tidak menyedari akan kehadiran first love yang datang hadir disampingku? Atau salah first love yang sesuka hati keluar dan masuk dalam kehidupan aku? Hmm. Bikin frust.

Aku terlentang di atas katil memikirkan perjumpaan aku dengan Jungkook petang tadi. Perasaan aku bercampur aduk. Bagaikan aduan kek yang digaul tidak sekata.

--
Flashback

"Dah lama kan,tak jumpa?" soalku kepada Jungkook sambil melabuhkan punggungku di atas buaian bersebelahannya.

"Umm, yeah. Dah lama. Jadi, kau sihat tak?" soal Jungkook.

"Obviously. Jung Yein kot. Lagipun kalau tak sihat, kau takkan nampak aku muncul depan kau ni tau. Hehe"

Jungkook ketawa kecil melihat gelagat aku. "Kau tak pernah berubah kan"

"Nak kata aku tak matang ke,huh?"

"Kalau aku cakap ya? Hehe" sakat Jungkook. Dia bangun daripada buaian dan melihat jam tangannya.

"I need to go" kata Jungkook kepada aku.

"Eh? Lepaklah dulu. Tak sampai lima minit aku duduk atas buaian ni, lagipun dah lama kita tak jumpa" kataku sambil memandangnya.

"Sorry, Yein. Aku lupa yang aku ada hal lain petang ni, nanti kita jumpa lagi.Okay?" katanya sambil senyum ke arahku.

"Hmm.. kalau dah tak boleh dielakkan, jumpa lagi nanti. Promise me Jungkook."

"Promise. Aku pergi dulu ya? Jangan lupa mimpi aku" sakatnya. Ish. Perangai same je macam dulu. Ada hal ni la, hal tu. Macam-macam.

--

Aku tidak sempat untuk menanyakan semua perkara yang dilakukannya daripada awal lagi. Kenapa baru sekarang nak muncul? Ish. Wait, kenapa aku rasa geram sangat ni? Jungkook je pun."Jepun". Tak lawak okay Yein. Ughh pape je la!

Aku bangun daripada katil dan menuju ke bilik air. Orang kata dengan mandi dapat menenangkan fikiran, nampaknya memang betul. Aku siap karaoke dalam tu, pergh. Sedap betul suara aku nyanyi lagu "BTS - Blood Sweat & Tears" kekeke. Bolehlah lepas ni aku pergi audition dengan mana-mana entertainment, mana tau dapat. Oh! Cakap pasal menyanyi, aku terfikir pula tentang keputusan peperiksaan untuk kemasukan universiti yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Dengan duit gaji yang aku dapat tambah dengan omma appa punya duit, cukup untuk menampung perbelanjaan aku di universiti.

Di Woolim Arts School, selain mempelajari mata pelajaran yang wajib diambil, aku juga mengambil bahagian dalam bidang tarian. Macam-macam jenis tarian aku belajar tetapi aku hanya mahir dalam tarian tradisional dengan ballat je. Pada mulanya, aku tidak minat dengan perkara-perkara ini sampai terjadi peristiwa dimana kawan aku Ryu Sujeong mengajak aku turut serta dalam sebuah charity untuk seorang pelajar yang buta akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Kami mengadakan persembahan acapella+menari bersama dengan kawan-kawannya yang lain, tidakku sangka bahawa persembahan kami telah menarik perhatian ramai.

Video kami menjadi viral di youtube dan ditonton ramai. Disebabkan oleh itu, kami mendapat sumbangan yang banyak untuk menolong pelajar yang buta tersebut. Sejak daripada haritu, aku minat menyanyi dan menari kerana dengan bakat yang aku ada, aku dapat menolong orang lain yang memerlukan.

Tetapi omma dengan appa sangat menentang aku masuk ke Arts School, katanya tiada masa depan. Tetapi aku buktikan kepada mereka dengan menjadi pelajar cemerlang di Woolim Arts School sewaktu first year berada di sekolah tersebut. Jadi selepas mendapat keputusan peperiksaan, aku ingin menyambung pelajaran di Korea National University of Arts.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now