19 - Peluang

115 17 9
                                    

Bunyi jam loceng yang kuat seperti hendak meletup menyebabkan aku terbangun daripada tidurku yang lena.

"Eish,alarm ni" sungutku lalu menghentikan jam loceng itu. Menyesal pula aku set jam loceng itu malam tadi.

Tetapi memandangkan hari ini ialah hari Sabtu dan aku tiada kelas yang memerlukan kehadiran aku pun, aku decide untuk keluar berjogging di sekitar perumahan berdekatan.

Mencapai jacket dalam almari pakaian, aku keluar daripada rumah pada awal pagi.

Sebelum itu, aku tinggalkan nota kepada omma di pintu peti ais.

Sinaran mentari menerangi hari ini.

Aku mulakan jogging pagiku dengan mendengar lagu Run oleh BTS.

Dengan angin sepoi yang lalu melepasi mukaku, membuatkan aku rasa tenang. Tenang daripada segala masalah yang aku fikirkan dua tiga hari ni.

Bunyi jatungku berdegup jelas kedengaran seperti langit biru yang jelas terbentang luas di atas.

Tetapi ada suatu bunyi yang asing menganggu pendengaran aku, nak kata lagu BTS tak jugak.

Bunyi yang asing itu semakin lama semakin kuat bunyinya, dan bunyi tersebut datang daripada arah belakangku.

Aku toleh ke belakang dan mendapati seorang lelaki yang mengenakan hoodie hitam sedang belari pantas ke arahku. What the heck?

Rutin jogging aku itu tadi kini bertukar menjadi satu babak dimana seorang perempuan dikejar oleh seorang lelaki misteri berhoodie hitam.

Aku belari dengan sepenuh tenaga aku, seperti atlet Usain Bolt. Lelaki yang mengejar aku tadi semakin hampir.

Simpang masuk ke rumah aku semakin dekat tetapi lelaki yang mengejar aku tadi dapat menarik lenganku. Oh no, habislah kau Jung Yein.

"Lepaskan aku! Lepaskan! Tolong!" teriak aku meminta pertolongan sebelum terjadi apa-apa pada diriku.
Lelaki itu menutup mulutku supaya jeritan aku tidak didengari oleh jiran berdekatan.

Aku cuba melepaskan diri dengan kekuatan yang aku ada, tetapi ia menyebabkan aku terjatuh bersama dia.

"Aduh!" kataku sambil terbaring di atas jalan tar itu.

Kami berada dalam posisi yang agak janggal dimana aku berada di bawah dia dan dia di atasku.

Muka dia memang betul menghadapku.

Memang tidak salah lagi, that eyes,nose and lips."Jin?"

Aku tidak sedar bahawa itu dia disebabkan semuanya tersembunyi dibalik hoodie hitamnya.

"Ah, Yein. Mianhe" ujarnya.

Kami berada dalam keadaan yang senyap.

Tiada perkataan yang dapat diungkapkan daripada bibir sendiri.

Saling memandang mata satu sama lain.

--
Flashback

"Tak sangka kita dapat universiti yang sama," ujar Jin yang kelihatan gembira dengan berita tersebut.

"Hehe, kan?" balasku sambil tersenyum janggal.

"Um, Yein.... boleh tak aku nak cakap sesuatu?" soal Jin dengan nada yang serius.

"Cakaplah,  asalkan tak sarkastik macam kebiasaan kau" jelasku yang agak annoyed dengan perangainya itu.

"Sebenarnyakan, sejak melihat kelibat awak di Woolim Arts School aku rasa lain daripada lain.  Ia seperti cinta pandang pertama" luah perasaanya kepadaku.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now