10 - Kembali

193 19 3
                                    

Hari ni Jin tidak masuk kerja. Rasa kosong dan janggal apabila tidak mendengar sindirannya yang menyakitkan hati.

Bunyi pintu ditolak, ada seorang lelaki berpakaian hitam dan memakai topeng muka serta topi. Idol ke? Uish. EXO?BTS?GOT7?

Aku menuju ke meja dia untuk mengambil pesanannya.

"Nak pesan apa?" soalku kepada dia.

"Umm, satu caramel frappucino" katanya sambil memandang ke bawah. Pesanannya merupakan minuman kegemaranku.Aku tidak dapat melihat matanya.

"Okay, tunggu sekejapya" kataku. Aku pusing kebelakang dan menuju ke kaunter. Aku memberikan pesanan tersebut kepada Taehyung kerana tiada Jin untuk menguruskan pesanan.

Sementara itu, aku berdiri di belakang kaunter sambil memerhatikan lelaki tersebut. Bentuk tubuh badannya agak aku kenal.

--
Flashback

"Yein, cita-cita awak nak jadi apa?" soal Jungkook kepadaku.

"Tak pasti lagi la. Awak?" soalku balik kepada Jungkook.

"Your dream" kata Jungkook dengan membuat muka comelnya.

"Hyahh! Jinjja? Tak payah nak pickup line. Dah, jom sambung buat kerja khusus ni."

"Andwae! Malas doh. Kita sambung buat kerja khusus lepas kita makan okay?" kata Jungkook.

"Fine tetapi aku nak caramel frappucino je."

"Diet ke?" perli Jungkook.

"Ye, kenapa? Ada masalah? Huh," frust dengan Jungkook.

--

"Ini caramel frappucino awak" kataku sambil meletakkan minuman tersebut di atas meja.

"Terima kasih," katanya.

Aku kembali ke kaunter semula. Suara dia pernahku dengar sebelum ini. Hmm...

"Apa yang awak termenungkan tu, Yein?" soal Taehyung yang datang secara tiba-tiba.

"Eeee Taehyung ni, suka sangat muncul secara tiba-tiba"

"Bukan salah saya awak terkejut. Awak yang asyik termenung jauh. Fikir Jin ke? Hehe," sakat Taehyung.

"Taklah! Oh cakap pasal Jin, kenapa dia tidak masuk kerja harini?" soalku kepada Taehyung.

"Dia kata yang dia ada urusan keluarga," balas Taehyung.

"Oh,okay" kataku. Aku kembali semula memerhati lelaki yang berpakaian hitam tadi. Dia sedang menikmati minumannya.
Ketika itu, dia mendapat satu panggilan telefon. Gayanya agak serius dari cara dia terus bangun daripada kerusi lalu menuju ke pintu keluar. Dia meninggalkan duit di atas meja.

Macam-macam perangai manusia zaman sekarang huh.

--

Selepas habis waktu kerja, aku singgah sekejap di kedai 8Shoppe kerana cravingkan candy kedai ini.

Sewaktu masuk ke kedai tersebut, aku melihat orang yang sama yang datang ke kedai hari ini sedang berdiri di hadapan bekas yang penuh dengan candy.

"Dia ni tinggal berdekatan kawasan sini ke?" soalku dalam hati. Aku menuju ke arahnya.

"Hi" tegur aku.

"Oh,hi" balasnya sambil memandang aku dari atas hingga bawah. Tak ingat siapa aku. Mungkin.

"Ingat tak saya? Waitress cafe sebelah?" soalku kepadanya.

"Jung Yein eh?" soalnya semula.

Jap,mana dia tahu nama aku?. Hmm, oh! Tag nama pada baju aku.

"A'ah saya. By the way apa nama awak?" soalku kepada dia. Perasaan aku mengatakan bahawa lelaki ini merupakan kenalanku tetapi aku tidak dapat recall memoriku yang lepas.

"Umm..." Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Dia segera mengangkat panggilan tersebut lalu melambaikan tanggannya menandakan dia terpaksa pergi.

Soalan aku pada hari itu tidak dijawabnya tetapi nasib baik ada candy favouriteku yang membuatkan aku melupakan perkara tersebut.

Ketika menikmati candy sambil menonton rancangan Running Man, aku terpandang handphone aku yang berada di atas meja. Kepala aku terfikir untuk mesej makhluk michin tu.

Let's meet - yein

Selepas beberapa minit, mesej yang aku hantar tadi dibalasnya.

Meet at ur fav place. Saturday.5pm - michin

Fav place aku? Dekat mana tu? Aku ada banyak fav place. Hmm. Velocity cafe berdekatan sekolah aku tu ke?

--
Aku keluar daripada rumah dengan mengenakan sehelai dress putih dan make up yang simple.

Aku berharap yang lelaki yang bakalku jumpa ini ialah Jeon Jungkook dan bukannya orang lain.

Entah kenapa perasaan aku rasa rindu sangat kepada dia. Fikiranku juga selalu dipenuhi dengan dia jika ada perkara yang mengingatkanku kepada dia.

Aku menaiki bas dan berhenti berdekatan Woolim Arts School. Aku berjalan menuju ke Velocity Cafe yang terletak berdekatan.

Jam tangan aku menunjukkan jam 4.50 petang, aku tidak pasti jika aku berada di tempat yang dimaksudkannya. Aku harap yang aku betul.

Aku memerhatikan pintu masuk cafe itu sambil menikmati minuman aku tetapi perhatian aku beralih kepada seorang lelaki yang berdiri di luar cafe tersebut. Jin . Apa yang dia buat dekat kawasan ini?

Aku mencapai telefonku dan menelefon Jin namun panggilanku tidak dijawabnya. Dia silent handphonenya kot. Takyah la kacau dia, lagipun aku ada temu janji dengan Michin.

Aku melihat jam tangan aku sekali lagi. Sudah jam 5:30 petang. Mana dia ni? Aku salah tempat ke? Ah Jinjja. Aku ended up menelefon nombor Michin.

Kali ini dia mengangkat panggilannya.

"Awak dekat mana?" soalku namun tidak dibalasnya selama beberapa minit. Akhirnya dia menjawab soalanku.

"Between Woolim Arts School and Velocity Cafe," katanya lalu mematikan panggilan telefon.

Hmm... bukan dekat situ Taman Permainan ke? Aku segera keluar daripada cafe itu dan menuju ke tempat tersebut. Ketika itu, Jin yang aku lihat di luar cafe tadi sudah hilang.

Aku melihat ada seorang lelaki sedang duduk di atas buaian ketika aku sampai di tempat itu. Mukanya tidak dapat dilihat kerana kedudukannya yang membelakangi aku.

"Jungkook, awak ke tu?" soalku sambil berjalan perlahan ke arahnya.

Lelaki itu tadi memusingkan badannya dan menghadap aku. Aku tidak dapat percaya bahawa orang di hadapan aku ini ialah kawan lama aku, Jeon Jungkook.

"Hi awak" katanya sambil senyum. Mukanya yang comel tidak berubah langsung.

"Yaaaahh! Jungkook! Saya rindu awak tau," kataku sambil berlari ke arahnya dan memeluknya dengan erat.

"I miss you too, Jung Yein" kata Jungkook kepadaku.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now