24 - Dia

117 19 5
                                    

"Urgh!" keluhku lalu menghentak papan kekunci dengan kepala.

Nak tahu tak perkara yang paling dibenci student?

Bila.Assignment.Yang.Kau.Buat.Susah.Payah.DIREJECT begitu saja.

Aku dengan frustnya menekan ikon save lalu menutup laptop tersebut.

"Waktu-waktu macam ni, aku perlukan candy 8Shoppe," kataku sambil mencapai t-shirt dan jeans daripada almari.

Aku keluar daripada bilik dan menuruni anak tangga.

"Omma, Yein nak keluar jap. Nak beli candy," kataku sambil melepasi ruang tamu.

Tiada respon. Eh? Selalunya omma akan balas.

Aku undur semula dan mendapati omma sedang menangis di atas sofa."Omma,kenapa ni?"

"Ayah curang ke?!"

"Apa kamu merepek ni Yein? Omma tengah sedih tengok Scarlet Heart ni TT," ujar omma sambil memegang tisu.

"Hak eleh, ingatkan apa tadi. Yein pergi dulu ya," kataku sambil berjalan keluar.

--

Aku turun daripada bas yang aku naiki tadi."Yay, dah dekat dengan kedai 8Shoppe!"

Kakiku mula mengatur langkah untuk ke kedai yang dicat hot pink itu.

Tiba-tiba aku teringat benda kelakar ketika berjalan melepasi kedai-kedai disitu.

Masih jelas lagi pasal aku yang dahulunya masuk ke kedai dan menanyakan kerja kosong. Hampir 10 kedai dimasuki, namun nasib tidak menyebelahi aku. Disebabkan fed up, aku masuk ke Destiny Cafe dan berehat seketika.

Disitu la aku jumpa Jin sekali lagi bersama Taehyung yang pelik. Disitu juga aku mendapat kerja, rasanya Destiny Cafe itu memang destiny untuk aku. Bercakap pasal Taehyung, rindu pula bos aku yang pelik tu. Nak jenguk dia la lepas ni.

"Hi~," kataku sambil memasuki kedai 8Shoppe.

Seperti biasa, tiada orang di kaunter. Bukan bos aku sahaja yang pelik, owner kedai ni pun pelik orangnya.

Bekas-bekas yang berisi candy itu mula berkurangan disebabkan aku. Aku kena beli banyak disebabkan tahap frust yang dialami aku. Rasa chewy candy boleh membuatkan seseorang itu berasa tenang tau.

Plastik yang berisi candy itu aku letakkan atas penimbang. Berat daripada kebiasaan.

Loceng di atas kaunter aku tekan. Muncul la casher perempuan daripada bawah kaunter. Kali ini aku tidak terkejut kerana sudah biasa.

Aku menghulur duit kepadanya dan menerima bakinya semula. Walaupun agak mahal sebab aku beli banyak kali ini, aku sudah tidak kisah. Tapi sebelum itu, aku musykil pula dengan casher kedai ini lalu menanyakan dia satu soalan.

"Um,cik. Nak tanya boleh?" soalku sambil memandang dia.

Tiada respon lisan, hanya memberi anggukan sebagai tanda ya.

"Kenapa cik, um- duduk bawah kaunter eh?" kataku dengan ayat agak berlapik.

Dia memberi pandangan mata yang tajam lalu membetulkan cermin matanya."Sebab bawah kaunter ada-"

"Ada?" kataku dengan perasaan ingin tahu.

"ADA BAE SAYA-" katanya dengan muka bangga.

"Eh?!" ujarku pelik.

"Jangan mengarut, sambung kerja tu semula" kata seorang perempuan yang baru memasuki kedai tersebut.  Bos dia ke ni?

"Hehe, saya pergi dulu la ya" kataku sambil menolak pintu keluar daripada kedai.

--

Aku terus berjalan ke Destiny Cafe dengan perasaan excited nak jumpa Taehyung. Sebab bila jumpa dia, semula masalah boleh dilupakan sebab perangainya yang kelakar itu.

Sebelum itu, aku memakai topi supaya dia tidak dapat cam aku. Saja nak buat suprise, hehe.

Mata yang sedang memandang kehadapan, melihat kelibat dua orang yang aku kenal sedang berdiri di hadapan kedai tersebut.

"Eh? Tu bukan Soo Jung unnie ke? Dan lelaki itu..... Jin?" ujarku.

Aku terus berjalan tetapi dengan rentak yang perlahan melepasi mereka, dan dapat mencuri sedikit perbualan mereka.

"Kau tengah ugut aku ke sekarang ni? Huh?!" gertak Jin. Nampak macam sedang tercabar.

"Ya! Kenapa? Takut Yein tahu dan dia tak nak jumpa kau buat selamanya? Haha," balas Soo Jung dalam nada sarkastik.

Tahu apa? Benda apa yang Jin takut sangat kalau aku tahu?

"Tak guna kau perempuan!" kata Jin dengan nada marah.

"Pape je la. Kau lagi tak guna!  Kau upah aku jadi perempuan murahan! Aku takkan buat benda tu, tetapi disebabkan ekonomi keluarga aku yang tak menentu, aku buat juga" kata Soo Jung mempertahankan dirinya.

Plastik yang berisi candy itu tadi terjatuh di hadapan mereka berdua. Perhatian mereka beralih kepada aku.

"Yein? Kau ke tu?" kata Jin.

"Yein, apa yang kau dengar tadi- bukan" ujar Soo Jung cuba untuk mengawal keadaan.

"Apa dia?! Tak sangka kau, Jin! Kau rupanya yang upah Soo Jung untuk memerangkap Jungkook. Patutlah malam itu, kau datang haha. Nampaknya aku tertipu lagi dengan kau, bodohkan aku?"  Air mata mula mengalir akibat perasaan yang tidak menentu.

"Yein- aku boleh jelaskan," kata Jin sambil cuba menghampiri aku.

"Lupakan! Cukup! Penjelasan kau tidak lagi bermakna lagi. Aku kan bodoh.Buat apa nak jelaskan lagi kan? Haha, bye Kim Seok Jin. Have fun with your pretty lies," kataku lalu belari ke tempat perhentian bas.

"Yein!" jerit Jin.

"Ini semua salah kau perempuan!" kata Jin kepada Soo Jung.

"Pehal salah aku? Ini salah kau la, bodoh" kata Soo Jung lalu masuk semula ke dalam kedai.

Bodoh Yein. Kenapa kau senang sangat percaya orang? Kau tengok sekarang. Diri sendiri yang merana.

Aku menangis dalam bas macam orang gila. Tak sangka, orang yang rapat dengan aku buat macam ni. Rasa macam kena tumbuk tetapi bukan dekat muka tetapi dekat hati. It hurts.

Pulang ke rumah dengan keadaan macam ini, aku enggan. Aku pun pergi ke taman permainan dimana tempat aku berjumpa dengan Jungkook. Mungkin disitu, aku boleh menenangkan diri aku yang sedang mengalami perkara yang teruk ini.

Lagi teruk daripada rasa pahit ubat. Walaupun ubat itu pahit, ia menyembuhkan. Bukan macam perkara ini. Ia membunuh.

Aku berjalan turun daripada bas sambil dipandang pelik oleh orang lain. Perasaan aku sudah tidak kisah, bukan orang tu tahu masalah kita hadapi pun.

Air mata yang mengalir tadi tidak berhenti. Bila nak berhenti ni? Ugh.

Tiba-tiba terasa bodoh pula menangis sebab Jin. Entah-entah aku ni memang bodoh kot,haha.

"Jung Yein, buruk tau menangis macam tu," kata seseorang sambil memeluk aku daripada belakang.

"Jungkook?" kataku sambil memusingkan badanku dan mendapati suara itu tadi memang dia.

"Ish- aku memang buruk. Aku tahu,"

"Eh, merajuk pula. Meh sini," kata Jungkook sambil menarik tangganku.

"Nak pergi mana?" soalku sambil bangun daripada buaian itu.

"Nak pergi hati awak," katanya sambil memberi ciuman dibibirku.

Ommo. Pipiku mula kemerahan.

"Awak jahat, ish" kataku sambil memukul manja dadanya.

"Hm? Tak puas eh? Okay. Sekali lagi" katanya kepadaku.

"Tak boleh! Kalau nak, kejar saya dulu hehe" ujarku lalu belari sekitar taman permainan itu.

"Siap awak!," kata Jungkook lalu mengejar aku.

Thank you my first love for the first kiss.

Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now