6 - Pink

250 20 5
                                    

Selain pergi ke Eiffel Tower, kami melawat muzium yang terkenal di Paris iaitu Musee du Lourve yang menempatkan potret Monalisa. Aku dah lama berhasrat nak tengok cantik sangat ke wanita yang tidak berkening itu. Selain itu terdapat juga Venus de Milo, Egyptian antiquities (sphnix) dan sejarah tentang muzium itu sendiri. Kebanyakan lukisan/patung/ukiran di muzium ini tidak menutup bahagian yang terlarang, yang di bawah dan di atas tidak bertutup langsung! Aigoo. Kami menghabiskan separuh hari di muzium ini, muzium ini memang besar. Jiae berasa bosan kerana dia sudah melihat semua benda dalam muzium ini tetapi dia sanggup teman aku yang teruja tengok semua benda yang ada di situ. 

Selepas kami sudah habis teroka muzium tersebut, Jiae membawa aku ke kedai cenderamata di Carousel of Musee du Lourve yang berada bersebelahan Musee du Lourve ni. Bangunan ini  merupakan sebuah bangunan shopping complex. Aku membeli pelbagai cenderamata di kedai tersebut untuk dibawa pulang.

Selepas membuat pembayaran semua, aku memberitahu Jiae yang aku ingin membeli minyak wangi dan malam itu, Jiae membawa aku ke tempat yang paling terkenal dalam kalangan orang kaya iaitu Champs de Elysees. Untuk pengetahuan semua, Champs de Elysees ni adalah sebatang jalan raya sepanjang 2km dimana di kiri kanannya tu ada banyak kedai-kedai  mewah, bank dan cafe. Sewaktu aku sampai di kawasan tersebut, bangunan Louis Vuitton berdiri paling mewah kat sini, majoriti pelancong yang lalu jalan ni memang akan bergambar depan bangunan LV tu. 

"Yah Jiae , kedai minyak wangi banyak kat sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yah Jiae , kedai minyak wangi banyak kat sini. Kedai yang mana satu kita patut masuk?" tanyaku kepada Jiae. 

"Jom masuk kedai itu," kata Jiae sambil menunding jarinya ke kedai yang bernama Parfums Caron. 

"Okay," kataku sambil mengikut Jiae masuk ke kedai tersebut. 

Apabila masuk ke kedai tersebut, mata aku seolah-olah terbuka luas dengan sendirinya tanpa paksaan. Terdapat banyak botol minyak wangi yang terdapat dalam pelbagai bentuk yang agak unik. Bukan itu je, malahan baunya yang pelbagai, boleh dikatakan aku dah rambang mata masuk dalam kedai itu. 

"Weh Jiae, aku dah rambang mata ni. Boleh tak kau belanja aku semua yang ada kat kedai ni?" soalku kepada Jiae. Aku dah mabuk agaknya. 

"Gila kau! Boleh bankrupt aku kalau beli semua minyak wangi dalam kedai ni. Dah-dah pilih satu je, tak payah nak mengada sangat," 

"Aigoo, ahjumma ni. Fine, aku pilih satu je." Aku memandang sekeliling kedai tersebut dan mendapati sebuah botol minyak wangi yang bewarna pink menarik perhatian aku untuk membelinya. Sewaktu aku sedang mencapai botol minyak wangi tersebut, tangan aku berlaga dengan tangan seorang lelaki. Aku segera menarik tangan aku kerana terkejut dengan tangan tersebut, lalu aku memandang ke arah lelaki tersebut. 

"Sorry," kataku kepada lelaki tersebut. 

"Awak ni Jung Yein ke?" soal lelaki itu. 

"Ya, nama saya Jung Yein. Kenapa?" Macam mana mamat ni tahu nama aku pulak? Aku ni famous sangat ke? 

"Tak ingat saya dah ke? Saya satu sekolahla dengan kau," kata lelaki tersebut kepada aku. 

"Eh? Jinjja?" Aku memerhati muka lelaki tersebut. Memang betul kata dia. Dia merupakan pelajar di Woolim Arts School. 

"Awak ni Jin eh?Kim Seok Jin?! Yah! Apa kau buat kat sini?" 

"Kenapa? Kau seorang je ke boleh ada kat Paris ini?" soal Jin kepada aku. 

"Takdalah, cuma terkejut terjumpa kau kat sini. Lagi-lagi dalam kedai ini." 

"Aku sedang bercuti kat sini. By the way, kau nak minyak wangi tu ke?" soal Jin kepadaku sambil menunding jarinya ke arah botol minyak wangi bewarna pink itu. Soalannya membuat aku tertanya kepada diri sendiri, mamat ni minat warna pink ke?

"Tidak, aku usya je sebab warnanya yang lain daripada minyak wangi yang lain," kataku kepada Jin. 

"Okay, I'm taking this. See you later, Jung Yein." Dia pergi ke kaunter dan membuat pembayaran lalu keluar daripada kedai tersebut. 

-- 

"Yah kau nak beli ke tidak, Yein?" soal Jiae kepadaku yang sudah tidak sabar menunggu aku. 

"Araso, aku nak beli lah ni." jawabku sambil mencapai minyak wangi yang bewarna kuning yang baunya agak ringan kerana aku tidak suka memakai minyak wangi yang kuat baunya. Aku terus membuat pembayaran dan keluar daripada kedai tersebut bersama Jiae. Kami masuk ke dalam kereta dan Jiae memandu kereta ke sebuah restauran yang berdekatan kerana kami sudah kebulur akibat asyik berjalan di bandar Paris ini. 

Jiae membuat semua pesanan kerana aku tidak pandai menyebut nama makanan yang tertera pada menu yang diberikan kepada kami. Semasa menunggu makanan kami sampai, Jiae bertanyakan aku tentang lelaki tadi, Jin. 

"Kenapa kau nak tahu pasal Jin pula ni?" soal aku kepada dia. 

"Saja nak tahu 'school-mates' kau," balasnya. 

"For your information, Jin tu bukan classmates aku sebenarnya.So, aku tak tahu sangat tentang dia. Aku kenal dia pun sebab dia duduk sebelah aku waktu peperiksaan dalam dewan haritu." 

"Oh ye ke, jeez. Ingatkan ada cerita yang menarik tentang dia,"

"Aku cuma tahu rumours pasal dia je. Dengar cerita, dia tu misteri orangnya. Apa yang misteri,aku sendiri tak tahu." kataku kepada dia. 

"Mesti mesteri sebab dia beli botol minyak wangi warna pink" kata Jiae sambil menahan gelaknya. 

"Aigoo, this kid. Mana tahu dia beli untuk girlfriend dia walaupun aku tak tahu dia ada girlfriend atau tidak," kataku kepada Jiae supaya berhenti gelak tentang Jin. 

"Okay,okay." kata Jiae sambil cuba berhenti bergelak sakan.


Candy Jelly Love | Jung Yein ✔Where stories live. Discover now