BAB 14

9K 382 17
                                    

Dari pukul 8 pagi,lagi Mak Andam sedang sibuk dengan sesi make up dan berleter kepada Ezar."Susah betul nak make-up kamu ni,Mak cik dah naik geram dengan kamu ni!"bebel Mak Andam tersebut.

"Mak cik kalau tak payah make-up saya boleh tak?,lagi pun saya memang benci make-up ni,bukannya cantik pun!"balas Ezar.

"Dah tak de,tak de Mak Cik dah make-up kau lawa-lawa ni kau banyak songeh pulak!!"

"pfftt sabar je la..."

"Ni baru bertunang tau lepas tu korang kena nikah pulak,lepas nikah kena bersanding dan lepas tu makan beradab pulak!"ujar Mak Andam sambil menyapu berus make-up itu kepipi Ezar.

"Mak aii!! banyaknya kerja aku hari ni adus!! tabah la duhai hatiku..Mak Cik ni bulu apa yang Mak Cik sapu kat pipi saya ni?"

"Takkan la kamu tak tau apa benda ni?"soal Mak Andam kehairanan.

"Sebab saya tak tau la,saya tanya Mak Cik.."

"Ni namanya berus make-up la takkan tu pun tak tau!"

"Apa fungsi benda ni Mak Cik?"

"Banyak tanyalah dia ni..malas Mak Cik nak melayan"

"Aik!! kita tanya je pun,takkan itu pun nak marah?"

Mak Andam hanya mendiamkan diri dan terus melakukan kerjanya.Telefon milik Ezar berbunyi tanda mesej masuk."Apa mamat ni nak?,dah nak kahwin pun boleh lagi nak whatsapp bagai!"

"Assalamulaikum sayang dah ready ke for wedding ni?"-Farish

"Walaikumusalam,boleh tak jangan mengarut!!"-Ezar

"Eh..eh..betulah lagi beberapa jam lagi kita akan jadi suami isteri yang sah lagikan halal tau.."-Farish

"Eii...gatal! boleh tak jangan mengarut!"-Ezar

"Okey sayang bila dah jadi isteri tu janganlah melawan cakap suami tau!!"-Farish

"Eii..iyalah! dah jangan ganggu aku! rimas tau tak!"-Ezar

"Okey bye sayangku Nur Ezarra..my love muah..."-Farish

"Gatal punya mamat poyo!! sempat lagi nak mengacau aku!"Ezar terus meletakkan telefonnya pada meja solek tersebut.

"Mak cik.. bila nak habis make-up ni bosan laa!!!"keluh Ezar yang mulai bosan.

"Sikit je lagi ni!!"balas Mak Andam tersebut.

"Huwaa.. bosannya!!"

Mak Imah menapak masuk kedalam bilik anaknya seorang itu,"Dah besar anak aku ni dah nak jadi bini orang dah pun!"bisik hati kecil Mak Imah.

"Cantiknya anak Mak ni!,pandai Ani make-up Zara sampai cantik macam ni!!"puji Mak Imah sambil mencubit kedua-dua belah pipi Zara.

"Mak!! sakit la Mak!!"jerit Ezar.

"Nampak berseri je muka Zara hari ni..!"ujar Mak Imah dan melepaskan cubitannya.

"Seri?.. seri tu cahaya ke?.. muka Zara bercahaya ke Mak? Ehh jap Mak..Zara nak tengok cermin jap!"Ezar mengalihkan pandangannya pada cermin dimeja solek tersebut.

"Mak tak ada cahaya pun!,Ezar tengok muka ni dah macam hantu cina je Mak!! macam bersalut tepung je muka ni rasanya"Balas Ezar.

Pantas tangan Mak Imah mencubit pinggang Ezar."Boleh tak jangan nak mengarut!"ujar Mak Imah sambil menjegilkan matanya.

"Fuh!! seramlah pandangan Mak tu!!Aduh.. duh sakitnya tuh disini didalam hatiku!"ujar Ezar sambil mengukirkan senyuman.

"Imah!,anak kau dah bersiap ni"

"Terima kasihlah Ani!"balas Mak Imah.

"Sama-sama, nanti pukul 10 pagi kita jumpa tau,Aku nak balik mandi dulu.. badan dah melekit ni"ujar Mak Ani.

"Ermm.. okeylah.. "balas Mak Imah.

Mak Ani mula mengemas alat solek yang sudah berselerak."Zara kena ingat.. hari ni Zara akan jadi isteri orang dah!"pesan Mak Imah.

"Mak..sebenarnya Ezar ada benda nak bagitau Mak!"

"Apa dia nak? "

"Ezar tak ready lagi nak jadi isteri orang!,Ezar tak ready untuk semua ni Mak!!"balas Ezar.

"Zara.. cuba Zara pandang mata Mak ni..Mak nak Zara tenung mata Mak.."

Ezar merenung mata Mak Imah.Hatinya tiba-tiba dihuni rasa sayu.

"Kalau Ezarra sayangkan Mak please teruskan majlis ni..Mak tak minta apa pun pada Zara..tapi kali ni Mak minta sangat,Tolong teruskan majlis ni"pujuk Mak Imah.

"Baik Mak!"dengan hati yang tak rela dia terpaksa teruskan majlis ini,walaupun hatinya berat untuk menerima semua ini.

"Macam ni la anak Mak!"puji Mak Imah sambil mengusap kepala Ezar.

"Mah!!,Aku balik dulu tau!"ujar Mak Ani mencelah.

"Ani.. nanti jangan lupa datang balik tau"

"Ha.. okey aku balik dulu tau! Assalamualaikum!"Mak Ani mula mengorak langkah meninggalkan bilik tersebut.

Tiba-tiba Datin Ziera pula menapak masuk kedalam bilik itu."Zara..nampak cute dan cantik sangat"tegur Datin Ziera sambil menghampiri Ezar.

"Mana ada Mummy,biasa-biasa je ni"Balas Ezar dengan rasa rendah diri.

"Mummy tengok Zara ni bukan tak cantik,cantik tapi tu la suka sangat pakai macam lelaki sampai tak kenal yang Zara ni lelaki ke perempuan?.Mummy rasa kalaulah Zara macam ni dari dulu comfirm Zara dah kena kebas dengan orang lain kan? "puji Datin Ziera.

"Kalau betul la aku dari dulu berpakaian macam pompuan pun,belum tentu ada orang nak kat aku!,Ye la sebab lelaki kat kampung ni semua tau yang aku ni ada Taekwando...salah sikit mesti mereka akan fikir yang aku ni akan belasah diorang!"bisik hati kecil Ezar.

Datin Ziera mengeluarkan kotak cincin dari beg tangannya.Dia mengeluarkan cincin yang bertakhta permata itu dan menyarungkan pada jari manis Ezarra."Selamat menjadi bakal menantu Mummy dan Selamat pengantin baru Sayang.. "ujar Datin Ziera sambil mencubit pipi Ezar.

Datin Zeera melepaskan cubitannya dan terus berlalu dari bilik tersebut."Macam mana Zara!"ujar Mak Imah yang sejak dari tadi jadi penonton setia ketika Datin Ziera menyarungkan cincin itu.

"Macam mana apa Mak?"Ezar tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Mak Imah.

"Maksud Mak.. Zara dah ready ke nak jadi isteri orang!"

"Hah!!.. tak tau la Mak"

"Boleh pulak tak tau? okeylah Mak nak pergi uruskan dekat bawah tu,Zara duduk sini elok-elok jangan nak main pulak tau! puas Mak Ani tadi make-up Zara tau tak!"

"Baik.. menurut perintah!!"Ezar mengangkat tabik hormat kepada Mak Imah.

Mak Imah hanya tersenyum memerhati gelagat anaknya itu.

Ezar memerhati keadaan bilik tidurnya itu.Yang dihiasi pelbagai bunga-bunga.Cadar katil ditukar kepada warna putih dan merah.. kononnya lambang cinta la tu,warna putih tu pulak lambang kesucian cinta la apa la bla.. bla..tetiba pulak rasa tak ada mood..haishh

"Pfttttt!! bersabarlah,hari ni Aku rasa sengsara,mungkin esok Aku akan rasa bahagia pulak...Allah dah rancang sebaik-baiknya perjalanan hidup aku sukar atau senang aku kena tempuhi jugak.."

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now