BAB 11

10K 411 16
                                    

Farish menekan hon sekuat hatinya kerana bosan menunggu Ezar dalam kereta hampir 20 minit.Baginya menunggu perempuan bersiap adalah satu perkara yang melecehkan.

"Apa la yang pompuan tomboy ni buat? bersiap lama-lama pun bukannya cantik pun,macam lelaki adalah aku tengok!"bentak hati Farish geram.

Ezar berlari anak kearah tingkap dan menjerit sekuat hatinya."Hoi!! kau dah kenapa tekan hon kuat-kuat!! kau ingat ni rumah bapak kau ke? yang nak tekan hon kuat-kuat tu!"

"Ewah..ewah pompuan ni dah la lambat lepas tu nak marah kita pulak,memang nak ajak perang ni!"gumam Farish.

"Mamat ni sehari tak kacau aku memang tak sah! Eeeeee... bencinya!!"Ezar mencebikkan bibirnya.

Mak Imah yang kebetulan terdengar jeritan anak daranya yang seorang tu apalagi mulalah membebel."Zara kenapa jerit-jerit ni? buat malu je kalau orang kampung dengar anak dara Mak ni terjerit-jerit.!"

"Mak!! tengoklah bakal menantu mak tu perangai macam jebon!!.bukan nak panggil elok-elok,main hon je dia ingat Ezar ni kambing ke apa!"ngomel Ezar sambil memandang redup wajah Mak Imah.

"Biarlah! dia nak hon dah Zara lambat sangat jadi dia hon lah! dah pergi cepat kesian dia tunggu lama-lama dekat situ!"bebel Mak Imah.

"See mak suka sangat bela perangai budak 13 tahun tu mentang-mentang dia anak orang kaya!"

"Menjawab!! ni lagi satu budak 13 tahun yang mana nih?"ujar Mak Imah sambil bercekak pinggang.

"Siapa lagi tu bakal menantu Mak yang baik lagi alim tu laa!!"

"Pehal pulak jadi 13 tahun bukan ke si Farish tu sebaya dengan Ezar 27 tahun?"

"Shut!!!"Ezar mengangkat jari telunjuknya dan diletakkan pada bibirnya sebagai tanda senyap.

"Mak ni la malu la Ezar nanti bila dia dapat tau yang Ezar ni umur dah 27 tahun!!"

"Malu pasal apa pulak?"soal Mak Imah.

"Terasa diri ini tua la Mak!!"balas Ezar.

"Sedar pun diri tu tua!! tapi perangai tu tak mau nak berubah! kamu dengan Farish sebaya la..sebelum penampar ni lepas kat muka Zara baik Zara pergi turun sekarang!"ugut Mak Imah.

"Alaa..mak ni nak tampar Ezar pulak!"Ezar mendekati Mak Imah dan bersalaman.

"Nanti dekat butik tu jangan nak buat hal! mak tau je kamu berdua bergaduh,balik nanti siaplah Mak simpai kepala Zara tu!"

"Okey..okey Zara janji!!"balas Ezar menjuihkan bibirnya.

Ezar segera mengatur langkah dan terus masuk kedalam kereta Farish.Tiba-tiba gedegang! bunyi yang amat kuat kedengaran.

"Weh!! kau ni nak bagi tercabut ke apa pintu kereta aku ni?"gumam Farish setelah lama mendiamkan diri.

"Tenang dah laaa tak roboh pun la pintu kereta kau ni!"Ezar memandang dari atas hingga bawah dalam kereta tersebut.Namun tiada pulak tanda-tanda nak lingkup kereta ni cehh!! poyo je lebih saja nak uji kesabaran aku!.

"Kenapa kau lambat sangat nak turun? bersiap lama sangat ke? aku tengok tak adalah lawa mana pun! Ingatkan bersiap-siap lama-lama tadi tu.Cantik tak apalah jugak,ini tak macam lelaki adalah tak ada pun nampak kesan make-up ke apa!kekadang aku pun terpikir aku ni kahwin dengan lelaki ke perempuan!!"luah hati Farish.

Ezar yang dari tadi jadi pendengar setia bebelan Farish mula membalas "Kan aku dah cakap kalau kau tak nak kahwin dengan aku,kau boleh dipersilakan blah! jangan nak sibuk datang dan ganggu life aku, simple kan?"Ezar mula mahu keluar dari perut kereta tersebut.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now