BAB 9

9.8K 431 6
                                    

"Mak!! kenapa Mak mesti jodohkan Ezar dengan lelaki tuh! dah tak ada lelaki lain ke kat muka bumi ni sampai dia kena jadi laki Ezar!!"

"Amboi.. Zara.. Mak cubit karang baru tau! biarlah dia jadi suami Zara lagipun Mak tengok dia tu baik orangnya!"balas Mak Imah.

"Hishh...tak naklah Ezar kahwin dengan Mamat tu,dia tu kalau Mak nak tau perempuan keliling pinggang bukan keliling pinggang je Mak! ni keliling jari,tangan,kaki semua lah!!"

"Zara.. tak baiklah cakap macam tu! Mak tak kira,Apa nak jadi, jadilah Mak dah pilih dia jadi bakal menantu Mak!"

"Mak..huwaa..tak nak kahwin lagi Mak! "

"Tak nak kahwin..apanya? umur tu bukannya muda sangat,kahwin je la ni kira beruntung la Mak dah carikan pasangan untuk Zara..! "

"Tapi Mak! "

"Tak ada tapi-tapi! cukup hujung bulan ni Mak nak korang kahwin muktamad.!"ujar Mak Imah.

"Aku tak kira esok Aku kena jumpa Aiman,Aku kena minta tolong dia.Haish....tak rela Aku ada suami macam tu!! "bisik Ezar sendirian.

××××××

"Assalamualaikum Aiman...esok boleh tak kita jumpa..aku ada hal nak dibincangkan ni!"ujar Ezar dengan nada yang begitu serius.

"Walaikumusalam..boleh tapi perkara apa yang nak dibincangkan sangat tu"soal Aiman.

"Esok kau akan tau,sekarang tak ada masa nak main-main,Aku tengah serius ni!"

"Baik..tapi esok nak jumpa kat mana?"

"Esok kau jumpa aku kat kafe tempat aku kerja tu,aku nak kau datang masa waktu rehat Aku,boleh tak ni? "

"Insyaallah esok aku jumpa kau la! "

"Okey,aku pegang janji kau..jangan lupa tau..benda ni memang mustahak sangat-sangat! okey bye.. Assalamualaikum! "Ezar mematikan talian.

"Apa yang mustahak sangat! ke dia dah tau yang aku ni suka dekat dia?"pelbagai soalan mula menerpa dikotak fikiran Aiman.

"Haraplah..apa yang aku plan ni menjadi Aminn...!"Ezar menghela nafas yang panjang.

××××××

"Ezar kau menung apa tu?"soal Mia.

"Tak ada apalah! aku tengah tunggu kawan aku ni! "Balas Ezar.

"Kawan? Kawan kau yang mana? "

"Adalah.. Kau tak perlu tau pun! "

"Okey..Aku pergi dulu tau, tak nak lah ganggu kau kan!!! "seloroh Mia.

"Okey bye..! "balas Ezar yang masih menanti kedatangan Aiman.

"bye je..? haish mabuk cinta ke apa?"ngomel Mia dan terus berlalu pergi.

Tidak lama kemudian,mata Ezar memandang kelibat yang dinantikan sejak dari tadi.

"Hai Assalamualaikum..lama ke tunggu!"soal Aiman.

"Lama beb dekat satu jam dah aku tunggu ni! "perli Ezar.

"Opss..sorry la aku lambat sikit! banyak kerja la."

"Apa-apa je la..jomlah duduk ada benda nak kena bincang ni! "

Ezar dan Aiman memilih meja dibahagian sudut kafe kerana sedikit tenang berbanding dihadapan.

"Okey kita nak bincang apa erk!?"soal Aiman yang tidak sabar untuk tahu topik perbincangan mereka.

"Aku nak kau datang masuk meminang aku dan kita terus nikah!!"

"Hah!! kau biar betul Ezar..jap kau demam ke ni? tak ada angin tak ada ribut tetiba ajak aku kahwin dah kenapa? "ujar Aiman kehairanan.

"Kau nak tunggu angin dengan ribut datang baru boleh kahwin dengan aku macam tu ke maksud kau? "

"Tak ada la..tapi kenapa tetiba ajak aku kahwin!! "

"Aku terpaksa la..kalau mak aku tak jodohkan Aku,mesti Aku takkan mintak tolong kau!! "

"Jadi kau kahwin dengan Aku semata-mata untuk elakkan diri dari kahwin dengan pilihan mak kau la? "

"Yup..tapi tolonglah please..aku tak nak kahwin dengan pilihan mak aku!"

"Tapi aku tak ada duit la nak kahwin dengan kau! "

"Ala..kau ni pasal tu aku boleh tolong tapi satu je aku minta kat kau tolonglah setuju,aku dah tak tau nak minta tolong siapa lagi ni! "rayu Ezar.

"Perempuan lamar lelaki? wow...dah la yang lamar aku ni adalah crush aku sendiri."bisik Aiman sendirian.

"Woi.. jawablah setuju ke tak ni? "

"Tak apa nanti aku bagi jawapannya..tapi bagilah aku masa untuk aku berfikir! "

"Apa-apa je lah! tapi aku harap sangatlah yang setuju tau!!! "

"Tengoklah dulu macam mana? "

"Tengok apanya? Kau tau tak hujung bulan ni aku nak kena kahwin dengan lelaki tu!"

"Apa!!! cepatnya..! "terkejut Aiman dibuatnya.

"Sebab tulah aku suruh cepat-cepat bagi jawapan!! "

"Okey..!!"

Seorang lelaki yang dari tadi memandang Ezar dan Aiman.Pandangan yang penuh dengan perasaan cemburu.

"Ouh.. Patutlah beria-ia tak nak kahwin dengan aku..rupa-rupanya dah ada boyfriend..! Hish..buat apa aku nak cemburu,dia bukannya ada perasaan dekat aku pun!!"ngomel Farish dan cuba membuang perasaan cemburu itu jauh-jauh dari kotak fikirannya.

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now