BAB 7

10.6K 471 18
                                    

Sejak dari pagi tadi Ezar asyik termenung kerana sibuk memikirkan siapakah yang akan datang kerumahnya malam nanti.

"Mak kata orang tu special tapi siapa erkk!! Takkan Pak Cik Husni!! Ish tak mungkin..tak mungkin Mak nak kahwin dengan dia? tapi siapa yang special tu? ke Mak nak jodohkan aku kot! Eh..eh dah macam drama melayu pulak! Heheh.. ahhhh serabut kepala hotak aku nih uwaaa...! "

Nisha yang dari tadi memerhati Ezar yang tidak tentu arah.Sekejap termenung sekejap dia nampak Ezar garu kepala, sekejap cakap seorang diri,sekejap nampak macam nak menangis."haishh.. Aku tengok Minah sorang ni pun dah naik pening,apa kena la dengan dia tu mereng ke apa?"ngomel Nisha.

"Hei.. Ezar kau apahal weh dah macam orang hilang anak aku tengok sekejap termenung lepas tu sekejap nampak macam nak menangis.Kau kenapa? sekejap..jangan-jangan kau fikir tentang boyfriend kau kan? "Nisha sudah merapu.

"Oii!! lain kali kalau tak tau apa-apa jangan cakap tau! Aku tumbuk kang! memandai je tuduh orang ingat pakwe!"marah Ezar.

"Amboi garangnya ye..la.. Kau kenapa ada masalah ehh? "soal Nisha prihatin.

"Betul kau nak tau! "Ezar inginkan kepastian.

"Iye la.. Cepatlah aku nak tau ni!! "

"Aku tengah fikir siapakah yang special sangat tu! sampai Mak aku beria-ia sangat nak suruh aku balik awal hari ni
."Ezar menjadi musykil.

"Itu je..sampai kau berfikir bagai nak rak.Alaa.. Nanti kau akan tau jugak kan!"hairan Nisha dengan gelagat sahabatnya itu.

"Kau tau tak! Aku cuma takut Mak Aku nak jodohkan Aku tu je! Kahwin tu umpama mimpi ngeri bagi Akuuu!!"

"Ala.. kau ni kahwin je la apa yang susah sangat! Mak kau senang, Hidup kau pun bahagia kot! lagi pun aku dah bosan tengok kau jadi tomboy ni!"Nisha membuat kesimpulan.

"Cakap senang la Aku tak ready nak jadi isteri orang tau tak! Lepas tu nak kena jadi Mak orang lagi, Ishh.. Tak nak Uwaaaaa!! ehh kejap..kejap kau mengata aku tomboy..kau pun sama okey!"

"Ehh aku pulak yang dibabitkan.ishh... ish..teruknya kau ni! kalau betul la apa yang kau cakap tu. Aku doa sangat-sangat nanti bulan depan aku dapat kad jemputan perkahwinan kau ye Aminn!"Nisha menadah tangan.

"Weh.. Aku tak nak kahwin Uwaaa!!"rengek Ezar sambil memaut lengan Nisha.

"Mengadanya kau ni Ezar dah la pergi sana buat kerja nanti kau tu dah la balik awal!!"geram Nisha.

"Ermm.. baik bos! "Ezar mengangkat tangan ke dahi tanda tabik hormat sambil menjuihkan bibirnya.

Tidak lama kemudian seorang lelaki yang cukup dia kenali datang ke restoran itu.Siapa lagi kalau bukan Mamat Poyo yang sudah menjadi musuh Ezar selama ni!!

"Alamak!! Mamat pening tu ke! malas pulak nak layan! nak minta tolong Nisha..Nisha pulak tak ada keluar sekejap. Mia pulak cuti hari ini pekerja lain semua kat belakang berjemaah basuh pinggan tinggal aku sorang je kat depan ni jaga kaunter.Aduh!! Mentang-mentang hari ni tak ramai pelanggan semua pergi belakang nak curi tulang!"Ezar sudah jadi tak tentu arah.

"Ahhh...redah je la apa nak jadi, jadilah!"Ezar terus ke arah lelaki itu.

"Encik nak order apa?"soal Ezar.

"Saya nak order awak jadi suri hati saya boleh! "Lelaki itu membalas tetapi matanya memandang telefon bimbit.

Terbuntang mata Ezar.tak pernah seumur hidup dia dapat pickupline macam tu!

"Amboi nak bercia-cia pulak kat sini aku tumbuk jugak la jap lagi! "

Farish memandang kearah Ezar.Terkejut bukan main lagi..bukan apa Farish ingatkan tadi yang ambil pesanan dia itu adalah Mia. Rupanya seorang musuh dia.

"Alamak aku dah terbagi pickupline kat lelaki ke mesti dia fikir aku ni tak normal!! Aduhh!!mana nak letak muka Aku yang handsome ni"

"Encik ni okey ke tak? "Ezar bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Okey..saya okey ni mana pekerja yang cantik-cantik comel dan manis tu?"soal Farish.

"Ouh!! Mia ke? dia cuti hari ni sebab demam!"

"Ouh okey..! "

"Encik nak pesan apa? "tanya Ezar sekali lagi."Dia tak jawab soalan aku ni? tengoklah kalau dia tak jawab lagi aku blah terus!"

"Ermm..saya nak order jus oren je!"

"Okey sekejap lagi pesanan sampai!"Ezar berlalu pergi.

"Aduh!! Malu tahap gaban kot nasib baik dia tak kata apa-apa kalau tak mesti aku dah dilabel sebagai lelaki tak normal ataupun geng kunyit!"ngomel Farish sendirian.

"Dah kenapa dengan Mamat tu mereng ke apa! Nak pickupline kat sini nak mengorat orang pun tengok tempatlah muka aku ni ada macam muka Mia ke sampai tak reti nak bezakan orang lain dah! Ni la lelaki nak pikat perempuan je bagi pickupline! Nasib baik la pickupline tadi tu bukan untuk aku! Kalau untuk aku tadi memang dah kena penampar aku dah!bukan apa mana la tau terlebih ubat kot! "Ezar membebel.

"Kalau dah perempuan tu memang perempuan la tak sah kalau tak membebel"Adif yang dari tadi memerhati tingkah laku Ezar sambil tersenyum sinis.

××××××

Sebuah kereta mewah milik Datin Ziera mulai memakirkan dihalaman rumah Mak Imah.

"Dah lama tak datang sini! rindunya rumah ni! "bisik Datin Zeera sendirian.

"Assalamualaikum.. Kak Imah oh Kak Imah"Datin Ziera memberi salam.

"Walaikumusalam Ziera..masuklah!"Mak Imah muncul dimuka pintu.

"Farish jomlah naik takkan nak jadi penunggu dekat bawah ni! "ngomel Datin Zeera.Farish tak ubah seperti rusa masuk ke kampung.

"Ok.. Mummy! "Farish menurut sahaja kata-kata Mummy nya. Yang penting yang ada dalam fikiran dia adalah mahu berjumpa dengan gadis yang dia mimpikan selama ini itu sahaja

"Kak Imah.. Zara mana Kak? "soal Datin Ziera setelah melabuhkan punggung disofa itu.

"Zara belum balik kerja lagi la."balas Mak Imah.

Kini kereta Ezar pula masuk kehalaman rumah.Bunyi keretanya yang sengaja dikuatkan untuk mengusik Maknya namun tidak sangka ada tetamu pula.

"Anak dara sorang ni memang nak kena ni dah tau ada tetamu kat rumah ni pergi buat bising buat apa! masuk rumah nanti siaplah Mak ganyang kau Zara cukup-cukup! "ngomel Mak Imah dalam hati.

"Alamak kereta siapa nih! aduh mati la Aku kena bebel dengan Mak sebab buat bising! "Ezar keluar dari perut keretanya dan terus naik ke rumah.

"Assalamualaikum Mak! "terbuntang mata Ezar bila pandangan tepat pada kelibat yang cukup dia kenali.

"Walaikumusalam! "balas Mak Imah.

Ezar dan Farish mata mereka bertentangan.Banyak persoalan sudah bermain di fikiran mereka.Soalan yang belum tentu ada jawapannya.

"Apa lelaki ni buat kat sini! "pening Farish memikirkan.

"Apa Mamat poyo ni buat kat sini? waduh!"Ezar juga sudah pening.

"Datin Ziera..Farish.. ni Zara.. Nur Ezarra..!"Mak Imah memperkenalkan Ezar seperti baru pertama kali bertemu.padahal dah pernah jumpa sebelum ni.Ezar hanya tersenyum tawar.

"Apa!! budak ni sebenarnya perempuan! mati-mati aku fikir yang dia ni lelaki? Tapi apa motif dia jadi macam ni penampilan macam lelaki! eh tapi dia memang tomboy dari dulu la..tapi kenapa masa kat kenduri Farra lain cantik manis tapi yang ni...huish tomboy rupanya"bisik Farish sendirian.

Mak Imah membuka topi yang dipakai oleh Ezar.Terserlah rambut Ezar yang kian memanjang."Aduh!! Mak ni kenapa buka malu kot! "

"Baru nampak kecomelan Zara..bila buka cap tu!"puji Datin Ziera. Ezar hanya tersenyum.

"Zara pergi la mandi nanti pakai baju kurung yang Mak dah letak katil Zara tu."bisik Mak Imah pada Ezar.

"Apa?? Baju kurung lagi ke! Uwaaaa ni yang tak suka ni!! "keluh Ezar sambil menjeling Farish.

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now