"Ermm kalau macam tu pakai tudung.. Mak ada tudung jap Mak nak pergi ambik! "

"Pakai tudung pulak..Alamak!!"keluh Ezar.Mak Imah mencapai shawl yang berwarna putih dan scarf lalu diberikan kepada Ezar.

"Ni scarf dengan shawl Mak nak esok Zara pakai baju kurung dengan shawl ni faham.. Mak tak nak dengar apa-apa alasan dari mulut Zara faham tak!! "

"Tapi Mak Ezar mana la tau nak belit-belit tudung ni Mak!! kang belit-belit kang habis terjerut leher anak mak ni!!"

"Zara kan ada handphone jadi Mak nak Zara search je kat youtube cara-cara nak pakai shawl mudah je kan!"balas Mak Imah sambil mengangkat sebelah keningnya.

Sejak bila mak dah maju ni aku pun tak ada semaju macam tu akaun facebook pun aku tak ada tau.

"Iye la mak... "Huwaaa...sesiapa tolong la aku ini.

~~~~~~~~

Lantak la kau shawl dah dekat Dua jam aku belit benda ni tak jadi pun.Selepas siap pakai shawl ni aku memakai cermin mata aku dan terus keluar dari bilik.

"Erm.. Cantik pun anak Mak ni baru la nampak keperempuanan tu! "Tegur Mak.

"Cantik la sangat.. "

"Betul la.. Mari sini mak make-up dulu anak Mak ni! "

"Hah.. Tak nak la Mak cukup la pakai macam ni.."

"Pakai lipstik je tu bibir tu nampak macam pucat je"

"Lipstik je kan tak de benda lain kan.!"

"Iye la.. Sini la .."

Selepas siap sesi make-up aku dengan Mak terus bertolak ke Majlis kenduri dekat rumah Mak Ngah.

"Kenduri kahwin ke Mak! "

"Iye kenduri kahwin Zara!! "Ujar Mak selamba.

"Apa Mak!! Tak kira Ezar nak balik sekarang jugak! "Ujar Aku mula start kereta semula.

Mak terus mencubit lengan aku dengan kuat. aduh!!! Mak sakit la.....

"Tau pun sakit! Dah sampai ni tiba-tiba nak balik buat apa? "

"Ala.. Mak ni!! "

"Dah cepat jom keluar!! "

Fuyoo banyaknya orang dekat kenduri ni. "Siapa yang kahwin Mak!! "

"Farra yang kahwin!! "

"Farra yang mana Mak! "

"Farra mana lagi Farra yang selalu Zara buli tu la!! "

"Ouh Farra pendek ke Mak!! "

"Iye..Dah jom!!"

"Iye la.. "

Aku hanya mengekori Mak tiba-tiba aku terpandang seorang Mamat ni serta-merta Aku jadi bengang.Mak pulak kenapa ni tiba-tiba pergi dekat dengan Mamat tu.Aku hanya mendiamkan diri dan hanya mengekori Mak.

"Assalamualaikum Datin Ziera! "Mak memberi salam.

"Walaikumusalam Kak Imah!! Dah Lama dah jumpa Kak Imah! "

"Akak pun dah lama sangat tak jumpa Datin Ziera!! "

"Tak payah nak berdatin sangat la.. panggil Ziera dah la! "Ujar Datin Ziera.

"Ala.. "

"Ni anak Kak Imah ke.Ya Allah cantiknya dulu masa kecik-kecik kasar.. dah besar macam ni baru nampak cantik!! "puji Datin Ziera.

Puji ke aku rasa macam sindiran ada la.aku hanya berpeluk tubuh sambil mendengar Mak dengan Datin Ziera bersembang...

"Hah.. yang ni anak Ziera ke!"ujar Mak sambil memuncungkan bibir ke arah Mamat poyo tu.

Yang peliknya takkan la dia tak cam aku langsung.mungkin hari ni aku terlalu comel kot hari ni Uwerk..kuat berangannya aku ni.. Aduhh.. Tapi Best la pulak kalau dia tak cam aku nampaknya penyamaran Aku menjadi hahaha..

"Erm.. Memang anak saya pun Kak"

"Ye.. Ke makin handsome anak kau ni Ziera..!!! "
Apa mak makin handsome ke? aku tengok muka mamat ni tak ada la handsome sangat uwerkk..

"Tak ada Mak Cik biasa-biasa je!"Balas Mamat Poyo itu.

"Nama siapa? "Tanya Datin Ziera kepadaku.

"Ezar...Datin!! "Balas Aku.

"Ezar kenapa nama macam lelaki? "

"Nama dia Nur Ezarra tapi semua orang panggil Ezar!! "Ujar Mak mencelah.

"Ouh..! "

"Yang ni siapa nama pulak? "Kini giliran Mak tanya soalan kepada Mamat poyo tu!

"Nama saya Iman Farish..Mak Cik! "

Huh.. Nama Iman tapi perangai macam orang tak beriman langsung sombong poyo menyampah aku tengok.

"Ehh...kenapa berdiri kat luar ni jom la masuk dalam!!"Tiba-tiba Mak Ngah mencelah.

"Aaaa jom la masuk!! "Ujar Mak.

Kecil besar kecil besar je aku tengok Mamat poyo ni dari tadi tersengih-sengih tengok Aku.Kena penyakit sawan agaknya Mamat Poyo tu!!

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now