BAB 3

12.6K 586 42
                                    

"Menyampahnya dengan mamat sombong tu huh!! "jerit Ezar sekuat hati kerana cara itu saja yang dapat tenangkan fikirannya.

"Apa bising-bising tu Zara!!"jerit Mak Imah dari dapur nampaknya suara Mak Imah lagi kuat dari Ezar.

"Tak ada apa la Mak!!"balas Ezar selamba.

"Tu barang yang Zara dah beli tu bila nak bawak masuk?!! Mak nak masak ni!"Mak Imah bersuara lagi.

"Alamak macam mana aku boleh lupa ni??nanti jap Mak!!"

Ezar mengangkat segala barang dapur yang dia beli tadi ke dapur.Sempat dia memerhatikan Mak Imah memasak.

"Pandai pun Zara beli barang dapur!!"puji Mak Imah sambil melihat barang yang anaknya beli tadi.

"pandai la sangat!! sampai tomato dengan terung pun aku tak tau nak beza macam mana."gumam hati Ezar sambil mengukirkan senyuman buat Mak Imah.

"Err.. pandai sikit la! "

"Ni tolong Mak masak ni boleh tak?? "

"Boleh.. boleh..!!"

"Aaa.. cepatlah tolong mak ni tu tolong potong terung tu jap!! "arah Mak Imah.

"Nasib la aku tau benda warna ungu ni terung kalau tak habis la aku kena bebel dengan Mak aku. "monolog hati Ezar.

××××××

"Seperti insan biasa... Aku ingin bahagia mencintai dan dicintai tiada duanya..andai terlampau permintaan ku ini maafkanlah kasih....."

Ezar menyanyikan lagu dengan sepenuh perasaannya.Ezar memang gemar melayan lagu jiwang dan balada ini.

Nampak sahaja macam lelaki tapi hatinya masih lagi lembut dan mempunyai sifat-sifat kewanitaan."Iye lah bila aku menyanyi macam ni dapat la aku luahkan perasaan aku contohnya lagu ni sesuai sangat dengan cinta aku yang asyik bertepuk sebelah tangan je huwa... Sedih kot...sabar je lah!"monolog Ezar sendirian.

"Oi Zara kuatnya menyanyi lagu apa tu"ujar Mak Imah yang separuh jerit.

"Adalah rahsia..."balasnya sambil tersenyum kearah Mak Imah.

"Iyalah tu..mari sini ikut Mak masuk bilik sekejap.."arah Mak Imah.

"Ala..tak naklah Mak.."Ezar menolak.

"Apa!!! "ujar Mak Imah sambil menjegilkan matanya.

"Okey.. Okey Mak!! "Fuyoo seram kot tengok Mak buat mata macam tu.

Dia menutup sebentar lagu yang dimainkan lalu terus mengekori Maknya dari belakang hingga ke dalam bilik Mak Imah itu.Mak Imah mengambil sehelai baju kurung moden berwarna kuning dari sebuah kotak kecil.

"Mak nak buat apa tu? "soal Ezar kehairanan.

"Mak nak esok Zara pakai baju kurung ni esok!"kata Mak Imah.

"What!! Mak esok ada apa sampai Ezar kena pakai baju ni!"melopong mulutnya saat melihat baju kurung moden didalam kotak kecil itu.

"Esok ada kenduri dekat rumah Mak Ngah Zara jadi Mak nak Zara pakai baju kurung ni!"

"Tapi Mak..Ezar dah lama kut tak pakai baju kurung bagai ni! "

"Hah..melawan cakap mak! "

"Tak mana ada. "nafi Ezar.

"Mak tak kira esok nak ke tak nak ke Zara kena pakai baju kurung ni jugak!"Mak Imah memaksa Ezar supaya memakai baju itu.

"Mak tak elok la kalau Zara pakai baju kurung ni...cuba Mak tengok rambut Zara macam mana! macam lelaki kan.."ujar Ezar sambil menayang rambutnya.Macam-macam alasan yang dia cuba reka supaya tidak mahu memakai baju kurung.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now