BAB 2

14.3K 621 56
                                    

"Weh Zara aku suruh kau buat kerja aku tadikan kenapa kau tak buat!! "tempelak Dhia sambil menjeling Ezar.

"Aku.. Aku tak faham la macam mana nak buat kerja sekolah ni. "balas Ezar kemudian diam menikus.

"Alahai lembabnya kau ni!! tu la orang belajar kau pergi membuta tidur je dalam kelas! menyusahkan hidup orang je kau ni"kutuk Dhia lagi kepada Ezar.

"Aku minta maaf Dhia aku tak sengaja.."Ezar mencuba untuk membela dirinya.

"Banyaklah kau tak sengaja!! Eii.. geramnya aku!!Aku tak peduli..aku nak kau siapkan kerja aku hari ni jugak!! "

"Okey.. "balas Ezar akur dengan kata-kata Dhia sebentar tadi.



TIBA-TIBA pula fikiran Ezar terimbas semula cerita zaman waktu persekolahannya dahulu. Iya zaman yang dia selalu menjadi mangsa buli.

"Apasal la aku lembab sangat pergi ikut cakap Dhia tu kalau la aku jumpa dia tu rasa nak balas je balik dendam tu.Sakitnya hati aku bila ingatkan perkara tu balik.mungkin sebab tu jugak la aku berubah jadi tomboy macam ni iyalah bukan apa aku tak nak la asyik kena buli je.Tapikan... benda dah lama jadi kut masa tu aku darjah 2 bila aku naik darjah 3 terus aku berubah secara drastik dan belajar taekwando syukur sangat lepas tu tak ada orang nak buli aku lagi.Tapi aku pulak yang buli orang lain hehehe.."

"Zara jangan la asyik termenung je,duduk dekat tangga tu bukan dapat apa pun! baik tolong mak ni pergi kedai kejap beli barang dapur, Mak nak masak ni!! "celah Mak Imah yang tiba-tiba muncul bagi mematikan lamunan panjang anaknya itu.

"Ish.. Mak ni orang tengah termenung mengingatkan masa lalu lah Mak!"kata Ezar.

"Ooo..teringatkan masa lalu ke? sebelum senduk Mak kat dapur tu lalu dekat kepala Zara, baik Zara pergi kedai sekarang!!"Mak Imah sudah bercekak pinggang.

"Sekarang ke Mak!!"tanya Ezar inginkan kepastian.

"Sekarang la takkan esok pulak? kang tak makan tengahari nanti! "

"Erm.. Yela,mana list dia mak!?"

"Nah list dia ni dengan kunci kereta Zara sekali!! cepat tau jangan nak berangan bukan-bukan pulak ya!"ujar Mak Imah sambil menghulurkan senarai dengan kunci kereta Ezar sekali.

"Baik Mak!! "

Ezar memperbetulkan cermin matanya.Sebenarnya dia memakai cermin mata pun hanya kerana 'trend' bukan rabun betul-betul pun.

"Okey lets go...!! "bisik hati kecilnya.

××××××

"Ni apa benda yang aku pegang ni woi!! dah la bulat-bulat warna merah pulak tu. Yang belah sini warna Ungu pulak! yang belah sana warna hijau pulak.Huwaaa... Apa benda ni woi tolong la Aku.. Aku ni tau makan je mana la tau memasak ni.."Ezar menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sungguh bab memasak ini bukanlah dia menahu sangat.Tapi kalau makan memang dialah yang 'champion'.

"Encik nak apa ya.."tanya seorang wanita nampaknya macam pekerja dekat sini kot. Encik dia panggil aku.. Aku ni perempuan la.

"Saya nak terung ada tak??"soal Ezar pada wanita itu.

"Terung dekat sebelah sana Encik! yang Encik pegang tu tomato! "

"la.. tomato ke aku ingatkan kacang bendi la tadi..Ya Allah teruknya aku ni sampai benda simple macam ni pun Aku tak tau.Patut la Mak selalu bising! nampaknya aku kena la belajar memasak dengan Mak Aku."Ezar tersenyum sendirian mengenangkan nasibnya yang tak tahu bab memasak ni.

Selepas memeningkan kepalanya dengan membeli barang dapur yang banyak ini. Ezar terus singgah ke Cafe tempat dirinya kerja cadangnya nak minum sahaja.Dia sengaja meminta cuti pada hari ini bukan apa saja suka-suka nak cuti.Nisha pun okey je bagi izin untuk dirinya bercuti.Lagi pun dia dengan Nisha adalah kawan baik sejak dari kecil.

"Ezar!!bukan kau kata kau cuti sakit hari ni.. ?"tanya Mia kehairanan memandang Ezar yang tiba-tiba datang ke Cafe.

"Alamak apa aku nak jawab ni??"desis hatinya mulai resah.

"Aku baru balik klinik tadi lepastu pergi beli barang dapur sikit untuk Mak aku!"bohong Ezar.

"Ouh... Kau nak apa datang sini? "soal Mia mempercayai kata-kata Ezar tadi.

"Aku nak air boleh air teh O!! "pesan Ezar melabuhkan punggungnya pada kerusi itu.

"Tu je ke.. "tanya Mia lagi.

"Ermm.. "

"Kau tunggu la Air Teh O kaw kaw punya buatan Aku.Kalau aku buat tak pernah tak sedap tau!"Mia memuji diri sendiri.

"Ye la tu!!"Ezar membuat muka jelek.

"Iye....."balas Mia tersenyum lebar melihat wajah kawannya itu.Kemudian Mia meminta diri untuk pergi.

"Bestnya dapat rehat macam ni hua..hua.."bicara Ezar sendirian.

"Err jap..jap tu bukan Mamat poyo tu ke?? Alamak mimpi apa pulak dia ni tetiba datang sini pulak??"mata Ezar menjadi bulat apabila melihat wajah lelaki itu.

"Alaa...Ezar relaks je hari ni kau cuti! kau tak kerja jadi kau tak perlu la nak layan Mamat Poyo tu! Relaks....tarik nafas lepas tu hembus.. Fuh..."monolog Ezar sambil memandang lelaki itu tanpa lelaki itu sedari.

"Tak boleh jadi ni aku kena blah jugak la daripada tempat tu apasal la aku jadi gelabah macam ni bila tengok muka Mamat tu."

Baru sahaja dia ingin bangun untuk melangkah pergi dari tempat itu.Tiba-tiba pula terlanggar lelaki mana entah habis basah baju Ezar kerana tertumpahkan air.

"Woi tak nampak ker!! "marah lelaki itu.

"Alamak kau ni!! kau yang langgar aku dulu kot"Ezar membela dirinya.

"Kau..? Kau kan pelayan Cafe ni kan"ujar lelaki itu."Kau ni memang bawa masalah kan.Bila aku jumpa kau je mesti kau bagi aku masalah!"marah lelaki pada Ezar.

"Woi mulut jaga sikit erkk.Aku tampar kang jap lagi!"

"Kesah pulak aku..sekarang aku nak ganti balik air aku.!"Farish meminta gantirugi untuk airnya yang telah tertumpah itu.

"Masalahnya kau yang langgar aku dulu kan! apasal pulak aku nak kena bayar air kau!!"tempelak Ezar sambil memandang tajam wajah lelaki yang langsung dia tidak kenali.

"Ouh..lupa pulak orang macam kau ni mana la mampu nak bayar balik air aku ni kan!! biasalah kerja pun..kerja pelayan dekat sini"sindir Farish kepada Ezar.

"Woi mulut kau tu memang tak ada insurans erkk? ke tak mampu nak beli insurans.. lagi satu kau ingat dengan kekayaan kau sekarang ni boleh bawak sampai ke mati ke? tu kereta kau yang besar sangat tu...nanti nak usung jenazah kau tu bukan pakai kereta tu pun pakai van jenazah jugak nanti!! "ujar Ezar sengaja membuat lelaki itu sentap sedikit dengan kata-katanya bukan apa baru kaya sikit dah berlagak sombong.

"Geram je aku tengok!"jeling Ezar pada lelaki yang mulai mendiamkan dirinya.

"Apa bising-bising ni biy?"tanya seorang wanita yang tiba-tiba muncul dibelakang lelaki itu.

"la perempuan gedik mana pulak ni?!!"soal Ezar.

"Hey!! mulut you jaga sikit ye! sedap je kutuk I gedik!!"jeling Dhia kerana tidak berpuas hati dengan sindirin Ezar.

"Korang ni mesti suami isteri kan sebab tu perangai pun lebih kurang je!!elok sangatlah tu sorang poyo lagi sorang tergedik-gedik!"balas Ezar membuat andaian sendiri terhadap dua pasangan dihadapannya.

Tiba-tiba Farish mengangkat tangannya semacam nak pukul Ezar.Tapi dia membantalkan tindakannya bila melihat wajah orang yang berada dihadapannya seperti seorang perempuan.

"Kenapa nak pukul ke??"jerkah Ezar.

"Kau masih ada hutang dengan aku!"kata Farish sambil menuding jari dihadapan muka Ezar.

"Hutang apa? hutang air tu ke? memang tak la aku nak bayar!"Ezar tak mahu mengalah.

"Aku tak kira aku nak kau bayar jugak!!"marah Farish.

"Duit kau dah habis ke sampai tak mampu nak beli air lain?? "ujar Ezar tidak tahan dengan pertengkarannya dan terus berlalu pergi.

"Kau tak kenal aku lagilah.."kata Farish pada Ezar.

"Aku tak hingin pun la nak kenal kau!"balas Ezar tanpa menoleh lelaki itu lagi.

**********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now