Akhirnya Ezar tiba ditempat dia mencari rezeki ini.

"Biasa la kerja sebagai pelayan di cafe ni kena la datang awal-awal Aku nak jadi pekerja cemerlang! dulu masa aku sekolah aku ingatkan pelajar je kena cemerlang rupa-rupanya nak jadi pekerja pun kena cemerlang..ermm.."

"Hai Assalamualaikum Ezar awal datang hari ni! "sapa Nisha merangkap kawan dan Bos Ezar.

"Walaikumusalam well..aku pun nak jadi pekerja cemerlang jugak macam kau! "

"Hehehe..Ezar boleh tolong tak? "

"Tolong apa? "

"Tolong lap meja tu kejap..aku nak pergi cuci tandas boleh kan kau kan baik!"bodek Nisha.

"Banyak la kau punya baik!! habistu selama ni aku jadi jahat ke? "

"Bukan macam tu la.. "

"Habis tu..!! "

"Ala.. Kau ni please tolong la aku!! kata tadi nak jadi pekerja cemerlang gemilang terbilang!! dan lagi satu jangan ingkar arahan Bos!"kata Nisha sambil menjongketkan keningnya.

"Bila masa aku sebut gemilang terbilang tu? menambah pulak ayat aku,aku cuma sebut pekerja cemerlang je mana ada gemilang terbilang tuh!! "

"Hah yela.. Tak kesah la cemerlang ke apa ke tapi tolong aku sekejap je please...!"rayu Nisha.

"Apa-apa je la cepatlah!! "Ezar akur dengan kata-kata Nisha sebagai Bos nya.

"Ok thanks sayang kau Ezar!! "

"Eeee...pahal doh minah ni nak bersayang-sayang dengan aku pulak, Aku normal lagi kot werkk..wayar putus kot."bisik hatinya sendirian.

××××××

"Weyh Ezar tu ada pelanggan!! "kata Mia sambil memandang pada seorang lelaki yang berbadan tegap itu.

"Iye!!!"kenapa semua orang mesti jerit,aku bukannya pekak pun huh..

Ezar mendekati lelaki itu sambil sebuah buku nota kecil lalu bertanyakan kepada lelaki itu.

"Err.. Encik nak makan apa? "boleh tahan jugak muka Mamat kat depan aku nih tapi aku rasa tak de la handsome mana pun Arwah Bapak aku kot lagi handsome.

"Aku nak latte!!!"balas lelaki itu dengan riak wajah sombong.

"perghh!! kerek giler Mamat ni tengok cara bercakap pun tau perangai macam mana."

"Encik nak order apa lagi? "soal Ezar lagi kepada lelaki itu.

Tiba-tiba lelaki itu memandang Ezar daripada atas sampailah bawah.

"Lah..pahal Mamat ni pandang aku semacam je kalau nak rasa bangku ni kena dekat atas kepala tu buat la pandang aku macam tu."desis hati Ezar tidak selesa dengan pandangan lelaki itu.

"Awak ni lelaki ke perempuan? "tanya Farish kepada Ezar.

Psiko agaknya tanya soalan bukan-bukan macam tu..kau ingat ni kaunter pertanyaan ke..blah la malas aku layan Mamat ni.Ezar mendiamkan dirinya.

"Weyh aku tanya ni jawab la? "riak wajah Farish tidak berpuas hati kerana soalannya dibiarkan begitu saja tanpa ada jawapan.

"Iya.. Encik nak apa lagi kalau encik rasa nak tanya soalan apa-apa je sila tanya dikaunter pertanyaan,sini tempat makan bukan tempat untuk tanya soalan! "

"Tak payah la nak sombong sangat!! Kau tu bukan pemilik cafe ni pun! "tempelak Farish tiba-tiba.

"Encik pun sama nak sombong tu pahal!! bukan cafe Encik pun jadi tak payah la nak poyo sangat!! "geram Ezar melihat tingkah Farish itu.

Ikutkan rasa hati mahu sahaja dia hempuk kepala lelaki dihadapannya.

"Blah.. la kau!! "kata Farish sambil menjeling pada Ezar."Hekeleh nak tanya pun tak boleh!"gumam hati Farish sambil menjeling wanita itu.

Hak.. Ala Mamat ni aku cepuk jugak la kang jap lagi.Ezar segera berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

"Mia.. tu Mamat gila tu order latte nanti dah siap aku nak kau yang hantar! aku tak nak la tengok muka poyo dia tu!! "

"Ezar..sabar nanti Nisha tau masak kita nanti kena bebel"kata Mia dengan nada resah.Mia gadis yang sentiasa dengan tingkah yang lemah lembutnya oleh kerana itu dia menjadi kegilaan para lelaki.

"Lantak dia arhh..sombong sangat rasa nak bagi je penumbuk kat muka dia tu!"Ezar sudah mengempal penumbuknya.

"Ezar... Ezar... Dah la biar aku uruskan Mamat tu kau pergi duduk belakang tolong Nisha basuh pinggan. Lagi pun pelanggan tak ramai pun hari ni"arah Mia.

"Yela.. "Ezar akur kemudian dia pergi bagi melakukan kerjanya.

"Nasib kau terlepas kalau tak memang dah kena cepuk dengan aku tadi.Hai la Ezar macam la kau berani sangat nak cepuk orang nak tumbuk sambal belacan pun kau tak mampu.Adehh.."monolog hati Ezar sendirian sambil mengingati kejadian tadi.

********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now