BAB 1

31.4K 818 32
                                    

Kaki Ezar menapak perlahan masuk kedalam rumah nasib baiklah dia ada kunci rumah kalau tak memang alamatnya tidur diluar lah jawabnya.

"Hehehe.. line clear ni! Mak tak ada yes..!"sorak hatinya.Ezar memerhati keadaan sekelilingnya bukan apa takut Mak Imah yang muncul tiba-tiba saja."Masak la aku nanti!."bisik hatinya sendiri.

"Nur Ezarra!!!"jerit Mak Imah dari belakangnya. Mata Ezar sudah terbeliak kerana terkejut.

"Mana kau pergi ni hah!! Dah malam-malam macam ni baru nak balik.Awak tu dah la perempuan jangan ingat bila berpakaian lelaki macam ni Zara ingat dah boleh selamat ke??"bebel Mak Imah sambil menjeling tajam.

"Panggil Ezar la mak,Ezar...bukan Zara Zara tu macam perempuan la. "

"Hah!! menjawab!"Mak Imah menarik telinga kiri Ezar.Dia hanya mampu mengaduh kesakitan kerana telinga ditarik.

"Mak!!! auch sakitlah huwa..lepas la mak!!"

"Tu la menjawab lagi! ni makannya! dah pergi masuk dalam bilik tu!! "

"Baik la Mak.. tapi lepas la dulu kang capang jugaklah telinga anak mak ni!"Ezar merayu agar dilepaskan.

"Dah pergi masuk bilik kalau buat hal lagi sekali! siap la mak kerjakan kau Zara."Mak Imah melepaskan tarikan telinga anaknya tadi.

"Mak ni membebel mesti tak berhenti.."Ezar memuncungkan bibirnya sambil mengosok telingannya yang merah akibat ditarik tadi.

Kaki Ezar terus melangkah masuk ke dalam bilik lalu merebahkan badannya di atas katil.

"Ni semua Aliq punya pasal kalau la kau baiki kereta aku tu cepat-cepat mesti aku dah boleh balik awal.Dah la kereta tu satu-satunya harta benda yang paling aku sayang dan aku beli dari hasil titik peluh aku selama ni.Haishh melekit badan aku kut dah la nak pergi mandi kang bising jugak la kang Mak aku yang tersayang ni!"bebel Ezar sendirian bila teringatkan perkara tadi.

××××××

Kringgggg..........

Jam loceng berbunyi menandakan waktu untuk bangun paginya sudah tiba.

Ezar paling liat masa untuk bangun dari tidur lah.Ezar hanya memandang kosong ke arah jam loceng tersebut.

"What!!! Dah pukul 6 ke huwa.. Aku dah lambat nak pergi kerja ni"hampir melopong Ezar melihat jam loceng yang kecil molek tu.

Setelah selesai solat subuh Ezar terus menyarung topi kesayangannya itu dan memakai jam tangan yang dia beli.Ezar terus menuju ke dapur dan menyalam Mak Imah.

"Zara..Zara tak bosan ke asyik pakai macam ni T-shirt lengan pendek,Topi ni,rambut potong macam lelaki, ni lagi satu seluar jeans ni? berubah la nak.. Umur tu dah makin lama makin meningkat bukan menurun tau tak! mak pun teringin la jugak nak tengok anak mak ni kahwin.."tarbiah sentap Mak Imah dah mula lah.

"Mak!! siapa la yang nak kat anak Mak yang tomboy ni!"Ezar berdalih.

"Sedar pun yang Zara ni tomboy ingatkan tak sedar tadi tu la Mak dah pesan jadi perempuan bukan macam ni tomboy!"jerit Mak Imah.

"Mak jangan la jerit nanti pekak la telinga anak Mak ni kang!! "Ezar menekup kedua-dua belah telinganya.

"Tengok tu ada je alasan dia nak mengelak! "

"Baik Mak... Ezar pergi kerja dulu nanti bos Ezar bising la Mak!! "

"Hah ye la kerja baik-baik jangan nak curi tulang ye!!"pesan Mak Imah.

"Hah ye la bye Mak muahh..!!"ujar Ezar sambil memuncungkan bibir ke arah Mak.

Ezar menghidupkan enjin keretanya dan terus memandu dengan laju padahal bukan berlumba pun tapi benda ni dah biasa dia buat bawa kereta laju-laju mengalahkan pelumba F1.Apa nak jadi tak tau le..

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now