BAB 44

5.9K 193 0
                                    

Seni ukiran halus yang terdapat di dinding tersebut, disentuh lama. Kesenian bahasa arab itu benar-benar menarik perhatiannya.

"Adik, jom masuk dalam. " kelekaannya mengamati setiap seni halus itu terbantut apabila terdengar suara Danial dari belakang. Saffrina tersenyum manis.

"Abang, sebenarnya kita ada dekat mana ni? Cantik la tempat ni. Cantik sangat." Soal Saffrina sambil kakinya melangkah seiring dengan Danial.

"Kalau nak tau, ni lah Al-Hamb
ra. Salah satu bangunan yang paling terkenal di Granada. Kau nak tau lebih terperinci tak? Aku nak story. Maklumlah, Granada ni kan tempat favourite aku. So, aku tau la jugak pasal Granada ni."Luah Danial teruja. Niat asalnya hanyalah ingin membuatkan Saffrina lupa akan masalahnya buat seketika.

"Ouh really? Boleh jugak." Saffrina juga turut teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bangunan bersejarah itu.

"Al-Hambra. Maksud dia warna merah dari tanah liat yang diorang gali untuk membina tembok Al-Hambra nih. Actually, Al-Hambra ni dulu adalah sebuah istana. Dikenali sebagai Istana Merah." Terang Danial dengan terperinci.

"Istana? Wow." Saffrina kagum.

"Bukan istana je, macam-macam lagi kegunaan Al-Hambra pada orang muslim di sini. Contoh macam masjid kalau aku tak silap. Lepastu kompleks silam kerajaan Moor Granada. Al-Hambra ni jugak jadi tempat tinggal bagi raja-raja muslim Granada dan mahkamah mereka. Tapi tu semua dulu la. Sekarang nih diorang tukar jadi muzium." Terang Danial lagi sambil kakinya berjalan menuju ke suatu ruang.

"Ermmmm. Banyak ae kegunaan Al-Hambra ni. Aku tak pernah nampak pun reka bentuk dan seni bina bangunan yang cantik macam ni." Balas Saffrina lagi.

"Bukan kau je yang kata cantik, tapi semua yang pernah datang sini kata benda yang sama sampaikan novelis Washington Irving pun mengakui benda yang sama. Punyalah kagum dengan kecantikan seni bina Al-Hambra  ni, dia telahpun hasilkan sebuah koleksi kisah cinta yang berjudul Tales of the Al-Hamra. Dia jugak hantar surat dekat kawan dia kata Al-Hamra adalah kota yang paling indah pernah dikunjungi dan terletak di lokasi lanskap yang paling cantik."

"Novelis Wash apatah, siapa tu? Tak kenal pun." Sekejap saja Saffrina sudah lupa dengan nama novelis yang disebut Danial tadi.

"Dia terkanal dengan penulisan dia. Tajuk buku tu kalau tak silap The Legend of Sleepy Hollow. Abakaikan. Kau bukannya kenal pun." Malas Danial menerangkan dengan lebih terperinci, adiknya itu bukan suka membaca pun. Sudah terang-terang dia takkan kenal.

"Tau tak pa. Ermmmm..ada lagi tak yang menarik pasal Al-Hambra ni?"  Ilmu lanjut masih lagi ingin digali.

"Ermm ada. Ini yang paling menarik. Al-Hambra ni dibina untuk mencerminkan keindahan dan kecantikan Syurga. Sebab tu la, Al-Hambra dikatakan sebagai 'Syurga Dunia'. Walaupun hakikatnya memang mustahil la nak sama kan?" Kening sebelah diangkatkan sedikit sebelum berlalu pergi.

"Mungkin mereka nak orang tau bertapa indahnya syurga  melebihi kecantikan yang ini, kan?" Soal Saffrina lagi. Danial sekadar mengangguk.

"Satu lagi benda yang kau perlu tau, Al-Hambra ni dibina oleh tokoh seni bina islam terdahulu.  Sebab tu la Al-Hambra ni jadi satu bukti bahawa islam juga pernah melahirkan tokoh seni bina yang hebat." Kali ini hidung Saffrina pula dicubit mesra.

"Membuktikan juga bahawasanya, tokoh islam tidak mundur dalam ilmu dunia, kan?" Sekali lagi Saffrina memberi pendapat sambil berlari dan lantas memaut lengan sasa Danial. Danial sekadar tersenyum. Senang hatinya melihat Saffrina yang mulai ceria kembali.

"Lapar tak? Jom makan?"

"Jom."

Seharian Danial dan Saffrina menerokai kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Kota Al-Hambra. Menikmati makanan yang enak di Al-Hambra Palace Restaurant dan seterusnya bersiar-siar di kawasan yang berdekatan. Sempat juga mereka singgah di Monumen Al-Hambra dan Generalife.

Pada malamnya pula, masing-masing ingin melepaskan lelah dengan hanya bersantai di dalam bilik hotel yang menjadi pilihan iaitu Al-Hambra Hotel Manama. Melawati seluruh ruang dalam Muzium Al-Hambra yang berkeluasan 142,000 meter persegi benar-benar meragut kekuatan badan mereka.

Keindaan Granada pada waktu malam di nikmati sepuasnya. Mata Saffrina tidak berkelip melihat keindahan bumi Granada di Spanyol itu. Tidak pernah disangka bahawa Spanyol turut mempunyai tempat yang amat menarik untuk dilawati oleh para pelancong. Di hati. Pujian terhadap yang maha Esa tidak putus-putus.

Dalam pada wajah manisnya mengukir senyuman, tiba-tiba saja air matanya gugur. Beberapa saat kemudian esakan kecil kedengaran. Semakin kuat dan kuat. Akhir sekali, badannya melorot diatas lantai balkoni.

Saffrina menagis semahu-mahunya. Tidak ditahan tangisnya. Sudah tiga hari dia berada di bumi Spanyol dan sudah tiga hari juga dia berlagak kuat di hadapan abangnya.

Namun dia sedar. Dia mampu untuk menipu semua orang disekelilingnya, tetapi dia tidak akan pernah mampu untuk menipu dirinya sendiri. Hatinya sakit. Hatinya luka parah. Parah akibat rindu terhadap suami.

Sayangnya terhadap Shahmien amatlah besar. Meski tidak setanding sayangnya pada kedua ibu bapanya dan juga tidak sehebat sayangnya kepada Allah s.w.t, namun dia terap takut untuk kehilangan Shahmien meski itu yang bakal dirempuh.

😢😢😢😢

Granada....tringinnya nak jejak kaki dekat sana..

Segala ilmu berkaitan Granada nih, sis ambik kat abg google dan jugak dlm rncangan jalan² mkn angin..

Kalau ada yg salah tu, sorry la yerr...

Komen and vote okey..

Typo tuh buat x nmpak jaa..

😘😘😘😘😘😘

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang