BAB 39

6.5K 186 7
                                    

Huluran tangan Shahmien disambut dan disalam horman sebelum dahinya dikucup lembut. Sudah seminggu lebih mereka solat subuh, maghrib dan insyak berjemaah. Tidak ada seharipun yang tertinggal. Zohor dan asar pula berjemaah pada hari ahad sahaja iaitu hari cuti buat Saffrina dan semestinya Shahmien.

Usai berdoa kepada yang maha Esa, senafkah al-Quran dicapai. Setiap kali usai solat maghrib, Shahmien akan menjadi tok guru kepada Saffrina dalam membaca ayat suci al-Quran sementara menunggu waktu insyak. Segala kesalahan yang dibaca Saffrina akan ditegurnya.

************

"Abang buat apa tu?" Soal Saffrina kehairanan melihat gelagat Shahmien seperti mencari sesuatu di bawah kabinet televisyen yang bersaiz 48 inci itu.

"Eh, sayang. Abang tengah cari ubat nih. Tak jumpa-jumpa" balas Shahmien dengan senyuman yang tidak pernah lekang di wajah.

"Ubat apa? Abang sakit apa?" Saffrina mula gelisah. Shahmien sakit? Terukkah sakitnya.

"Aha, abang sakit. Abang sakit rindu dekat sayang. Sayang ada tak ubat untuk sembuhkan?" Pipi Saffrina dicubit manja. Setiap saat bersama Saffrina, ada saja ayat pickup lines yang dibuatnya.

"Ouh...sakit tuh. Sayang tau ubat apa yang abang perlukan." Saffrina yang sering terkena dengan ayat cia dari sang suami mula timbul mentol bercahaya diatas kepalanya.

"Ubat apa?" Kali ini Shahmien pula kebingungan. Ada ke ubat untuk sakit rindu.

"Ubat jenis psikoterapeutik. Salah satu contoh ubatnya adalah barbiturat. Sesuai sangat la dengan abang." Ketawa kuat dilepaskan. Puas hatinya dapat mengenakan suaminya sendiri.

"Kenapa pula? Apa kaitan sakit rindu dengan ubat sakit jiwa tuh?" Sekali lagi Shahmien bingung. Kepala yang tidak gatal digaru seketika.

"Ya la. Barbiturat tu ubat penenang. Kalau siapa yang makan atau disuntik dengan ubat tuh, mesti akan tertidur. Jadi sama lah. Kalau kita ada sakit rindu, mesti kita tak boleh duduk tenang. Sebab tu la barbiturat adalah ubat yang paling mujarap." Panjang benar penjelasan Saffrina yang boleh diterima dek pemikiran tetapi tidak dek akal.

Shahmien tergelak kecil. Tidak menyangka isterinya mampu mengenakannya semula dengan fakta. "Ha! Jumpa pun." Tiba-tiba  Shahmien bersuara. Barang yang dicari telahpun ditemui.

"Jumpa apa? Ubat barbiturat ke?" Tawa Saffrina masih lagi bersisa.

"Abang tak perlukan ubat tuh. Sebab ubat untuk sakit rindu abang dah ada depan mata." Hidung Saffrina yang tidak terlalu penyet mahupun mancung dicubit manja.

Wajah putih Saffrina mulai memerah. Blushing terus pipinya akibat malu.

"Malu la tuh. Sebenarnya, abang cari benda alah ni." Sebentuk cincin belah rotan ditayangkan pada wajah Saffrina.

"Cincin? Siapa punya?" Saffrina aneh. Seingatnya dia tidak pernah mempunyai cincin yang bergitu. Jika bukan miliknya, siapa lagi. Takkan Shahmien pula. Itukan cincin untuk kaum hawa?

"Ini bukan cincin sayang kan?" Soal Shahmien ingin menduga.

"Ermm..bukan." Dengan yakin Saffrina menjawab.

"Kalau macam tuh, ni cincin bakal madu sayang la. Kan?" Suka benar Shahmien mengusik isterinya yang memang kuat cemburu itu.

"Abanggg...." renungan tajam terus menikam wajah tampan Shahmien.

Terbahak-bahak Shahmien ketawa apabila merah pada wajah Saffrina semakin terang. Dah macam udang bakar pun ada.

"Takda lah. Dulu abang beli cincin ni untuk sayang. Meh jari. Abang nak pakaikan." Tangan Saffrina dicapai lantas cicin tersebut disarungkan. Sebuah kucupan dihadiahkan di dahi Saffrina.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now