BAB 48

6K 166 0
                                    

Datin Vida menghempas kasar punggungnya di atas katil. Rasa marah yang ditahan sedari tadi terasa mahu meletus. Tidak sangka dia akan bertemu dengan pasangan suami isteri itu di rumah Shahmien.

"Aunt, saya kenalkan. Ini mertua saya. En. Adnan dan Pn. Melur." Masih terngiang lagi kata-kata Shahmien sebentar tadi di telinganya.

"Shah tu menantu korang rupanya? Herh! Tak habis-habis nak sakitkan hati aku." Datin Vida berkata sendiri. Dendam yang pernah terpadam mula membara kembali. Hatinya membengkak apabila mengenangkan peristiwa lampau 23 tahun lalu.

"Aku akan balas dendam Melur. Itu sumpah aku!" Datin Vida berkata tekad. Kehancuran hatinya 23 tahun lalu akan dituntut bela. Jika tuan badan tidak merasa, anaknya saja sudah cukup. Bibir Datin Vida mengukir senyuman jahat.

************

"Abang, saya risau la. Macam ada benda yang tak elok akan jadi." Resah di hati tuanya diluahkan kepada En. Adnan.

"Awak cakap macam tu sebab kita berjumpa dengan Vida kan?" En. Adnan mula menyerkap jarang. Mujur saja hasilnya benar.

"Entah la bang. Saya betul-betul tak sedap hati lepas jumpa dia tadi. Mata dia tuh. Saya nampak penuh dengan dendam." Hati yang gundah tidak mampu dipujuk dan ditenangkan.

"Awak jangan fikir sangat lah. Benda tuh dah lama lepas. 23 tahun dah. Lagipun, bukan salah awak." Bahu Pn. Melur diusap lembut. Kasihan dia melihat keadaan isterinya. Kawatir dan risau jelas ketara pada riak wajahnya.

Jika ada orang yang perlu dipersalahkan, dia lah orangnya. Bukan Datin Vida mahupun Pn. Melur. Dua insan itu tidak ada salah apa-apa. Dia saja yang bodoh. Tidak mampu berfikir dengan bijak suatu ketika dahulu.

*******

Misya berjalan tenang saja di tengah-tengah pusat membeli belah itu. Asyik dengan kerja saja, sesekali keluar shopping bagus juga. Hampir dua ribu ringgit duitnya digunakan. Beli itu dan ini.

Kaki Misya terhenti dari melangkah apabila terlihatkan perkataan SALE. Kakinya sudah bersedia untuk melangkah masuk ke dalam kedai tersebut, tetapi langkahnya terhenti apabila ada tangan yang menarik lengannya dari belakang.

Kepala beserta badannya terus menukar arah menghadap si penarik lengan. Matanya membulat besar. Darahnya juga terus menyirap naik hingga keatas kepala.

"Kau! Eh, kau ni memang wujud dalam dunia ni untuk sakitkan hati aku saja ke hah?!! Main tarik je lengan aku. Kau ingat tangan aku ni apa? Tali, boleh tarik-tarik?" Misya terus menghambur kasar. Mulutnya langsung tidak mampu dikawal apabila berhadapan dengan Firman.

"Kau nih boleh cakap bagi lembut sikit tak? Nak melenting je kerja kau kan?" Firman mula baran. Kena sound depan public, sapa tak malu.

"Aku melenting bila aku terpaksa berhadapan dengan kau, LALAT!" Hidung mancung Firman ditolak menggunakan hujung jari telunjuknya sambil perkataan lalat ditekankan.

"Lalat ke, nyamuk ke, ada aku kisah? Nih, aku ada benda nak cakap dengan kau. Jom kita minum dulu. Kebetulan dah jumpa kau dekat sini." Firman langsung tidak perduli dengan kata ganti nama yang diperolehi. Selepas hidungnya, hidung Misya pula diperlakukan dengan perkara yang sama sebanyak dua kali sambil menyebut perkataan 'lalat' dan 'nyamuk'.

"Kebetulan? Betul ke kebetulan? Atau kau yang ikut aku?" Padu Misya memerli. Bukannya dia tidak perasan bahawa ada yang mengikurinya sedari tadi, tetapi sengaja dia abaikan. Berpura tidak tahu

"Tak kisah la apa pun. Jom cepat." Firman termalu sendiri. Kantoi ikut anak dara orang katakan.

Misya sekadar mengangkat bahu sambil melangkah tanda setuju. Alang-alang perutnya lapar, baik disetujukan saja.

"Makanan dan minuman telahpun dipesan, kini hanya tunggu masa untuk pesanan mereka tiba sahaja.

"Ada benda yang kau nak cakap dengan aku. Apa?" Sementara menunggu pesanan tiba, topik utama mula dibuka. Misya tak sabar untuk tahu perkara yang ingin dibicarakan Firman. Soal Saffrina sudah pasti. Tapi apa permasaalahannya?

"Sofya, dia ada dekat mana sekarang. Dah tiga hari aku cari dia dekat cafe, tapi tak ada. Mana dia?" Badannya disandarkan sambil berpeluk tubuh. Nampak serius saja riak wajahnya.

"Kalau soal tuh, I'm so sorry. Aku memang tak boleh nak cakap apa." Misya berkata dengan nada yang sukar ditafsir. Serba-salah mungkin.

"Why? Kau rapat dengan dia kan?" Firman tidak berpuas hati.

"Banyak sebab. First, aku tak tau dia ada mana. Dia tak bagi tau aku apa pun. Dia just cakap yang dia nak tenangkan fikiran. Yang kedua pula, dia tu dah bersuami, jadi kalau aku tau sekali pun, aku takkan bagi tau kau. Itu urusan rumah tangga diorang. Kau tak payah masuk campur lah. Lupakan Sofya." Panjang lebar Misya menjawab. Semoga ada kesan yang positif.

"Kau takkan faham. Aku cintakan dia masa dia tingkatan lima lagi. Aku tunggu dia hampir empat tahun. Tapi apa yang aku dapat?" Kekecewaan hati diluahkan. Berharap benar Misya faham akan situasinya.

"Hampir empat tahun? Habis, yang diorang dah saling mencintai selama tujuh tahun tuh, kau nak kata apa?" Keningnya diangkat sebelah. Misya terpaksa menipu. Tipu sunat takpa kan?

"Tapi aku tau Sofya tak bahagia dengan mamat tu. Kalau tidak, takkan lah dia nak tenangkan fikiran sampai tak bagi tau tempatnya dimana." Firman mula membuat andaian sendiri.

"Kau cakap memang tak pernah fikir kan? Kalau kau nak tau, Sofya pergi tenangkan fikiran sebab dia kusut dengan perangai kau dengan si Sofya Sarina tuh. Kau nakkan dia, Sofya Sarina tu pulak nakkan Shah. Ishh, senang-senang, korang nikah dua saja lah." Misya menyedut air yang baru saja tiba. Memang kena dengan masanya.

"Wait! Sofya Sarina? Siapa tuh?" Info terbaru diperolehi.

"Tah, tak kenal. Ishhhhh..diam lah kau. Aku nak makan. Lapar!" Misya mula tersedar bahawa dia telahpun terlepas cakap. Hidangan didepannya dimakan dengan kusyuk. Berpura-pura kusyuk sebenarnya.

"Kau ni memang tak boleh pakai la. Dah aarr. Aku gerak lu." Sebal dengan sikap Misya, dia lantas bangun untuk pergi.

"Eh, habis makanan ni macam mana? Sapa nak makan bahagian kau? Siapa nak bayar semua ni?" Misya mula gelabah.

"Kau makan je semua. Bayar pun guna duit kau. Aku gaji tak masuk lagi." Tanpa menunggu sebarang balasan, Firman terus pergi.

"Tak guna. Dasar lalat betul la mamat nih. LALAT HIJAU!"  Misya melepaskan geram. Mukanya terus masam mencuka.

😗😗😗😗😗😗😗😗😗😗

Sorry guys, lewat..tak tau nak mula dari mana...

Hope enjoy yer... 

Pada semua yg support  sis, thanks sesangat....komen dari korang semua yg membuatkan sis bersemangat untuk teruskan..

Vote yer guys...

Sis hargai setiap vote and komen korang..

Mmmuuuahhhh
😘😘😘😘

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant