BAB 42

5.9K 190 0
                                    

Kesepian menemani Shahmien di dalam ruangan kerjanya di rumah. Otaknya terlalu kusut memikirkan masalah yang sedang bermaharajalela.

Empat hari lalu, ibu kepada Sarina datang menemuinya di pejabat bagi membincangkan perihal niat Sarina untuk bermadu dengan Saffrina.

Misya juga turut menceritakan perkara yang sama semasa dia pergi bertanyakan soal Saffrina yang seakan takut dengan bayang-bayang sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Firman juga telah datang menemui Saffrina di rumah mereka sendiri pada hari kelmarin. Siap meminta untuk dia menceraikan Saffrina lagi setelah dia turut masuk campur.

Segalanya terasa bergitu sulit untuk dia melaluinya. Meski hubungannya dengan Saffrina semakin membaik, namun kerisauan yang ditanggung tetap membelenggu.

"Abang, buat apa dekat sini sorang-sorang? Abang ada masalah ye?" Terpamer wajah manis Saffrina dari arah muka pintu. Shahmien tersenyum sekilas.

"Nih sayang ada buatkan coffee untuk abang." Cawan ditangan diletakkan diatas meja. Bahu Shahmien pula diurut lembut.

Shahmien terasa lega dan selesa dengan urutan itu. Mata dipejamkan bagi menikmati setiap urutan yang dirasakan.

"Sayang takkan tinggalkan abang kan?" Soal Shahmien polos. Matanya tetap dipejam rapat.

"Selagi sayang bergelar isteri abang, syang takkan pernah tinggalkan abang." Saffrina tidak mahu menjanjikan apa-apa. Takut kelak dirinya yang bakal ditinggalkan.

"Walau apa pun yang terjadi, abang takkan lepaskan sayang. Abang janji." Tangan Saffrina disentuh lembut.

Saffrina tersenyum. Yakinkah hatinya dengan janji-janji manis itu? Air mata yang berkaca dikolam mata cuba ditahan dari tumpah.

"Abang, sayang ada jumpa sesuatu tadi. Abang nak tengok?" Badan sasa Shahmien dipeluk dari belakang. Damai sungguh hati Shahmien menerima pelukan tersebut.

"Apa? Sini abang tengok." Saffrina melepaskan pelukan dan lantas mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

"Nih." Dua keping kertas dihulur kepada Shahmien.

Lantas kertas itu disambut dan dibuka. Surat dari Saffrina ketika mereka baru sahaja diijab qabul dahulu dan sekeping lagi gambar kartoon yang dilukisnya sendiri bagi membalas surat dari Saffrina.

Shahmien ketawa kecil. Tidak sangka surat itu masih lagi ada.

"Sayang simpan lagi surat nih?" Pipi gebu Saffrina diusap lembut. Kemudian tangan saffrina ditarik untuk duduk di atas ribanya. Saffrina menurut.

"Berat jugak sayang nih. Pandai abang jaga." Dalam mengusik, sempat lagi Shahmien mengangkat bakul sendiri.

"Ishh.. abang nih." Muncung Saffrina mula panjang. Merajuk dengan kata-kata Shahmien.

"Abang gurau je lah. Ada apa nih? Tetiba ja tunjuk surat ni?" Shahmien ketawa sebelum memulakan kata. Suka benar dia mengusik isterinya.

Wajah Saffrina kembali mendung. Terasa serba salah pula untuk dia berterus terang akan niat asalnya.

"Abang ingatkan dalam surat tu sayang ada kata yang sayang ada lima syarat untuk abang ikut?" Shahmien mengangguk tanda dia masih lagi ingat.

"Tapi abang prasan tak, sayang cuma bagi satu je syarat untuk abang. Lagi empat tak ada pun. Kan?" Pinggang Saffrina dirangkul kemas menarik rapat dengannya.

"Ya lakan. Abang baru perasan. Tapi kenapa?" Shahmien mula pelik dengan tingkah Saffrina.

"Boleh tak kalau sayang tuntut syarat yang berbaki empat lagi tuh." Pinta Saffrina separuh memujuk. Berharap benar Shahmien mahu bekerjsama dengannya.

"Ouh, pasal tu ke? Why not? Abang okey je. Syarat apa?" Shahmien mula berasa santai kembali.

"Syarat kedua sayang nih, sayang tukar kepada permintaan boleh?" Pinta Saffrina lagi. Tangannya bermain-main dengan jari Shahmien.

"Ermm..boleh. Apa dia?"

"Jom ikut sayang kejap." Saffrina bangun dari ribaan Shahmien dan lantas menarik tangan sasa itu untuk mengikutinya.

Shahmien menurut saja. Setiap langkah Saffrina diikut tanpa jemu.

Tiba di dalam kamar peribadi Saffrina dimana terdapat pelbagai jenis hiasan bertemakan burung hantu. Saffrina menarik tangan Shahmien untuk masuk ke dalam.

Seperti bilik kanak-kanak pun ada. Shahmien tergelak kecil. Kepalanya pula digelengkan. Tercuit benar hatinya dengan gelagat sang isteri.

"Kita buat apa sini?" Shahmien mula pergi ke tajuk utama.

"Abang pun taukan kalau kita lagi ada banyak masalah? Kak Sofya nakkan abang, Firman pula nakkan saya. Jadi, saya....." Saffrina mula teragak-agak untuk memberi tahu niat asalnya.

"Saya?" Kening Shahmien terangkat sebelah. Shahmien agak pelik dengan kata ganti nama yang telah berubah dari 'sayang' kepada 'saya'.

Saffrina tersenyum. "Sayang ke, saya ke, sama ja abang. Apa yang penting, hati saya betul-betul sayangkan abang." Pantang sungguh Shahmien apabila Saffrina menggunakan bahasa lain daripada SAYANG.

"Okey fine. Back to story. Permintaan apa yang sayang nak tu?" Shahmien mengalah. Jika dilawan pun akan kalah juga.

"Saya...saya...." sukar benar Saffrina memberitahu permintaannya. Takut jika tidak diizinkan.

Sekali lagi Shahmien mengangkat sebelah keningnya.

"Saya nak tenangkan fikiran. Saya perlukan masa untuk..untuk kenal diri saya yang sebenar." Luah Saffrina sayu. Wanita itu masih lagi dengan basa basinya.

"Maksud sayang?"

"Permintaan saya senang ja abang. Saya nak..saya nak ikut abang Danial pergi overseas." Akhirnya terungkap jua permintaan dari Saffrina.

"What? Overseas? But why? I mean, jauh kut Sayang. Kalau betul sayang perlukan masa, abang akan bagi sebanyak mana masa yang sayang mau. Tapi tolong, jangan tinggalkan abang. Sayang dah janjikan tadi." Tersentak Shahmien dengan permintaan Saffrina sungguh dia tidak terduga akan perihal itu.

"Abang please, saya perlukan ruang dan saya tau abang pun sama. Saya tak pernah tinggalkan abang dan tak akan pernah selagi saya sah menjadi isteri abang. Walau jauh mana pun saya pergi, saya tetap dihati abang."

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now