BAB 8

6.8K 201 0
                                    

Nombor telefon yang tertera pada skrin iPhonenya dipandang lama. Serba salah untuknya menghubungi tuan empunya nombor tersebut. 'Apa yang susah sangat kau nak call minah ni arh Shah? Kau just call dia then kau cakap jangan terima pinangan tuh. Itupun susah ke?' Marah Shahmien pada dirinya sendiri. Dia sendiri tidak tahu mengapa tangannya berat untuk menyentuh skrin iPhonenya agar dapat menghubungi Saffrina seterusnya masalah yang dihadapi akan selesai.

Otaknya masih berkira-kira samada mahu menghubungi gadis itu ataupun tidak. 'Shah, ni soal masa depan kau. Kalau kau tak sanggup hidup dengan minah tu baik kau call cepat. Sekarang atau tak langsung?'

Sepantas kilat jarinya menyentuh skrin iPhonenya dan beberapa saat kemudian talian bersambung. Dadanya berdegup kencang.
******************************
Saffrina buntu memikirkan soal keluarga pihak lelaki yang datang merisiknya minggu lepas. Dia masih lagi memikirkan alasan yang sesuai untuk menolak risikan itu. Tempoh yang diberi oleh Pn. Melur telah pun tiba. Malam nanti Pn. Melur ingin mengetahui keputusan darinya. Jika dia hendak menolak, dia perlukan alasan yang kuat jika tidak dia dipaksa untuk menerima lelaki itu juga.

Dalam pada otaknya buntu memikirkan alasan yang kuat untuk menolak pinangan itu, tetiba sahaja iPhonenya berdering menandakan ada panggilan yang masuk. "Nombor baru? Siapa pula la yang call aku tengah otak serabut nih." Bebel Saffrina sendirian. Jari ibunya menyapu juga skrin iPhonenya untuk menjawab panggilan itu. Mana la tau penting.

"Assalamualaikum?" Jawab Saffrina malas.

"Waalaikummussalam. Cik Saffrina?" Soal Shahmien setelah dia menjawab salam.

"Ya saya. Ni siapa ya?" Soal Saffrina lagi. Suaranya seakan dikenalinya tetapi lupa siapa.

"Shahmien Aiman. Anak lelaki kepada pasangan suami isteri yang telah datang merisik awak minggu lepas. Awak ingat lagi kan?" Bicara Shahmien tenang. Sengaja tidak disebutkan pangkat ibu bapanya, takut Saffrina lagi tertarik untuk menjadikannya sang suami. Tidak sanggup Shahmien membayangkan itu semua.

Tersentak Saffrina dengan apa yang didengarinya. 'Mamat ni call aku? Macam mana dia tau nombor aku pulak nih? Ibu!' Saffrina mula geram dengan sikap ibunya yang suka memberi nombor telefonnya kepada orang lain. Siapa lagi yang hendak mengasi nombornya kepada orang lain jika tidak ibunya.

"Hello? Somebody hear?" Tegur Shahmien lagi apabila diri ditemani sunyi.

"Ada nih! Awak nak apa call saya? Saya busy la." Jawab Saffrina malas.

"Saya pun busy juga. Jangan ingat awak saja yang busy dalam dunia nih." Shahmien mula bengang dengan tindak balas Saffrina kepadanya. 'Dah la muka buruk, parangai pun buruk. Macam ni nak jadi bini aku? Memang tak aaa!' Ngomel Shahmien dalam hati.

"Kalau awak dah tahu yang kita ni sama-sama busy, boleh tak awak bagi tau sebab apa awak call saya." Kesabaran Saffrina mula menipis setelah mendangar sindiran dari Shahmien.

"Aku malas nak cakap belapik dengan kau. Apa yang aku nak, kau tolak pinangan dari family aku. Simple!" Kata ganti nama mula dugantikan dengan lebih kasar. "Kalau kau rasa berat sangat nak tolak, kau bagi tau je berapa aku kena bayar kau. Aku boleh bayar." Shahmien mula angkuh dengan menggunakan wang sebagai umpan.

Terbahak-bahak Saffrina ketawa dengan apa yang diluahkan oleh Shahmien. Ketawa tak ikhlas sebenarnya. Sengaja mahu menyakitkan hati Shahmien. 'Manusia yang nama Shahmien ni memang jenis sombong ke apa?'

"Kenapa ketawa? Tak tahu nak mintak berapa? Okey, aku bagi dekat kau 50 ribu ringgit untuk tolak pinangan tuh, cukup?" Senyuman sinis terbit dari bibirnya. Dia yakin, pasti Saffrina tertarik dengan tawarannya. Jika tidak kenapa Saffrina bergitu beria menghamburkan tawa.

Ilai tawa Saffrina terenti. Kali ini dia memang naik angin. Kesabaran cuba dipupuk sebaik mungki. Dihati, dia hanya berdoa pada yang Esa agar mulutnya tidak memaki hamun manusia angkuh itu. Dadanya ditepuk perlahan beberapa kali.

"Asal kau diam? Tak cukup? Okey fine aku boleh tambah. Kau nak berapa?" Soal Shahmien angkuh. Dia merasakan pada saat itu dia bisa menyelesaikan masalahnya dengan wang.

"Kau ingat aku hadap sangat dengan duit kau tuh? Eh, tolong sikit erh? Kalau kau tak bagi duit kau yang ciput tu pun, aku memang tak hingin la nak jadi bini kau! Setakat jantan macam kau nih, besepah tepi jalan. Lain kali kalau nak cakap tu bagi sopan sikit. Jangan kau ingat dalam dunia nih kau sorang je yang ada duit." Kesabaran yang dipupuk akhirnya bertaburan dilantai. Termengah-mengah Saffrina bernafas akibat daripada degupan jantungnya yang berdegup kencang menahan amarah.

"Lagi satu, kau jangan ingat semua orang dalam dunia ni hadap sangat dengan duit kau. Duit tak boleh nak jaminkan kebahagian la weyh." Sambung Saffrina lagi. Usai ayatnya habis dilafaskan, Saffrina terus memutuskan talian. Puas hatinya dapat meluahkan segala kemarahan yang terbuku dihati.

Terbeliak biji mata Shahmien. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia dibidas sedemikian rupa oleh kaum hawa. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. IPhone ditangan dicampak kasar ke atas katil. Tubuhnya menggelatar menahan marah.

"Tak guna punya perempuan. Kau ingat kau tu siapa nak sound aku macam tuh?" Luahnya keras. Mujur lah pada ketika itu mummy dan daddynya tidak ada dirumah. Jika tidak, bisa pecah gegendang telinganya karana terpaksa mendengar leteran dari Datin Maria.
******************************
"Adik taknak kahwin dengan dia. Ibu cakap je dekat keluarga yang datang merisik adik tu kata adik dah ada calon sendiri." Luah Saffrina ketika Pn. Melur masuk ke dalam biliknya. Pn. Melur yang tidak sempat untuk membuka mulut itu terpana dengan apa yang didengarinya.

"Kenapa adik kata macam tu? Adikkan tak ada calon lagi? Tu menipu namanya. Berdosa tu adik." Pn. Melur memang tidak gemar dengan pembohongan tamabahan lagi anaknya sendiri yang ingin berbohong.

"Tipu sunat je ibu." Pujuk Saffrina. Nadanya dimanjakan sedikit.

"Tipu tetap tipu! Ibu tak setuju. Adik cakap dekat ibu, alasan apa pula adik nak bagi sekarang?" Pn. Melur.pening dengan sikap anak gadisnya yang cukup liat untuk berkahwin itu.

"..."Saffrina diam. Otaknya ligat memikirkan alasan yang bernas. Tiba-tiba bagaikan ada satu mentol yang menyala diatas kepalanya. Dia dapat akal! "Adik bukan taknak terima ibu, tapi adik tak mahu la nanti orang sekeliling cakap yang adik nih gatal." Saffrina mula meluahkan akal yang diperolehinya tadi.

"Kenapa pulak?" Pn. Melur kebingungan. Kenapa mesti gatal yang menjadi alasan Saffrina?

"Ye larh. Cuba ibu fikir. Abang Danial tak kahwin lagi tapi adik dah nak kahwin. Itu kan langkah bendul namanya. Nanti orang cakap yang adik ni gatal awal. Tak menyempat nak tunggu si abang kahwin. Tambah pula adik ni baru je 20 tahun." Saffrina tersenyum kemenangan setelah melihat riak pada wajah ibunya.

'Betul jugak tuhh. Danial tak kahwin lagi tapi aku dah kalut suruh adik yang kahwin. Nanti apa orang akan kata?' Pn. Melur fikir sendiri. "Kalau adik dah kata macam tuh, ibu tak boleh nak buat apa. Tak apa, nanti ibu bagi tahu sendiri pada mereka." Pn. Melur akhirnya bersetuju dengan penolakan Saffrina apabila alasan yang diberikan anak gadisnya diterima akal.

Senyuman pada bibir Saffrina semakin melebar. 'Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah. Akhirnya aku dapat juga terlepas dari kahwin dengan mamat sengal tuh.' Ucapan syukur dilafaskan didalam hati.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now